DAGING SIAP

Sedapnya daging korban segar apabila dimasak dengan menu mudah dan ringkas sebagai hidangan keluarga dan tetamu di Hari Raya Aidil Adha. Ia bukan hanya cepat disediakan malah rasanya sedap bila dihidangkan bersama nasi, roti, ketupat mahupun lemang. Berikut beberapa menu ringkas yang boleh korang cuba dan variasikan masakan daging korban sesuai dengan selera seisi keluarga.

Daging Korban Nak Masak Apa,  Ini 9 Resipi  Yang Sedap & Ringkas.
rRENDANG CAMPUR BEREMPAH.

RENDANG CAMPUR BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm paru | rebus
  • 250gm hati | rebus
  • 250gm limpa | rebus
  • 1kg santan pekat
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 5 sudu makan kerisik
  • 3 sudu makan | rempah kari
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 15 tangkai cili kering | potong dan rebus
  • 1 biji bawang besar
  • 4cm lengkuas | hiris
  • 3cm halia | hiris
  • 3 batang serai | hiris

BAHAN HIRISAN:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 batang serai

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 4cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Paru, limpa dan hati yang telah direbus dihiris dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. kemudian tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
  3. Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
  4. Seterusnya masukkan campuran rempah kari, serbuk ketumbar, jintan manis dan putih yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika.
  5. Seterusnya masukkan paru, limpa dan hati tadi, kacau rata dan sebati dengan bahan tumisan.
  6. Masukkan pula santan pekat, kacau dan biarkan mereneh sehingga kuah agak pekat lebih kurang 15-20 minit.
  7. Seterusnya, masukkan air asam jawa, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  8. Kecilkkan api, dan terus kacau sehingga kuah kering dan timbul minyak.
  9. Angkat dan hidangkan.

 

Daging Korban Nak Masak Apa,  Ini 9 Resipi  Yang Sedap & Ringkas.
SAMBAL HATI.

SAMBAL HATI
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg hati lembu | rebus dan potong dadu
  • 5 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 1 sudu makan cili sos
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Sementara itu gaul hati yang telah dipotong dadu dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  3. Kemudian goreng hati seketika, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
  5. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak, seterusnya masukkan hati.
  6. Kacau sebati supaya hati sebati dengan bahan tumisan.
  7. Seterusnya masukkan air asam, cili sos dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
  8. Angkat dan sedia dihidangkan.

Daging Korban Nak Masak Apa,  Ini 9 Resipi  Yang Sedap & Ringkas.
HATI GORENG KUNYIT.

HATI GORENG KUNYIT KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm hati lembu | rebus dan hiris
  • 10 batang kacang panjang | potong 3cm
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 15 tangkai cili padi merah | hiris memanjang
  • 2 batang serai | titik
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan serai bersama bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan hirisan hati, kacau rata.
  3. Seterusnya masukkan hirisan bawang besar, cili dan kacang panjang dan kacau lagi.
  4. Akhir sekali masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah masak, angkat dan segera dihidangkan bersama nasi putih.


Daging Korban Nak Masak Apa,  Ini 9 Resipi  Yang Sedap & Ringkas.
kurma.

DAGING GORENG KURMA

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm daging | hiris nipis
  • 2 sudu makan rempah kurma
  • 2 sudu makan yogut
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 biji ubi kentang | potong memanjang
  • 2 pokok daun ketumbar | hiris
  • 3 biji cili hijau | hiris 2cm
  • 4-5 biji tomato ceri
  • 1 biji bawang besar | belah lapan
  • 3 ulas bawang berah | hiris
  • 5 ulas bawang putih | hiris
  • 3cm halia | hiris
  • 2 batang serai | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
2. Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan sedikit air, kacau hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan hirisan daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering.
4. Masukkan yogurt, hirisan cili dan daun ketumbar.
5. Kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
6. Sebelum angkat, masukkan tomato ceri.
7. Sedia dihidangkan.

Daging Korban Nak Masak Apa,  Ini 9 Resipi  Yang Sedap & Ringkas.
dGING KWTUK.

SAMBAL HIJAU DAGING KETUK
BAHAN-BAHAN:
DAGING:

  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1sudu makan madu
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 cm halia muda | kisar
  • 4ulas bawang merah | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 2 batang serai | kisar
  • Garam secukup rasa

SAMBAL HIJAU:

  • 7 biji cili hijau
  • 15 biji cili padi hijau
  • 2 biji tomato hijau
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Daging dicuci bersih dan ditoskannya.
  2. Kemudian, gaul daging bersama semua bahan lain sehingga sebati.
  3. Tambah sedikit air dan didihkan atas api sehingga air kering rebusan.
  4. Setelah daging sejuk, hiris nipis dan lebar lebih kurang 3-4cm
  5. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, goreng daging sehingga bertukar warna keperangan. Angkat dan ketepikan.
  6. Kemudian ketuk atau tumbuk setiap keping daging hingga lembut. Ketepikan lagi.
  7. Untuk menyediakan sambal, masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar kasar.
  8. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  9. Kecilkan api dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  10. Apabila sambal menjadi kering, masukkan daging dan gaul sebati.
  11. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Daging Korban Nak Masak Apa,  Ini 9 Resipi  Yang Sedap & Ringkas.
dendeng.

DAGING DENDENG
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis
  • 1 cawan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Gula nisan secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

BAHAN TUMIS:

  • 15 tangkai cili kering | hiris
  • 5 biji cili merah | hiris
  • 10 ulas bawang merah | hiris
  • 6 ulas bawang putih | hiris
  • 4cm halia muda | hiris
  • 4 batang serai | hiris

CARA MEMASAK:
1. Daging dicuci bersih dan ditoskan.
2. Kemudian gaulkan daging dengan kicap, sos tiram dan perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
3. Seterusnya, panaskan minyak, goreng semua bahan tumis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
4.Setelah sejuk kisarkan bahan yang telah digoreng tadi.
5. Panaskan minyak dalam kuali lain. Kemudian goreng daging hingga habis (jangan terlalu garing).
6. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis bahan kisar tadi, Kemudian tumiskan pes hingga pecah minyak.
9. Perasakan dengan garam dan gula nisan secukup rasa.
10. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan gaul rata hingga sebati.
11. Tutup api, Daging Dendeng sedia dihidangkan.

Daging Korban Nak Masak Apa,  Ini 9 Resipi  Yang Sedap & Ringkas.
Asam Pedas ekor.

ASAM PEDAS BEREMPAH EKOR
BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ekor lembu | rebus hingga empuk
  • 3 sudu makan pes asam jawa
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 5 tangkai daun kesum
  • 2 biji tomato | belah empat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 10 tangkai cili kering
  • 5 biji cili merah
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 3cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah, jintan manis dan jintan putih. Kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan ekor yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
  4. Seterusnya masukan air asam, daun kesum, garam dan gula secukup rasa.
  5. Biarkan terus mereneh lebih kurang 10 minit atau kuah menjadi pekat.
  6. Akhir sekali angkat, dan sedia dihidangkan.

Daging Korban Nak Masak Apa,  Ini 9 Resipi  Yang Sedap & Ringkas.
asam rebus.

ASAM REBUS DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging tetel | hiris, bersihkan dan tos
  • 3 keping asam gelugor
  • 3 helai daun salam
  • 2 batang serai |titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 12 biji cili padi
  • 6 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 2cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging tetel dalam periuk bersama bahan kisar.
2. Seterusnya tambahkan air secukupnya.
3. Masak di atas api sederhana, setelah mendidih masukkan asam keping daun salam dan serai.
4. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
5. Apabila daging tetel sudah lembut dan secukup rasa, matikan api.
6. Asam Rebus Tetel sedia dihidangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI