Mi Kuah Daging sesuai dihidangkan sebagai menu tengahari atau dihidangkan pada tetamu yang berkunjung. Daging lembu yang direbus serta ubi keledek yang memaniskan kuah, cukup membuatkan mi kuah daging ini lazat sekali.
Ikuti perkongsian resipi Mi Kuah Daging Istimewa daripada Are Peace ini. Melihatkan hidangan ini saja dah kecur liur, apatah lagi saat menikmatinya. Jom kita buat.
MI KUAH DAGING
BAHAN-BAHAN:
Mi kuning
1kg daging lembu (direbus sampai empuk dan dihiris nipis, ketepikan)
BAHAN KUAH:
1kg ubi keledek merah (kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk lalu ditoskan)
Masukkan keledek ke dalam pengisar bersama air. Kisar halus. Masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Masukkan pula udang kering bersama air ke dalam pengisar. Kisar halus juga.
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga keperangan dan berbau wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak dan masukan serbuk kari. Kacau dan gunakan api sederhana.
Ads
Masukkan air rebusan daging ke dalam periuk. Masukkan juga keledek yang telah dikisar, sos cili, sos tomato, dan udang kering kisar. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan tomato yang telah dikisar tadi. Biarkan mendidih dengan api sederhana. Tambahkan bancuhan tepung jagung.
Kacau sekali-sekala. Perasakan dengan garam dan gula. Kuah mesti ada rasa pedas, manis dan masin secukupnya.
Apabila kuah mendidih dan nampak pekat, boleh matikan api dan taburkan daun bawang dan sedikit bawang goreng.
Sedia dihidang bersama mi kuning dan bahan taburan.
Kalau kita lihat bihun warna putih, itu adalah salah satu ciri-ciri bihun goreng Singapura. Bihun ini digoreng tanpa menggunakan cili kering yang dikisar menjadi pes. Inilah yang membezakan antara bihun biasa dengan bihun Singapura.
Bahan-Bahan
1 bungkus bihun (400g)
Minyak masak untuk menumis
1 mangkuk kecil isi udang
1 mangkuk kecil isi ayam (potong dadu)
3 batang fish cake (potong dadu)
1 kiub ikan bilis
2 biji telur ayam
Kobis (cencang kasar)
Sawi
Lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan tumbuk halus
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar lada hitam
Bahan hiasan
Bawang goreng
Daun bawang
Cili besar
Telur rebus (potong bulat)
Cara memasak
1. Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan tumbuk halus.
3. Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake. Kacau rata sehingga masak.
4. Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
5. Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati.
6. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran seperti kobis dan sawi.
7. Taburkan lada sulah, garam dan gula.
8. Kacau sehingga rata dan semuanya masak.
9. Angkat dan hias dengan bahan hiasan. Hidang bersama kopi panas melengkap cita rasa.
Di Malaysia ni ada pelbagai jenis laksa dan setiap satunya punya rasa dan keenakan yang tersendiri. Tidak kiralah macam mana cara pembuatan dan penggunaan bahan-bahannya, semuanya punya cara dan gaya masing-masing. Menghormati resipi yang dikongsi dan menghargai sajian warisan setiap negeri, tidak membuatkan kita rugi malah sebaliknya mampu menerbitkan rasa harmoni serta saling menghormati. Mungkin ada yang suka ubah atau ‘improvise’ resipi. Semua itu terpulang pada cita rasa masing-masing. Hari ni RASA kongsikan beberapa resipi-resipi laksa yang ada di Malaysia yang boleh anda cuba. Ada banyak lagi sebenarnya. Memang sedap! Selamat mencuba!
1. ASSAM LAKSA LEMAK
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
BAHAN TAMBAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan isi ikan yang telah dikisar.
2. Setelah mendidih, masukkan air asam jawa, serai dan bunga kantan.
3. Kemudian masukkan santan ikut kepekatan kuah yang disukai. Jangan terlalu pekat sangat sebab kurang sedap.
4. Bila kuah mendidih sekali lagi, masukkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
5. Tambahkan daun pudina untuk mewangikan kuah laksa.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama laksa.
CARA MEMASAK : 1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan 2. Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan.Ketepikan. 3. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi. 4. Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata. 5. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. 6. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut. 7. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat. 8. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi. 9. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan. 10. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan perahkan limau kasturi.
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan ikan selayang (sardin) menggantikan ikan kembung. Selain ikan parang anda juga boleh menggunakan ikan tenggiri.
BAHAN UTAMA
1 peket laksa Thai
BAHAN KUAH: *5 ekor ikan selayang / sardin rebus dengan 2 cawan air. Perisikan. *3 biji bawang merah kecil *2 ulas bawang putih *5 biji cili thai (jika nak kuah pedas) *1/2 inci lengkuas *Sebatang akar ketumbar *1 inci kunyit hidup / serbuk 5 pasang daun limau purut 1 batang serai – ketuk 2 keping asam gelugur 2 cawan santan segar / 1 kotak santan 200 ml. 3 sudu besar nampla (sos ikan) Garam & gula secukup rasa
1 tin sardin – dibuang sos sardin & cuci bersih kemudian blend hancur. (Boleh guna ikan jugak)
1-2 biji bawang besar- di kisar
2-3 SB serbuk kari ikan
1 ketul lengkuas besar ibu jari
1-2 batang serai dititik
5-6 tangkai daun kesum
4-5 keping asam keping
1 cawan santan pekat (kalau kurang tambah lagi)
Air
Garam gula
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak & tumis bawang kisar, serbuk kari ikan & masukkan sekali serai, lengkuas. Masak sampai pecah minyak.
2. Bila bahan tumis dan rempah dah masak elok. Masukkan sardin gaul sebati kemudian masukkan santan, asam keping & tambah sedikit air.
3. Last masukkan garam, gula secukup rasa & daun kesum. Daun kesum dah layu boleh tutup api. Siap!
4. Jangan lupa rebus laksa. Ulam-ulam boleh la letak timun, bawang, selom, cili padi yang dihiris nipis.
Kredit resipi & foto: Liyana Hassan
BAHAN-BAHAN :
BAHAN A :
BAHAN B :
BAHAN DIKISAR C :
2 biji kelapa | ambil santan pekat 3 sudu makan kerisik 3-4 asam keping Garam secukup rasa Gula secukup rasa
BAHAN ULAM :
BAHAN SAMBAL BELACAN:
CARA MEMASAK :
Cara masak sambal belacan : 1. Boleh nak tumbuk atau masuk dalam blender kering. 2. Tumbuk dulu cili merah dan belacan. 3. Kemudian baru masuk dan tumbuk kasar cili padi
Cara masak Kuah : 1. Rebuskan ikan tenggiri, dan air rebusan digunakan untuk kisar tulang dan juga isi ikan, asingkan isi dan tulang. 2. Kisar tulang dan tapiskan serta ambil airnya 3. Kemudian kisar pula isi ikan menggunakan air kisaran tulang tadi. Ketepikan bahan A ini. 4. Selepas ikan kurau masin dibakar dalam kuali, rendam ikan masin dalam air dan dikisar halus menggunakan air rendaman tadi. Buangkan kulit ikan kurau masin. Ketepikan bahan B ini. 5. Bahan C dikisar halus. 6. Campurkan bahan A,B, C masak hingga mendidih dengan api yang perlahan. 7. Setelah mendidih masukkan santan pekat, biarkan mendidih dan kacau selalu. 8. Masukkan pula kerisik, asam keping, garam dan gula 9. Masak lama lebih kurang 7 jam hingga pecah minyak dan kacau selalu. 10. Tuangkan kuah atas spageti, dan letakkan bahan ulaman dan sambal belacan.
INFO: Anda boleh juga menggunakan mi laksa yang biasa selain spageti. Ikan selayang juga boleh digunakan selain ikan tenggiri.
BAHAN-BAHAN :
BAHAN KUAH :
LAKSA: 1 kg laksa kering *Direbus hingga lembut dan toskan
BAHAN ULAM: (dihiris halus kecuali taugeh)
BAHAN SAMBAL:
CARA MEMASAK; 1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar bawang , belacan dan rempah kari ikan dan masukkan cili boh sehingga naik minyak. 2. Bila agak garing masukkan santan dan air. 3. Masukkan pula gula Melaka dan asam keeping. 4. Apabila hampir mendidih, masukkan ikan kembong/selayang, bilis dan udang kering yang dikisar tadi bersama gula dan garam secukup rasa. 5. Mendidih tutup api dan kuah siap dihidangkan bersama laksa, ulaman dan sambal belacan.
INFO : Laksa Terengganu ada dua jenis. Laksa kuah merah dan laksa kuah putih. Laksa kuah putih lebih rasa lemak, Laksa kuah merah bagi mereka yang sukakan rasa masam dan manis yang enak.
10. LAKSA LEMAK PANTAI TIMUR
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SAMBAL LADA:
BAHAN ULAM-ULAMAN/HIASAN:
CARA MEMASAK KUAH:
CARA BUAT SAMBAL LADA:
Info chef: Jika kuah terlebih pekat boleh masukkan sedikit air panas.
11. LAKSA SARAWAK
BAHAN–BAHAN PES LAKSA SARAWAK (200gm)
BAHAN-BAHAN KUAH:
BAHAN SAMBAL UDANG KERING :
CARA MEMASAK PES:
CARA MEMASAK KUAH LAKSA:
CARA MEMASAKSAMBAL UDANG KERING:
Info chef: Simpan pes di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk menyimpan dalam tempoh lama.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Andai berkunjung ke restoran masakan Thailand, pelbagai menu sedap dari hidangan utama sehingga pencuci mulut yang boleh anda cuba. Semuanya enak-enak belaka. Terasa nak makan sajian siam hari ni? Mi Celup Daging ni salah satu yang mudah dicuba. Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh cuba buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!
MI CELUP DAGING SIAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN REMPAH PENUMIS:
BAHAN SAMPINGAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Mi Celup Siam ini sedikit berbeza daripada mi sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!