Ads

Daging Dendeng Pedas Paling Padu, Ringkas Tapi Memang Buka Selera

Sedapnya Daging Dendeng. Memang sesuai dijadikan idea menu makan tengahari keluarga hari ini. Bila sebut pasal dendeng, ada pelbagai jenis resipi yang boleh ditemui. Ada yang manis bercampur kicap, ada yang menggunakan ketumbar dan bermacam-macam lagi gaya masakan mengikut citarasa masing-masing.

Bagi penggemar lauk sambal dan pedas, menu ini memang wajib cuba. Resipi perkongsian saudari Fatin Najwa Misuan ini cukup mudah dan ringkas tetapi hasilnya sangat sedap serta membuka selera.

Jom cuba sendiri di rumah.

Cara Masak Daging Dendeng Sedap & Mudah

Daging Dendeng Pedas Paling Padu, Ringkas Tapi Memang Buka Selera

Bahan-Bahan Utama

  • 1.2kg daging
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun salam (bay leaves)
  • 4 hiris halia
  • 1 sudu teh garam
  • Kicap manis secukupnya
  • Sos tiram secukupnya

Bahan Sambal Daging Dendeng

  • 4 biji bawang merah kecil saiz besar – kisar kasar
  • 4 ulas bawang putih – kisar kasar
  • 6-7 tangkai cili merah besar – kisar kasar
  • 4-5 biji cili padi merah – kisar kasar
  • Cili padi hijau secukupnya – kisar kasar
  • 2 helai daun limau purut
  • Minyak masak
  • Air asam jawa – pes asam jawa dibancuh dengan sedikit air rebusan daging
  • 1 sudu teh gula melaka
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak Daging Dendeng

1. Rebus Daging Hingga Empuk

Potong daging secara lebar dan pastikan hirisan melawan urat supaya hasilnya tidak liat apabila dimasak.

Daging Dendeng Pedas Paling Padu, Ringkas Tapi Memang Buka Selera

Rebus daging bersama serai, daun salam, halia dan garam menggunakan pressure cooker selama kira-kira 5 minit sahaja. Jika menggunakan bahagian daging yang banyak otot, rebus sedikit lebih lama sehingga empuk.

Daging Dendeng Pedas Paling Padu, Ringkas Tapi Memang Buka Selera

Jangan buang air rebusan daging kerana boleh digunakan semula untuk menyediakan sambal dan menambahkan rasa pada masakan.

Daging Dendeng Pedas Paling Padu, Ringkas Tapi Memang Buka Selera

2. Tumbuk dan Goreng Daging

Keluarkan daging yang telah direbus dan tumbuk sekeping demi sekeping secara perlahan. Tujuannya supaya daging menjadi lebih nipis dan lebar.

Daging Dendeng Pedas Paling Padu, Ringkas Tapi Memang Buka Selera

Ads

Selepas itu, gaulkan daging bersama kicap manis dan sos tiram secukupnya.

Daging Dendeng Pedas Paling Padu, Ringkas Tapi Memang Buka Selera

Panaskan minyak dan goreng daging hingga sedikit garing. Berhati-hati ketika menggoreng kerana minyak boleh meletup sedikit akibat kandungan air pada daging.

Daging Dendeng Pedas Paling Padu, Ringkas Tapi Memang Buka Selera

Ketika ini, Daging Dendeng sebenarnya sudah cukup sedap dimakan begitu sahaja.

3. Sediakan Sambal

Untuk sambal, kuantiti bahan boleh diubah mengikut jumlah daging atau tahap kepedasan yang disukai.

Daging Dendeng Pedas Paling Padu, Ringkas Tapi Memang Buka Selera

Ads

Kisar bahan sambal secara kasar supaya tekstur sambal lebih sedap dan bawang tidak terlalu berair.

Daging Dendeng Pedas Paling Padu, Ringkas Tapi Memang Buka Selera

Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau wangi.

4. Masukkan Air Asam Jawa

Masukkan air asam jawa yang dibancuh bersama sedikit air rebusan daging. Ada juga yang suka menggantikannya dengan air nanas, limau kasturi atau limau nipis untuk rasa lebih segar.

Tambahkan gula melaka dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa pedas, masam dan manis mengikut citarasa masing-masing.

Daging Dendeng Pedas Paling Padu, Ringkas Tapi Memang Buka Selera

5. Gaul Bersama Daging

Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan gaul sebati bersama sambal.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Daging Dendeng Pedas Paling Padu, Ringkas Tapi Memang Buka Selera

Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan gaul hingga semua sambal melekat sempurna pada daging.

Daging Dendeng Pedas Paling Padu, Ringkas Tapi Memang Buka Selera

Daging Dendeng siap dimasak dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih panas.

Petua Daging Dendeng Lebih Sedap

  • Gunakan daging yang dipotong melawan urat supaya lebih lembut.
  • Tumbuk daging secara perlahan untuk mendapatkan tekstur nipis tetapi tidak hancur.
  • Kisar sambal secara kasar bagi menghasilkan rasa lebih padu.
  • Daun limau purut membantu menaikkan aroma sambal dengan lebih menyelerakan.
  • Jika suka lebih pedas, boleh tambah cili padi mengikut citarasa.

Memang puas dapat makan Daging Dendeng homemade begini. Rasa pedas sambalnya memang ngam dan sangat sesuai untuk penggemar lauk berempah dan pedas.

Kredit resipi & foto: Fatin Najwa Misuan 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:    

Resipi Sambal Daging Kentang. Simple Tapi Mudah & Membuka Selera!

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Bahagian ‘Rare’ Lembu Ramai Tak Sanggup Makan, Namun Ada Khasiat Tersendiri

Bahagian rare lembu seperti kulit, lidah, kepala dan torpedo mempunyai khasiat unik serta resipi tradisional yang sedap jika dimasak dengan betul.