Donat pandan tanpa telur ini tetap gebu dan lembut. Donat adalah kuih yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia, dinikmati bila-bila masa saja. Tak kira pagi atau petang.
Ia juga selalu ada kalau acara makan-makan diadakan. Kali ini, resipi yang dikongsikan oleh Helley HNini agak berbeza kerana berperisa pandan dan berwarna hijau.
Selain itu, rupanya resipi ini tak menggunakan telur langsung. Tapi ternyata ia tetap gebu dan lembut. Ikuti resipi yang dikongsikan ini.
Pertama, satukan bahan A dan kacau rata. Ketepikan.
Ads
Kemudian satukan bahan B hingga sebati. Akhir sekali, masuk yis dan kacau. Selepas itu tutup Biarkan doh kembang.
Setelah doh kembang, masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
Uli doh agak-agak sudah sebati, ambil satu sudu majerin. Uli lagi dalam 5 minit.
Biarkan kembang dalam 1 jam. Pastikan doh tadi ditutup menggunakan kain lembap.
Selepas 1 jam, uli lagi sekejap. Setelah itu, bahagikan doh menjadi kecil-kecil. Kemudian bulatkan. Biarkan kembang dalam 10 -15 minit. Setelah itu bolehlah digoreng.
Panas minyak dalam kuali. Janngan guna api besar. Biar panas dengan api sederhana kecil. Goreng donat dua kali pusing je..
Ads
Jangan banyak kali pusing, nanti donat serap minyak. Angkat toskan. Taburkan gula kastor dan sedia untuk dinikmati.
Teringin nak makan donut yang sedap? Resipi Donut Pandan Susu yang gebu dan ada wangi bau pandan perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni memang anda kena cuba.
Lebih istimewa sebab donut ni ada rasa yang lebih lemak sebab ada guna susu tepung. Memang terbaik! Sesuai sangat buat untuk sarapan mahupun minum petang. Gebu dan lembut memang makan sebiji tak cukup ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT DONUT PANDAN SUSU
BAHAN-BAHAN
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk mixer kecuali air sejuk.
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang licin.
3. Asingkan kepada doh kecik dan timbang setiap satu 50gm.
4. Bulatkan dan canai sedikit dan ambik penutup botol tekan bahagian tengah doh.
5. Tunggu doh naik sedikit dan boleh di goreng menggunakan api perlahan.
6. Salutkan dengan susu atau gula halus. Sedia untuk dinikmati.
Resipi dari air tangan ibu sememangnya tidak bandingan. Kesedapan memang terigau-igau buat anda terkenang selamanya. Walaupun masakan yang disediakan nampak ringkas dan bahan yang digunakan mudah didapati, bila ibu memasak dengan penuh kasih sayang menjadikan setiap hidangan itu istimewa. Jom kembalikan nostalgia lama dengan menyediakan hidangan minum petang yang sering dihidangkan dulu dan kini.
BUBUR CHA CHA CEMPEDAK
BAHAN–BAHAN:
100g cha cha kering 200g keladi 100g keledek kuning 100g keledek oren 100g keledek ungu 50g sago
5 ulas isi cempedak
Bahan-bahan (kuah santan): 750ml air 150g gula batu 2 cawan santan Daun pandan 1/2 sudu kecil garam
CARA MEMASAK : 1. Rebus cha cha kering. Angkat apabila sudah terapung dan rendam di dalam air. 2. Rebus keladi dan keledek hingga empuk. Angkat dan toskan. 3. Rebus sago hingga masak. Angkat dan toskan. 4. Untuk memasak kuah santan, larutkan gula batu di dalam air. 5. Masukkan santan, daun pandan, dan garam. Kacau dan biar reneh. 6. Masukkan cha cha, keladi, keledek, isi cempedak dan sago. 7. Hidang panas atau sejuk.
Info chef: Sago direndam semalaman untuk cepatkan ia kembang dan cantik jika dimasak dengan api yang perlahan supaya santan tidak pecah minyak
UBI KAYU REBUS BERSAMA INTI KELAPA GULA MELAKA GEREK
BAHAN-BAHAN :
UBI KAYU REBUS
Ubi kayu
Secubit garam
INTI KELAPA GULA MELAKA GEREK
1 mangkuk kelapa parut
1 ketul Gula Melaka Gerek
Secubit garam
2 helai daun pandan
1 mangkuk air
CARA MEMASAK UBI KAYU
INTI KELAPA GULA MELAKA GEREK
1.Di dalam kuali besar, cairkan gula melaka gerek bersama satu mangkuk air
2.Setelah gula melaka sebati cair, masukkan kelapa parut
3.Masukkan daun pandan
4.Masukkan sedikit garam
5.Gaul sehingga kelapa parut kering bersama air gula melaka tadi
6.Setelah kering, angkat dan sejukkan
7.Sedia dihidangkan bersama ubi rebus tadi
Info chef: Pilih kulit kayu yang berkerak bukan kulit yang licin. Ubi kayu yang baik tak masuk angin dan lembut bila direbus
ROTI JALA BERSAMA KARI IKAN
BAHAN-BAHAN:-
ROTI JALA
3 cawan tepung gandum 3 cawan air 1 biji telur 1/2 sudu teh serbuk kunyit 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK
Info chef: Guna serbuk kunyit selain pewarna kuning untuk rasa yang sedap di samping warna yang cantik kuning keemasan.
KARI IKAN KEMBUNG ALA UTARA
5 ekor ikan kembung (sederhana kecil)
4 sudu besar rempah kari ikan
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 bungkus santan (1 1/2 biji kelapa)
8 biji kacang bendi (kalau suka letak lebih)
3 biji tomato (belah 4)
4 biji cili merah
BAHAN TUMIS:
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu halba campur
5 helai daun kari
6 sudu minyak masak
1 cawan air asam jawa (1 inci)
1 kiub pati ikan bilis
garam secukup rasa
Cara memasak:
LEMPENG NYOQ MUDA BERSAMA SAMBAL IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN
LEMPENG NYOQ MUDA
2 cawan tepung – (anggaran saja)
1 cawan nyoq (kelapa parut )
Air – ikut kepekatan
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua bahan, jangan terlalu pekat atau cair. Agak-agak macam buat cekodok.
2.Panaskan minyak dalam kuali, tuangkan adunan ke dalam dan tutup sebentar, supaya lempeng itu masak sekata. Sudah masak angkat dan hidangkan dengan sambal tumis.
Info chef: Untuk melazatkan lagi lempeng, alas bersama daun pisang semasa membakar di atas kuali tanpa minyak. Lempeng akan bertambah garing di samping tidak melekat pada kuali dan menambahkan lagi kelazatan dengan aroma daun pisang bakar.
SAMBAL IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan bilis (siap kopek) 20 tangkai cili kering (dikisar) 3 biji bawang kecil (dikisar) 3 biji bawang besar (dikisar) 1/2 biji bawang besar (dihiris) 4 ulas bawang putih (dikisar) 1 cawan minyak masak Garam (secukupnya) Gula (secukupnya
Sedikit belacan Air asam jawa (secukupnya)
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. 2.Keluarkan bilis dan masukkan bahan kisar serta gula. 3. Tumis lama sehingga naik bau, pecah minyak dan garing. 4. Masukkan bawang besar yang dihiris, air asam jawa dan garam. 5. Kacau lagi sehingga kering dan sambal jadi gelap. 6. Masukkan sedikit air dan bilis goreng, kacau rata. 7. Tutup api dan hidang bersama lempeng tadi.
PULUT INTI MANIS
BAHAN INTI
50gm gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air
Garam secukup rasa
300gm kepala parut
CARA MEMASAK
BAHAN PULUT
100gm beras pulut
100gm air
50gm santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK
CARA PENYEDIAAN
Info chef: Pulut direndam semalaman terlebih dahulu sebelum ditanak/dikukus untuk menjimatkan masa semasa memasak pulut
Kuih Telur Kubis. Nampak sangat sedap dan menggiurkan. Menurut perkongsian saudara Muliadi Ramli, kuih ini adalah kuih tradisi orang Terengganu. Namun kini ia sukar diperolehi. Amat rugi kalau resipi warisan ini tidak dijaga. Apa kata cuba hasilkan untuk sajian minum petang keluarga. Makan panas-panas pasti berselera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH TELUR KUBIS TERENGGANU
BAHAN A (KULIT KUIH) 500gm tepung gandum – beli online disini 2 sudu makan marjerin – beli online disini 1 biji telur Garam & gula secukup rasa Perasa secukupnya Air secukupnya
CARA MEMBUAT DOH: 1. Masukkan tepung, marjerin, garam, gula, telur dan perasa dalam satu bekas. Gaul hingga sebati. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. 3. Pastikan doh tepung tidak terlalu keras dan tidak lembik. Kena uli sampai doh tidak melekat di jari. 4. Biarkan doh selama 1-2 jam.
5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan doh seperti membuat roti canai. 6. Sapukan marjerin pada doh dan biarkan dalam bekas selama 3 jam. Kalau biar selama satu malam lagi bagus.
7. Ketepikan bahan untuk kulit dan sediakan inti pula.
BAHAN B (INTI IKAN) 9 ekor ikan selayang/sardin – dibersihkan 1 kotak kecil santan – beli online disini 3 biji bawang merah – beli online disini 1 ulas bawang putih – beli online disini 1 inci halia Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Ikan direbus dan diasingkan isinya. 2. Tumbuk isi ikan dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris nipis. Tumbuk lagi hingga semua bahan lumat. 3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali bersama santan, garam dan gula secukupnya. Kacau sehingga sambal kering atau lembap. 4. Siap dan sejukkan inti.
BAHAN C (SAYUR) 1/2 biji kubis 1 biji bawang holland – beli online disini 10 tangkai cili padi merah dan hijau – lebihkan jika suka pedas (semua bahan C dimayang dan hiris nipis)
BAHAN D (TELUR) 4 biji telur – pukul telur & letak sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan Kuih Telur Kubis pertama sekali ambil doh dan canai hingga nipis.
2. Letak inti ikan, hirisan sayur kubis, hirisan bawang holland, hirisan cili dan sedikit bancuhan telur. Kemudian lipat doh dan pastikan inti tidak terkeluar.
3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan goreng hingga agak kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
4. Kemudian ambil doh seterusnya, uli dan jadikan nipis. 5. Ambil doh yang telah digoreng tadi dan letak pada doh. Masukkan inti ikan, sayur, cili dan bancuhan telur. Bungkus kemas. (ulang proses yang pertama tadi).
6. Goreng doh untuk kali kedua dan untuk kali ketiga, juga ulang proses yang sama. (Kuih Telur Kubis ini akan jadi 3 lapis).
7. Bila siap lapisan ketiga, boleh potong kuih dan sedia untuk dinikmati.
Ada cara mudah untuk hasilkan laksa yang cepat dan dapat disiapkan dalam masa 30 minit, tapi tetap sedap macam kita gunakan ikan segar, iaitu dengan menggunakan sardin dalam tin.