Ads

Fenomena Drama ‘The Early Spring’, Ramai Nak Buat ‘Osmanthus Milk’ Sendiri

Osmanthus Milk
Osmanthus Milk

Osmanthus Milk tiba-tiba mencuri perhatian selepas muncul dalam drama China The Early Spring. Kalau pernah layan drama ini, mesti ramai yang bukan saja ‘tersangkut’ dengan kisah cinta Luke dan Flora, tapi turut perasan satu minuman yang nampak simple tetapi cukup mencuri perhatian.

Drama romantik tempat kerja yang dibintangi Jing Boran sebagai Luke atau Luan Nian dan Sun Qian sebagai Flora atau Shang Zhitao ini mula ditayangkan pada 26 Ogos 2026. Sambutannya memang luar biasa apabila The Early Spring terus menduduki tempat kedua carta Global Non-English TV Netflix pada minggu pertamanya dengan 2.4 juta tontonan dan 21.5 juta jam ditonton.

Demam drama ini turut dirasai penonton Malaysia. Bagi minggu 7 hingga 13 September 2026, The Early Spring berada di kedudukan ketiga rancangan TV paling popular di Netflix Malaysia, sekali gus menunjukkan betapa kuatnya sambutan terhadap kisah Luke dan Flora.

‘Osmanthus Milk’ Luke Jadi Perhatian

Selain ‘chemistry’ Luke dan Flora, ada satu babak manis yang membuatkan ramai penonton teringin mencuba sendiri minuman yang disediakan Luke iaitu Osmanthus Milk.

Dalam salah satu momen romantik mereka, Luke menyediakan minuman susu beraroma osmanthus untuk Flora. Malah saluran rasmi YOUKU sendiri berkongsi klip babak tersebut dengan memperkenalkannya sebagai ‘Sweet Osmanthus Milk’ yang dibuat Luke untuk Flora.

Daripada sekadar minuman dalam drama, minuman ini kemudian menjadi bualan apabila peminat mula menghasilkan versi mereka sendiri di rumah dan berkongsi hasilnya di media sosial.

Nampak macam susu biasa, tetapi tambahan bunga osmanthus memberikan aroma yang cukup istimewa.

Ads

Apa Itu Osmanthus?

Osmanthus, atau dikenali sebagai gui hua (桂花) dalam bahasa Cina, ialah bunga kecil berwarna kekuningan yang terkenal kerana aromanya yang lembut dan manis.

Dalam masakan Cina, bunga ini banyak digunakan untuk menghasilkan teh, manisan, jeli, sirap serta pencuci mulut. Aromanya sering digambarkan mempunyai nota madu, aprikot dan pic, sebab itu apabila dicampurkan bersama susu, rasanya menjadi floral, creamy dan menyegarkan.

Kalau susah mendapatkan bunga osmanthus segar, jangan risau. Biasanya ia boleh didapati dalam bentuk bunga kering, osmanthus syrup, osmanthus honey atau pes osmanthus.

Nak cuba minuman viral ala The Early Spring ini? Mudah sangat!

Ads

Resipi Osmanthus Milk Ala ‘The Early Spring’

Bahan-Bahan:

200ml susu segar atau susu full cream
15–20ml osmanthus syrup atau osmanthus honey
1 sudu kecil simple syrup atau madu (pilihan, jika suka lebih manis)
120–150gm ais batu
Sedikit bunga osmanthus kering untuk hiasan

Cara Membuat:

  1. Masukkan osmanthus syrup atau osmanthus honey ke dalam gelas.
  2. Jika suka minuman lebih manis, tambahkan sedikit simple syrup atau madu.
  3. Tuangkan susu segar dan kacau perlahan sehingga semuanya sebati.
  4. Masukkan ais batu secukupnya.
  5. Taburkan sedikit bunga osmanthus kering di atasnya untuk menaikkan aroma.
  6. Kacau sebelum diminum dan Osmanthus Milk ala Luke pun siap!
Fenomena Drama ‘The Early Spring’, Ramai Nak Buat ‘Osmanthus Milk’ Sendiri
Osmanthus Milk

Versi ini merupakan adaptasi mudah untuk dibuat di rumah dan bukannya resipi rasmi yang dikeluarkan oleh produksi The Early Spring. Antara versi yang tular menggunakan kombinasi susu, sirap atau madu osmanthus dan ais.

Fenomena Drama ‘The Early Spring’, Ramai Nak Buat ‘Osmanthus Milk’ Sendiri
Osmanthus Milk

Osmanthus Milk Panas Pun Boleh

Tak gemar minuman berais? Osmanthus Milk juga boleh dinikmati suam.

Panaskan susu dengan api perlahan tanpa membiarkannya mendidih. Kemudian masukkan osmanthus syrup atau madu osmanthus dan kacau rata. Tuangkan ke dalam cawan sebelum ditaburkan sedikit bunga osmanthus kering.

Ads

Hasilnya, minuman lebih creamy dengan haruman bunga yang lembut. Memang sesuai dinikmati waktu malam sambil sambung marathon The Early Spring.

Anda mungkin berminat dengan

Simple Tapi Ada ‘Feel’

Tidak hairanlah Osmanthus Milk menjadi perhatian peminat. Bahan yang digunakan tidak banyak dan cara penyediaannya cukup mudah, tetapi disebabkan kaitannya dengan salah satu momen manis Luke dan Flora, segelas susu ini terasa lebih istimewa.

Kalau anda antara yang sedang terkena demam The Early Spring, bolehlah cuba buat Osmanthus Milk sendiri di rumah. Mana tahu sekali cuba terus jadi minuman kegemaran baharu!

Fenomena Drama ‘The Early Spring’, Ramai Nak Buat ‘Osmanthus Milk’ Sendiri
Osmanthus Milk

Selamat Mencuba!

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA.

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Buat Cendol Guna Tepung Jagung Lebih Sedap & Kenyal,Tak Mudah Hancur

Buat cendol menggunakan tepung jagung lebih sedap, kenyal dan tak mudah hancur. Ikut resipi istimewa ini lengkap dengan cara buat kuah santan dan air gula.