Ringkas dan mudah masakan pindang nenas kepala ikan ini, confirm menambah nasi. Dapat pula nasi panas-panas. Kepala ikan ikut cita rasa anda. Cukup rasa, masam, masin dan pedas.
Pindang Nenas Kepala Ikan
Bahan-bahan:
Kepala ikan(saya guna ikan Ungah)
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
Ads
2 inci kunyit
1 atau 2 inci belacan
(KISAR BAHAN YANG BERTANDA)
1 biji tomato- dibelah 4
I batang serai- diketuk
½ biji bawang besar (dibelah 3)
4 tangkai cili padi merah
4 tangkai cili padi hijau
Nenas(agak-agak)
500ml air
Minyak masak,garam,serbuk perasa
Cara memasak:
1.Panaskan minyak,masukkan serai dan bahan yang telah dikisar tadi.Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
Ads
2.Masukkan air,garam,serbuk perasa dan serbuk kunyit(jika perlu)masak sehingga mendidih.
3.Apabila sudah mendidih,masukkan ikan,cili padi ,tomato dan bawang,biarkan sehingga ikan masak dan tutup api.
Menu Gulai Lemak Ikan Kering ni memang menjadi pujaan ramai terutamanya anak-anak Kelantan. Menu ni memang sedap. Biasanya dihidangkan bersama nasi putih, sambal dan ulam. Bagi yang pernah makan Nasi Berlauk, ha..nilah menu gulainya. Nak cuba resipi perkongsian Puan Zatul Hernani ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
GULAI LEMAK IKAN KERING VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan kering | dibasuh
Timun | dibelah kecil
5-6 biji cili hijau
1 -2 keping nanas | dipotong dadu
Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3-4 tangkai cili kering
1 biji cili merah
2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
2 inci kunyit segar
Sedikit lengkuas
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
Menjelang hari merdeka, banyak mengimbau kita akan nostalgia lampau. Terutamanya lauk pauk zaman nenek moyang kita dulu.Hari ni kita berkongsi resipi orang lama dari azianhasan. Kak Yan memang suka daun kadok. Kalau nampak ada jual di pasar, memang selalu beli. Rebus sampai lembut dan cicah dengan sambal belacan. Dah cukup sedap. Bila Kak Yan cuba buat otak-otak ikan dan guna daun kadok, lagi lah Kak Yan suka. Daun kadok ini bila dimasak, memang akan mengeluarkan satu bau. Ini yang menjadikan dan kadok ini istimewa. Rasa daun kadok yang agak lemak memang sesuai digandingkan dengan otak-otak. Jika tak berapa suka dengan rasa dan bau daun kadok, hanya guna daun pisang sahaja. Boleh juga masaknya menggunakan air fryer dengan suhu 180 darjah selama 15-20 minit.
Otak-Otak Ikan Daun Kadok Bahan-bahannya: 300g isi ikan (dikisar) 1 biji kuning telur 1 sudu besar tepung 4 keping daun pisang 10 keping daun kadok 10 toothpick
Bahan Sos 1 sudu besar cili kisar 4 sudu besar santan pekat 1/2 sudu teh serbuk kunyit-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh serbuk kari ikan-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh kicap cair 1 sudu teh garam 1 sudu besar jus limau 1 batang serai (dihiris halus) 1 helai daun kunyit (dihiris halus)
Cara membuat: 1.Campurkan ikan bersama telur, tepung jagung dan bahan sos. Gaul rata. 2.Letakkan campuran ke atas daun kadok dan daun pisang dibawahnya. 3.Balut dengan kemas dan sematkan ‘toothpick’ dan susun di atas pengukus. 4.Kukus selama 15-20 minit.
Kredit: azianhasan
Hidangan Ikan Siakap 3 Rasa ni memang digemari ramai. Jika makan di restoran harganya boleh mencecah RM30 keatas untuk seekor ikan yang siap dimasak. Jika buat sendiri, seekor ikan siakap saiz sederhana harga seekor tak sampai pun RM10. Jadi, apa kata anda masak je sendiri guna resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi. Sama sedap macam hidangan restoran dan paling penting, dijamin halal dan jimat belanja! Selamat mencuba.
RESIPI SIAKAP 3 RASA ARORA ALA RESTORAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap – belah dan bersihkan
2 hiris halia – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
1/2 sudu teh garam
3/4 sudu makan tepung jagung – beli online disini
1 1/2 senduk cili kering kisar – beli online disini
1/2 senduk sos cili – beli online disini
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
3/4 gelas air asam jawa ( secubit asam jawa + ¾ gelas air)
1 3/4 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu makan perencah Hilal – jika ada
BAHAN POTONG:
1/2 biji bawang merah- dadu
1/2 biji bawang Holland- dadu
2 ulas bawang putih – dadu
2 helai daun limau purut
2 hiris halia- hiris memanjang
3 tangkai cili padi merah
1 tangkai cili besar hijau
1 batang serai- hiris serong
1 hiris nanas- hiris dadu
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang merah
1/4 biji bawang Holland
1 ulas bawang putih
1/4 sudu teh ketumbar& jintan putih
2 hiris (nipis) serai
1/4 hiris (nipis) halia
CARA MEMASAK:
1. Perapkan ikan dengan bahan-bahan tumbuk ( halia & bawang putih) dan garam. Biarkan selama 1/2 jam.
2. Kemudian tabur tepung jagung dan lumurkan di seluruh ikan supaya rata. Ia bertujuan untuk elak isi ikan melekat dan isinya jadi rangup.
3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ikan hingga garing. Letak atas pinggan hidangan.
4. Dengan guna lebihan minyak goreng ikan tadi, masukkan bahan-bahan hiris kecuali cili dan nanas.
5. Kemudian masukkan 1 senduk bahan kisar. Tumis hingga naik bau dan sedikit garing.
6. Masukkan juga cili kering kisar. Tutup kuali seketika sehingga kauh menjadi pecah minyak.
7. Tambahkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa. Kacau sekata dengan api perlahan.
8. Perasakan dengan gula, garam dan perasa. Boleh sesuaikan rasa ikut citarasa.
9. Akhir sekali, masukkan potongan nanas dan juga cili padi potong ( jika suka). Kacau rata.
10. Tuang sos ke atas ikan dan hias ikut kreativiti anda. Sedia untuk dinikmati.