
Bagi anda yang gemarkan masakan gaya India, menu Ayam Pakora yang mudah dan ringkas ini memang patut dicuba. Isi ayam yang diadun dengan rempah serta digoreng rangup ini pastinya memukau selera anda. Kena cuba!
AYAM PAKORA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan isi ayam | dicincang halus
- 1 labu bawang besar | dicincang
- 2 biji cili hijau | dicincang
- 1/2 inci halia | ditumbuk
- 1 ulas bawang putih | ditumbuk
- 1 sudu makan jus perahan lemon
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung beras
- 1/2 sudu teh minyak masak
- 1 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk mengoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan isi ayam di dalam bekas bersama bawang besar, cili hijau, garam ,jus lemon dan halia serta bawang putih. Perap seketika lebih kurang 30 minit.
- Dalam bekas lain masukkan tepung gandum, tepung beras, minyak masak, daun ketumbar, garam serta air secukupnya.
- Gaulkan ayam tadi di dalam adunan tepung hingga rata.
- Panaskan minyak masak dengan banyak dan goreng ayam hingga garing dan kekuningan.
- Angkat, toskan minyak dan hidangkan panas-panas bersama sos.
INFO CHEF: Hidangan ini enak dihidangkan panas-panas dan boleh dimakan begitu sahaja tanpa nasi.
Cara Buat Pau Homemade Yang Mudah, Sedap & Gebu

Pau kampung atau pau homemade ni memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Kini, tak perlu pun beli kerana anda boleh hasilkan sendiri pau sedap pelbagai inti secara homemade. Caranya sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mawar Berduri. Pasti puas hati.
RESIPI DOH PAU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 ½ cawan tepung gandum
- 2 sudu makan susu pekat manis
- 5 sudu makan minyak masak
- ½ paket yis (mauripan) – campur dengan satu cawan air. Kacau dan tunggu hingga naik buih
- Inti pilihan secukupnya – inti kacang merah ( boleh beli di kedai bahan bakeri)
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, susu pekat manis, minyak masak dan bancuhan mauripan. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.
2. Rehatkan doh dalam bekas bertutup dan biarkan selama 30 minit.
3. Bila cukup masanya, ambil doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Bulatkan doh dan letak inti kacang merah dengan secukupnya. Lapik dengan kertas minyak supaya tidak melekat pada periuk.
4. Susun pau tadi di dalam periuk kukusan dan kukus selama 4 minit.
5. Untuk adunan ini, boleh dapat 15 biji pau.
INFO RASA: Selain inti kacang merah, anda juga boleh guna inti coklat, kaya, kastad, kentang, daging, sambal bilis atau sardin. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Kredit resipi & foto: Mawar Berduri
JANGAN LUPA CUBA RESIPI NI JUGA YA
Resipi Kuih Nagasari Yang Sedap Dan Pasti Menjadi Walaupun Pertama Kali Buat

Kuih Nagasari ni kuih tradisional, dulu nenek admin suka buat kuih ni sebab sangat mudah cara penyediaannya, bahan pun murah je yang paling penting kena cari daun pisang. Ada juga resipi yang terus tuang dalam loyang, tapi admin lagi suka yang guna daun pisang barulah aroma kuihnya lagi wangi dan menyelerakan. Resipi yang dikongsikan oleh Zahrah Juli di Facebook ni memang menggunakan daun pisang memang cantiklah kejadiannya. Jom kita cuba!
KUIH NAGASARI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras
Pisang nipah (atau boleh je guna pisang lain)
3 cawan santan sederhana pekat (santan segar)
1 sudu gula (jika perlu)
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN:
Satukan bahan-bahan di atas kecuali pisang kacau atas api kecil hingga masak dan berkilat (adunan kental)
Pisang belah dua, ambil sesenduk kecil adunan.
Letak pisang pastu tutup dengn sedikit lagi adunan tadi…bungkus kemas-kemas, dah siap semua boleh kukus 15 hingga 20 minit dengan api sedang.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Zahrah Juli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Baru Nak Belajar Buat Karipap? Ini Resipi A Sampai Z Karipap Gerenti Jadi.
Sambal Balado Resipi Asli Dari Indonesia Boleh Tahan Dua Minggu!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Sedap Lain Macam, Ayam Goreng Serai Thai Ni Memang Patut Cuba

Jom cuba resipi Ayam Goreng Serai Thai perkongsian saudari Khadijah Jaafar. Jika biasa kita menikmati sajian Ayam Goreng Kunyit, apa kata kali ini tukar sedikit resipinya dengan mencuba sesuatu yang baru. Pasti lebih berselera dan tidak jemu dimakan. Lain dari rasa ayam goreng yang biasa kita nikmati tu. Cubalah!
CARA MASAK AYAM GORENG SERAI THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – dipotong sederhana kecil
3 batang serai
5 ulas bawang putih
2 akar ketumbar
2 sudu kecil lada hitam – beli online disini
2 sudu besar sos tiram – beli online disini
1 sudu besar sos ikan – beli online disini
1 sudu kecil gula
2 sudu besar tepung jagung – beli online disini
Daun limau purut – dihiris halus
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ia bertujuan supaya bila serai ditumbuk, seratnya jadi cantik dan panjang-panjang. Bila goreng nanti jadi rangup.
2. Tumbuk serai kasar-kasar sahaja.
3. Ini bahan tumbuk untuk perapan: bawang putih, akar daun ketumbar dan lada hitam.
4. Tumbuk bahan perapan tapi tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit pun tidak mengapa.
5. Masukkan semua bahan (kecuali daun limau purut) bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan di akhir sekali.
6. Sambil tu carik-carikkan serai supaya tidak bergumpal. Jika bergumpal, nanti bila digoreng hasilnya jadi tidak cantik.
7. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga nampak agak garing. Angkat & toskan.
8. Ayam Goreng Serai siap disediakan. Taburkan hirisan daun limau purut untuk menaikkan lagi keenakan menu ini. Aya mini juga enak dicicah bersama Sos Cili Thai.
Kredit resipi & foto: Khadijah Jaafar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official