
Kalau korang nak menu daging yang sempoi, cepat dan mudah disediakan. Korang boleh cuba menu Daging Tumis Bawang Putih Sos Tiram, tak rugi cuba kerana menu ini sungguh sedap. Pendek kata sekali cuba mesti teringin nak masak lagi.
.
DAGING TUMIS BAWANG PUTIH SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 250gm daging batang pinang | hiris nipis
- 5 ulas bawang putih | cincang kasar
- 1 biji bawang Holland | dadu kasar
- Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
- 1 1/2 sudu makan gula Melaka | hancurkan
- 1 sudu makan sos tiram
- Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAPAN DAGING:
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan tepung
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
CARA MEMASAK:
- Gaulkan hirisan daging dengan bahan perapan lebih kurang 30 minit.
- Panaskan minyak. goreng daging yang telah diperap hingga separuh masak.
- Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak, tumis pula bawang putih hingga wangi dan kekuningan.
- Masukkan daging yang telah digoreng separuh masak tadi dan kacau rata seketika.
- Masukkan gula Melaka dan garam cukup rasa, kacau rata.
- Kecilkan api, masukkan bawang Holland, kacau rata hingga bawang layu.
- Akhir sekali masukkan hirisan cili benggala dan sos tiram sebagai perasa.
- Kacau rata lebih kurang. Kemudian tutup api dan daging sedia dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Ikut Gaya Mok Teh Merendang. Resipi Asli Warisan Ibu Mertuanya.

Jika anda singgah ke Pusat Bandar Wangsa Maju, jangan lupa cuba sajian di Restoran Mok Teh. Menu istimewanya sajian Terengganu, tapi pemiliknya Mok Teh pun hebat masak sajian nogori warisan dari ibu mertuanya.
Rendang air tangannya sedap tak terperi, ala nogori. Istimewanya bahannya ringkas aje. Jom semak, boleh masak hujung minggu ni…
1.RENDANG AYAM CILI API
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam| dipotong 12
- 1 kilo santan
BAHAN A
- 30 biji cili api
- 2 inci kunyit hidup
BAHAN B
- 5 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 7 batang serai |diketuk
- 2 asam keping
- 3 helai daun kunyit
- 1 sudu kerisik
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Ayam dibersihkan dan dipotong 12.
2. Bahan A dikisar dan dimasukkan kedalam kuali bersama ayam.
3. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus. Lengkuas dihiris nipis.
4. Kesemuanya dimasukkan ke dalam bersama ayam tadi.
5. Apabila agak kering air, kemudian dimasukkan santan,serai, asam keping dan garam.
6. Masak sehingga agak kering, masukkan daun kunyit yang dihirs halus.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
2.RENDANG ITIK
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor itik salai |dpotong 12
- 1 kilo santan
BAHAN A
- 20 biji cili api
- 5 sudu cili boh
- 2 inci kunyit hidup
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 5 batang serai
BAHAN B
- 5 batang serai |diketuk
- 2 asam keping
- 3 helai daun kunyit |dicarik carikkan
- 1 sudu makan kerisik
- Garam secukup rasa
- Gula merah secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Daging itik dipotong 12 dan dimasukkan kedalam kuali.
2. Bahan A dikisarkan, kemudian dimasukkan kedalam kuali.
3. Dimasukkan bersama sehelai daun kunyit yang dicarik carikkan.
4. Dimasak sehingga mendidih, kemudian dimasukkan Bahan B yang lain.
5. Masak sehingga agak kering.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
Anggaran kos: RM30
3.RENDANG PUCUK UBI MAK LONG
BAHAN-BAHAN :
- 2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda , basuh dan toskan
- 2 kilo santan
- Segenggam ikan bilis
- Segenggam cili api
- 3 inci kunyit
- 5 ulas bawang merah |dihiris nipis
- 5 batang serai | dititik
- Garam
- Asam keping
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis.
2. Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak.
3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak.
4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering.
5. Angkat dan sedia dihidangkan
INFO : Terpulang kepada anda, sekiranya suka makan yang garing boleh masak sehingga garing.
Saiz hidangan: 10 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
4. RENDANG CAMPUR MAMA
BAHAN A – CUCI DAN TOS
- 250gm daging
- 250gm paru paru
- 250gm limpa
- 250gm jantung
- 250gm hati
BAHAN B – KISAR
- 250gm bawang merah
- 100 gm bawang putih
- 10 batang serai
- 50 gm halia
- 75gm lengkuas
- 50gm kunyit
- 100g cili api | ikut kepedasan yang diingini
- 100g cili boh| ikut kepedasan yang diingini
- 2 kilo santan
- 2 sudu makan kerisik
- 5 batang serai |diketuk
- Garam secukup rasa
- 2 keping asam keping
- Sedikit gula merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan A, B dan santan ke dalam kuali dan panaskan
2.B ila sudah mendidih, masukkan kerisik, asam keping, serai ketuk dan kerisik.
3. Kemudian masukkan garam dan gula merah. Masak sehingga kering, gunakan api perlahan dan sering kacau.
4. Rendang siap dihidang.
Saiz hidangan: 10 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
RESIPI : Zunita Adibah bt Mohamed Adib @ Mok Teh
TERIMA KASIH : Restoran Mok Teh Nasi Dagang
Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Tip Buat Mi Goreng Basah Supaya Tak Serap Kuah, Mi Tak Kembang

Mi goreng basah ini selalu jadi pilihan menu untuk dihidangkan kepada tetamu datang beraya. Cuma masalahnya, hidangan ini tak boleh dibiar lama. Kalau tak dimakan terus, kuah akan diserap dan mi jadi kembang. Bila dah begini, rasanya akan kurang sedap.
Sebenarnya untuk memastikan mi goreng basah ini kekal basah dan berkuah ada caranya. Kalau ikut tip yang dikongsi oleh Riana Samad, masak mi basah awal pun tiada masalah. Mi ini akan kekal berkuah likat.
Tip buat mi basah tak kembang, kuah tak serap
Bahan-bahan
1 bungkus mi kuning – rendam dan tos
3 biji bawang putih & 4 biji bawang merah -kisar
1/2 sudu cili giling
Secubit asam jawa
Sotong, bebola ikan, daging – hiris
1 biji bawang besar – hiris
1 biji tomato – potong 4
5 sudu sos cili,
5 sudu sos tomato
5 sudu sos tiram
Kicap manis
Sayur
Cara membuat
1. Tumis bawang kisar sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cili giling dan asam jawa. Tumis lagi sampai masak dan naik bau wangi
2. Masukkan semua sos, tumis lagi sampai pecah minyak. Selepas itu masukkan sesuku cawan air baru kemudian masukkan udang daging dan bebola. Tumis lagi sampai masak.
3. Masukkan pula buah tomato, sayur bawang besar dan cili.
4. Masukkan mi dan kacau rata. Sambil itu boleh masukkan kicap dan serbuk perasa.
6. Bila me hampir masak, masukkan tauge jika suka. Bila dah sebati tutup api.
TIP EKSTRA
- Sebelum letak garam dan gula rasa dulu kerana mi itu sendiri dah masin. Selain itu kicap, sos cili tomato dan tiram tadi sudah cukup untuk memasin dan maniskan mi. Lebih-lebih lagi kalau guna cili boh segera. Memang dah sedia masin.
- Air jangan banyak sebab nanti mi jadi kembang dan kuahnya akan kering.
- Kalau air cuma sesuku cawan, mana nak jadi basah dan berkuah mi? Ok ni tipnya, sos tomato, cili tiram kena banyak. Jangan kedekut sos ya. Sos inilah yang memekatkan mi bukan air.
Selamat mencuba.
Sumber: Riana Samad
Cara Buat Sos Pasta Cendawan Homemade Sedap & Tanpa Pengawet

Resipi Sos Pasta Cendawan yang sedap, mudah dan tanpa pengawet perkongsian saudari Dahlia Kamaruza. Kalau anak-anak anda jenis peminat tegar pasta, seminggu 2-3 kali minta spageti, sos ni memang kena cuba buat. Jimat banyak. Bukan setakat pasta je, boleh juga dijadikan sos pizza, lasagna, baked macaroni dan macam-macam lagi. Lagi sedap dan tak ada pengawet pun. Jom cuba.
CARA MASAK SOS PASTA HOMEMADE TANPA MSG
BAHAN-BAHAN:
- 10 kg ++ tomato
- 4 biji bawang holland – dadu halus
- 2 labu bawang putih – tumbuk
- 4 biji lada capsicum merah
- 1/2 bekas cendawan shiitake – potong dadu
- 2-3 tangkai sweet basil – ambil daun sahaja
- 2-3 helai daun Bay
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit Mixed herbs
- 2 sudu makan serbuk cili ( optional)
- Serbuk pati ayam homemade (optional)
- 1-2 cawan minyak zaitun atau minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih tomato kemudian kelar kulit luar secara bersilang.
2. Rebus air dalam kuali hingga didih dan celur tomato sekejap. Angkat dan rendam dalam bekas berisi air yang mengalir supaya tomato sejuk.
3. Kupas kulit tomato dan asingkan isinya. Belah dua, picit keluar bijinya dan kumpulkan.
4. Kisar biji dan kulit tomato tanpa air hingga halus. Tapis dan ambil airnya.
5. Masak isi tomato dan air tapisan tadi dalam periuk hingga kecut dan air berkurangan. Tidak perlu letak air biasa kerana tomato akan mengeluarkan air. Biar sejuk.
6. Ambil lada capsicum dan bakar sampai kulit hangus. Lalukan di bawah air paip, kupas kulit dan bijinya. Kemudian kisar halus.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang holland, bawang putih dan cendawan sampai layu. Kemudian kisar halus.
8. Keluarkan separuh dari tomato dalam kuali yang disejukkan tadi dan kisar halus. Tuang kembali ke dalam kuali bersama kisaran lada benggala dan cendawan. Masak hingga kering.
9. Tambahkan serbuk cili, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam, mixed herbs, daun sweet basil dan daun bay. Kacau rata dan bila sos mendidih ( kuah memercik) dan pekat, padamkan api dan sejukkan.
10. Bila sos telah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
11. Jika simpan dalam peti sejuk pada suhu biasa, sos ni boleh tahan selama 2-3 hari. Jika simpan dalam peti sejukbeku, boleh tahan hingga 6 bulan.
INFO: Ini adalah resipi sos pasta cendawan. Jika nak buat sos pasta tradisional, abaikan penggunaan cendawan.
Kredit resipi & foto: Dahlia Kamaruza