Tak tahu apa nak buat bersama anak pada ketika Perintah Kawalan Pergerakan ni, jom try buat biskut. Senang je. Tak payah nak tekap-tekap. Lagipun biskut ni sedap dan kita boleh adjust sendiri tahap kemanisan yang kita mahu. Jadi, kalau nak lebih elok dimakan, buatlah kurang manis. Biskut ni senang je nak dibuat. Sudahlah senang, sedap pulak tu. Jom try buat.
CARA MEMBUAT
1. Satukan mentega, gula dan esen vanila. Gaul sebati
2. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
3. Kemudian masukkan conflakes, badam dan coklat chip. Gaul rata.
4. Bulatkan dan letak atas dulang. Hiaskan dengan ceri merah.
5. Bakar pada suhu 170 darjah sehingga kekuningan. Keluarkan dari oven. Biarkan sejuk.
Ads
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi Facebook Deyana Hatazad https://www.facebook.com/deyanahatazad/posts/2715352138502402
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kek Ribut ni memang jadi kegilaan ramai terutamanya bagi penggemar Kek Coklat. Mana tidaknya, lihat sahaja lelehan coklat yang melimpah ruah tu, memang memukau. Nak cuba? Resipi perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni antara yang menarik perhatian RASA. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KEK RIBUT SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN KEK:
BAHAN KEJU:
BAHAN COKLAT GANACHE:
BAHAN HIASAN:
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur dan ovalette hingga kembang.
2. Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
3. Bila adunan sudah sebati, masukkan susu pekat manis. Kacau lagi hingga semua bahan sekata.
4. Masukkan campuran tepung yang sudah diayak bersama serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder.
5. Kacau lagi hingga sekata seperti dalam gambar.
6. Tambahkan minyak masak. Kacau lagi sekali hingga sebati.
7. Akhir sekali, masukkan air panas.
8. Kacau hingga bertekstur halus sebegini.
9. Bahagikan adunan kepada 4 bekas saiz RC-750.
10. Sebelum kukus, tutup bekas supaya air kukusan tidak menitik ke atas kek. Kukus selama 25-30 minit atau hingga masak.
11. Bila kek sudah masak, terbalikkan kek (tanpa membuka penutup) selama 5-10 minit. Ia bertujuan supaya kek tidak mendap.
12. Bagi menyediakan bahagian keju, satukan krim keju, whipping cream dan susu pekat manis.
13. Adun hingga sebati dan licin. Elakkan pukul terlalu lama kerana adunan akan menjadi cair.
14. Letak campuran krim keju ke dalam piping bag supaya mudah diletak diatas kek.
15. Ambil kek tadi dan belah ditengah-tengahnya.
16. Paipkan campuran keju hingga rata.
17. Letak lapisan kedua kek.
18. Paipkan campuran keju di bahagian atasnya hingga rata. Sejukkan kek dalam peti sejuk selama 30 minit supaya keju menjadi pejal.
19. Untuk lapisan coklat pula, masukkan dark chocolate, susu full cream dan mentega ke dalam mangkuk.
20. Dalam periuk lain, panaskan whipping cream sehingga sedikit mendidih.
21. Tuang ke dalam mangkuk berisi coklat tadi.
22. Kacau hingga sebati dan coklat menjadi cair. Jika adunan terlalu pekat, tambah susu full cream atau susu segar.
23. Bila coklat tadi sudah sejuk atau suam, tuang ke atas kek tadi.
24. Tabur cip coklat dengan secukupnya.
25. Kek Ribut sedap dan gebu sedia untuk dinikmati.
Bagi penggemar Kek Sunquick Oren, resipi yang dikongsi oleh saudari Addarosa Rose Garden ni boleh anda cuba. Sangat mudah kerana tidak menggunakan banyak bahan. Hanya menggunakan 5 bahan yang sangat mudah didapati, kek homemade yang sangat gebu dan cair di mulut ini sedia untuk dihidang buat keluarga. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahannya.
KEK SUNQUICK OREN 5 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Pukul marjerin bersama gula hingga kembang. 2. Masukkan telur. Pukul lagi hingga adunan sebati dan kembang. 3. Kemudian masukkan tepung dan juga patio ren. Sebatikan. 4. Ambil loyang dan oles dengan marjerin atau alas dengan kertas. 5. Tuang kek ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170-180C selama 1 jam atau hingga kek masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar dan ketebalan loyang.
6. Keluarkan kek dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidang.
Antara kek yang sedang ramai suka sekarang ni adalah burnt cheese cake. Kek ini bukan macam kek keju leleh tapi sejenis kek yang dibakar. Memang sedap sesangat. RASA kongsikan resipinya di sini ya.
Bahan-bahan
250 gram cheese (guna philadelphia lagi sedap)
85 gram gula (boleh kurangkan ke 75gm)
2 biji telur ayam
9 gram tepung gandum
120 gram whipping cream
Sedikit esen vanilla (jika mahu)
Cara membuat
1. Putar sebati cheese dan gula. Masukkan telur. Putar sebati lagi. Ketepikan.
2. Campurkan tepung dengan whipping cream. Gaul sebati. Satukan dengan adunan cheese tadi.
3. Masukkan esen vanilla. Kaup balik sampai semua bersatu elok.
4. Lapikkan loyang dengan baking paper. Tak payah cantik-cantik tak apa. Sebab konsep kek ni memang kek yang tak ada rupa.
5. Jangan lupa panaskan oven suhu 200°C. Bakar kek ni selama 40 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan. Masuk peti sejuk semalaman. Esok pagi tu korang makan konfem berslice-slice masuk perut korang tanpa sedar. Nak makan terus pun boleh. Tapi lagi sedap kalau dah simpan dalam peti ais.
Panduan:
Adunan ni untuk bekas 5 inci tau. Kalau nak kek ni besar, sila gandakan adunan.
Thai Omelette viral yang rangup di luar dan gebu di dalam. Ikuti resipi lengkap bersama Sos Prik Nam Pla asli Thailand untuk rasa yang lebih sedap dan padu.