Anda peminat daging bakar? Bila ramuan perapan yang diletakkan pada daging menepati citarasa pasti kecur liur dibuatnya. Lihat perkongsian resipi oleh Husna Azlan cara membuat daging bakar dengan bahan perap  yang mudah dan gerenti sedap.

Sekarang ni mudah. Ada bahan jer,boleh buat ikut resipi ni.
Resipi daging bakar ni mudah sangat. Bahan bahan dia mesti korang adeeee punya.
Jomm tengoh bahan bahannya.

RESIPI DAGING PERAP

👉 Daging 1kg
👉 Sos cili 4 sudu
👉 Sos Tiram 4 sudu
👉 Sos BBQ 4 sudu
👉 Sos nampla/Sos ikan 3 / 4 sudu
👉 Gula 4 sudu
👉 lada hitam tumbuk rm1

 

 

Perap dalam peti dulu.. Esok baru bakar,lagi lama perap,lagi best. Fuhhhhh! Makan sampai jilat jarii! Tak ingat daa rupa kejadian daging siap macam mane,lupa nak snap! Hahaha. Nampak tak betapa syokkknya makan. Korang boleh cuba resipi ni. Memang best. Comfirm tak menyesal laa. Rugi tak buat.

Boleh bakar,boleh panggang,masuk dalam kuali ajaib ka,Hus masuk dalam kuali biasa jer,masakkkk je dalam tuu,sedap weiiiii!

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi Masakan Tradisi & Moden