
Makan bubur sumsum ni membangkit nostalgia zaman kanak-kanak, Min suka rasanya yang lemak manis. Ia adalah sejenis kuih yang dibuat dari tepung beras dan dihidang bersama kuah manis yang dibuat dari gula Melaka. Ummph memang sedap.
Rasanya semacam lapisan atas kuih lompat tikam tetapi bubur sumsum adalah lapisan putih yang diperbuat daripada santan. Teksturnya yang lembut, perrgh cair di mulut memang ‘legend’ lah kuih warisan ni.
Jom masak gaya Khaty Kay- JOM Jengah Dapur KK seperti yang dikongsikan dalam laman FBnya
BUBUR SUM-SUM
BAHAN-BAHAN :
Bahan kuih :
- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan santan
- 1/2 sudu teh garam
- Daun pandan
*Jika menggunakan santan kotak boleh guna 1 kotak kecil santan kara lebih pekat dan campur dengan 2 cawan air)
CARA MEMASAK :
1.Sebatikan semua dan kacau hingga cantik larut.Masak diatas api sederhana sambil kacau sentiasa
2. Masak hingga likat berkilat dan sedikit blup-blup bunyinya. Buang daun pandan. Sendukkan ke dalam mangkuk. Dan biar sejuk.
Bahan air gula :
- Seketul gula melaka
- 1 cawan air
- Sebatang kecil kayu manis
- Sehelai daun pandan
CARA MEMASAK :
- Didihkan hingga cantik larut. Sudukan ke dalam mangkuk sumsum tadi tadi dan hidang.
- Boleh juga disimpan dalam peti sejuk. Enak juga dimakan sejuk.
*kayu manis boleh juga ditukar dengan hirisan halia.
*air untuk air gula boleh tambah ikut citarasa manis yang diinginkan.
Sumber resipi :KATHY KAY – JOM jengah dapur KK
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usahawan Kedah Datin Aidasuraini … Kongsi Resipi Lauk Nogori dan Pekasam.

Personaliti VIP yang Min temui kali ini adalah wanita dan usahawan butik pakaian Cindai dari Jitra, Kedah. Menariknya Muslimah bertubuh genit ini walaupun anak watan Kedah, namun seleranya cukup serasi dengan lauk pauk negeri Sembilan.
Bagi melazatkan lagi masak lemak cili padi, Datin AidaSuraini Ibrahim akan memasukkan daging atau ikan pekasam ke dalam lauk masakannya.
Bermula bulan lalu pakaian jenama Cindai ini telah pun berjaya menembusi jualan pakaiannya di pusat membeli belah terkenal Metrojaya. Bukan mudah produk Bumiputra nak ‘masuk’ dalam gedung ternama ini.
Namun dalam kesibukan perniagaannya, Datin Aidasuraini Ibrahim masih punya waktu memasak untuk suaminya Datuk Wan Ahmad Muazzam Wan Ismail dan dua anak bujangnya.
“Bila dah masukkan daging pekasam, Datuk suka juga makan masak lemak cili padi sebab ada rasa masam-masam sedikit dari daging ni. Biasanya saya beli dalam kuantiti yang lebih kerana ia boleh disimpan dan tahan lama dalam peti sejuk. Lebih istimewa daging pekasam buatan asli Kedah berjenama ‘Tanties’ ini adalah lebih lama tempoh menyimpannya rasanya menjadi lebih sedap,” ceritanya kepada RASA.
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi teknik menggunakan pekasam dalam lauk, jangan lupa membeli majalah RASA keluaran Disember, dah ada dalam pasaran pun. Banyak lagi cerita menarik dari Datin ni…
Nah…ni min kongsikan 2 resipi darinya :
KUAH LEMAK CILI PADI DAGING PEKASAM
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm@ sebungkus daging pekasam
- 4 biji bawang kecil
- 5 biji cili padi
- 1 biji kelapa | ambil santannya
- 1 sm kunyit hidup
- 15 ekor ikan bilis | ditumbuk *jika suka
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tumbuk bawang kecil, cili padi dan kunyit hidup.
2. Kemudian didihkan adunan bawang ,cili padi dan kunyit tadi dengan sedikit air.
3. Selepas mendidih, masukkan santan.
4. Kemudian masukkan garam secukup rasa..Angkat selepas kuah mendidih.
5. Kemudian goreng daging pekasam.Selepas itu potong daging pekasam mengikut saiz dikehendaki.
6. Masukkan daging pekasam dalam mangkuk kemudian baru dituangkan kuah ke atasnya.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan :Mempunyai rasa pedas berlemak dan masam dari daging pekasam
Info :Daging pekasam dipotong selepas digoreng agar daging tidak pecah kala digoreng.Tumbuk 15- 20 ekor ikan bilis dan masukkan ke dalam kuah untuk rasa yang lebih lemak dan manis.
KACANG BOTOL GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN :
- 15 biji kacang botol
- 1 biji bawang besar
- 4 biji bawang kecil
- 2 ulas bawang putih
- 5 biji cili padi
- 1 biji cili merah | jika suka
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK.
1. Potong kacang botol kecil atau menyerong
2. Tumbuk bawang besar, merah dan putih dan cili padi sehingga lumat.
3. Tumis bahan bahan itu tadi dengan sedikit minyak.
4. Kemudian masukkan kacang botol dan masukkan garam dan kacau.Usah goreng lama.
5. Tutup api dan sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 5-10 minit
Cara memasak : Kacau goreng
Jenis masakan : Sayuran ulam
Keistimewaan :Sayur ulaman yang rangup.
Info : Kacang botol bukan sahaja sayur ulaman yang berkhasiat ia juga baik untuk kesihatan dan tinggi serat membantu penghadaman.
Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Masak Nasi Goreng Sosej & Mentega. Kesederhanaannya DiPuji Rakyat.

Baru-baru ini video KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memasak nasi goreng mendapat perhatian dan pujian rakyat. Baginda berkongsi resepi 2 jenis nasi goreng iaitu nasi goreng sosej dan nasi goreng mentega.
https://www.facebook.com/houseofpahang1/posts/786216858529800
Sebelum ini Paduka Kekanda, Seri Paduka Baginda Tuanku, DYMM Sultan Johor berkenan memasak nasi goreng dan kini Seri Paduka Baginda Tuanku memasak nasi goreng yang serupa. Nampak sungguh menyelerakan!
Video yang disiarkan di FB House of Pahang itu mendapat 39k likes, 1.5 k komen dan 10k perkongsian . Laman ini memaparkan perkembangan dan aktiviti terkini Keluarga Diraja Pahang
Walaupun mempunyai pembantu Seri Paduka Badinda Raja Permaisuri Agong nampak selamba dan tak kekok di dapur, aksinya mendapat pujian dan perhatian rakyat. Ramai yang mengagumi kesederhanaan penampilannya dan sisi keibuan baginda memasak untuk keluarga yang wajar dijadikan contoh.
Malah baginda memang sering kelihatan berkenan mencemar duli memasak bersama rakyat dalam acara awam.
Ini antara komen yang diberikan netizen dari pelbagai bangsa terhadap baginda:
Jeya Singam
Such humble royalty, the beauty of being royal yet not missing her role as a wife, mother and etc. Hope everyone learns from her, doing things for your own loved ones beats anything else outside. Cooking with love, keeps the family together.
God bless….
Wai Meng Lai
The Best Queen in Malaysia. GOD will always bless Her MAJESTY for being so HUMBLE. I sincerely wish to meet HER MAJESTY one fine day. Pray and look forward for the day.
Zalina Salleh
Terbaik Tuanku! Rasanya baginda Sultan Johor dan Tuanku Permaisuri dibesarkan dalam suasana yang sederhana sejak kecil. Sebab tu tak kekok langsung ke dapur
Mohd Salleh Mohd Isa
Allhamdullillah terbaik Tuanku permaisuri betapa sayangnya seluruh rakyat jelata kerana Tuanku permaisuri menunjukkan contoh paling terbaik.
Kredit video : FB House of Pahang
Sumber foto :instagram airtangan_tunkuazizah
Ramai yang dah tengok video Tunku Azizah, jadi jom lah kita mencuba dua sajian nasi goreng dengan resepi yang disediakan blogger terkenal Azie Kitchen, hasil inspirasi dari masakan Raja Permaisuri Agong kita.
Menurut Azie, “Bak kata Sultan Johor semasa memasak nasi goreng, jangan kedekut dengan telur. Masuk banyak banyak supaya lagi sedap. Biar telur nampak kasar kasar atas nasi.”
1. NASI GORENG MENTEGA YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN :
- 1 mangkuk nasi putih
- 3 ulas bawang putih – cincang
- 4 biji telur
- 2-3 sudu besar mentega
- Garam
- Serbuk lada sulah
- Daging bakar | dihiris nipis, tambah jika suka
CARA MEMASAK :
1. Panaskan mentega. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga keperangan.
2. Masukkan telur. Setelah hampir separuh masak, baru telur dikacau.
3. Masukkan nasi putih dan kacau rata. Masukkan garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
4.Akhir sekali, masukkan daging bakar yang telah dihiris nipis. Kacau sebati.
5.Selepas tutup api, masukkan 1 sudu mentega dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan. Nota: jika tak suka pun, OK tapi rasa mentega atas nasi memang sedap dengan rasa lemak lemak.
2. NASI GORENG SOSEJ
.
Bahan bahan:
- 1 mangkuk nasi putih
- 8 batang sosej
- 4-5 ulas bawang putih – cincang
- 4-5 biji telur
- 1-2 tangkai cili merah – hiris
- Daun sup
- Kicap manis secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1.Panaskan minyak dan goreng sosej sehingga sedikit keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan pula bawang putih yang dicincang dan tumis sehingga keperangan.
3. Masukkan telur. Biarkan telur separuh mengeras, sebelum dikacau rata. Masukkan nasi putih.
4. Masukkan sosej, cili merah, daun sup, garam dan kacau rata.
5, Akhir sekali, masukkan kicap manis secukupnya. Saya tidak masukkan banyak kerana saya tidak suka nasi goreng yang berwarna terlalu gelap. Siap.
Kredit foto & resipi : aziekitchen.com
ANDA NAK MENCARI AIR FRYER TERBAIK, BOLEH LAYARINYA DI SINI. BELI ONLINE AJE.
JOM SEMAK VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI RESIPI INI :
Sepinggan Tak Cukup. Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Ni Memang Sedap.
Sambal Telur Hancur , Boleh Jadi Lauk & Perencah Nasi Goreng
Bangkit Keju Cair Di Mulut, Sedap Berkrim Mudah DiBuat

Biskut bangkit adalah kuih warisan legend yang disukai sejak dulu hingga kini. Tapi kini biskut bangkit selain dari bangkit santan dan kelapa turut juga mengalami inovasi, dengan ramuan krim keju iaitu biskut bangkit keju.
Biskut Bangkit Keju lembut dan cair di mulut, bagi pencinta keju memang jadi favorite sangat lah kan.
Yang penting guna krim keju berkualiti dan tambah pulak keju cheddar dalam adunan..perggh memang sedap dan kaya dengan rasa keju. Sedap dikunyah boleh dimakan bila-bila.
Jom tengok perkongsian resipi dari Cake House, Elyani Khai
BISKUT BANGKIT CHEESE
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
150gm krim keju Tantura (suhu bilik)
250gm mentega (seketul)
1cawan gula halus/100gm
2biji kuning telur
**Satukan gula dan mentega dalam mesin pengadun dan pukul sampai putih, masukkan krim keju dan telur kacau sampai sebati )
Bahan diayak :
3 cawan tepung ubi kayu ( sangai )
2 1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1sudu kecil esen vanilla.
30gm keju cheddar parut. (Timbang yang buku kemudian parut halus)
CARA-CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan-bahan ayak ni dalam adunan A , keluarkan uli sampai tak melekat di jari.
2. Jika adunan lembik tambah sedikit demi sedikit tepung ubi ubi, masukkan parutan keju cheddar.
3. Dah uli , biarkan dalam bekas 30 minit.
4. Terapkan dengan acuan yang anda suka
5. Bakar suhu 170 darjah C api atas bawah, 30 minit . Betul garing ye, baru seda[,bila gigit terasa parutan keju tu.
Resipi : Cake House,Elyani Khai
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MENPERCEPATKAN KERJA ANDA, JOM LAYARI DI SINI.
DI SINI JUGA TERDAPAT PELBAGAI PILIHAN MIXER UNTUK MENGADUN BISKUT DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI -RESIPI INI :
Kek Tornado Chocolate Cheese Cake ‘Viral’ Yang Bikin Ketagih