
Isi Kandungan
ToggleApa kudapan minum petang anda? Mungkin idea buat cucur bihun boleh anda
pertimbangkan.Barulah ada kelainan rasa.Sangat sesuai dihidangkan untuk minum petang.Gerenti habis sepinggan.Istimewanya menu ini menggunakan bihun di dalamnya.Bila dimakan dengan sos lagilah enak rasanya.
CUCUR BIHUN
BAHAN-BAHAN:
1/2 bungkus bihun (rebus hingga lembut dan potong pendek)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 batang lobak merah – dihiris halus
1 biji bawang besar – dihiris halus
2 biji cili merah – hiris halus dan buang biji
Daun bawang – hirus halus
2 biji telur
1 cawan udang
Ikan bilis secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
1/2 cawan air
Minyak masakAds
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dan rebus bihun hingga lembut. Kemudian potong pendek.
2. Masukkan tepung, lobak merah, bawang besar, cili merah, daun bawang, ikan bilis, udang, telur dan air. Gaul hingga sebati.
3. Panaskan minyak masak dan goreng cucur seperti biasa hingga garing kekuningan.
4. Angkat dan toskan. Sedia untuk dinikmati.
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Asam Pedas Ikan Kembung Lemak Yang Sedap, Seminggu Sekali Mesti Masak
Asam Pedas Johor, Buat Pekat-pekat Makan Dengan Nasi Putih. Kuah Banjir Boleh Hirup Sampai Licin
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=AwveE883HTw&list=PLeFxvDQwYge0cSeFit36VCHplbecBVrgz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Mudah Popia Pisang Coklat, Sedap Ya Amat. Snek Minum Petang!

Jika sebelum ini kita sering makan popia basah, popia sira dan keju. Kali ini Puan Solehah Yusoff di laman facebooknya berkongsi resipi baru iaitu popia pisang coklat yang rangup dan sedap. Masuk dalam mulut, krup krap krup krap bunyi dia. Cubalah!
POPIA PISANG COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus kulit popia (saiz kecik)
- Pisang (tak kesah janji dah masak dan manis)
- Coklat Susu (tak kesah jenis ape, nutella pun boleh)
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
- Potong pisang dan coklat untuk bahagian kecil.
- Kulit popia pulak dipotong ke empat bahagian.
- Basahkan kulit popia yang pertama dengan air. Tujuan untuk lekatkan kulit popia yang kedua.
- Letakkan pisang dan coklat.
- Basahkan kulit popia yang kedua dengan air dan lekatkan dengan kulit popia pertama. Pastikan lekat yer.
- Panaskan kuali dan goreng popia pisang coklat rangup kuning keemasan.
Dah boleh makan!
*ikut kreativiti kamu sama ada nak gulung macam popia goreng biasa atau kapitkan seperti gambar diatas.
Kongsi resipi: Puan Solehah Yusoff
Menu Tauhu Kukus Berinti Paling Sesuai Untuk Hidangan Hi Tea.

TAUHU KUKUS BERINTI
BAHAN-BAHAN:
- 200gm isi ayam kisar
- 6 keping tauhu kering
- 1 biji cili merah | | dicincang
- 1 pokok daun bawang | dihiris
- 1 paket tauhu telur
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- 1 sudu makan minyak bijan
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ayam, taufu telur, cili merah, daun bawang dan minyak bijan. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan lada sulah, garam dan serbuk pati ayam. Gaul sekali lagi.
3. Potong tauhu menjadi dua bahagian dan sumbat inti tadi hingga padat.
4. Susun tauhu di dalam kukusan dan kukus hingga masak.
5. Sedia untuk dinikmati.
Lihat cara-cara penghasilan Tauhu Kukus Berinti disini:
Kacang Pun Boleh Jadi Sup Enak. Nah, 5 Resipi Dari Kacang.

Bila disebut kacang pasti snek rangup ini menjadi ‘teman’ paling menyeronokkan bila menonton tv, wayang atau pun masa tengah bersantai. Tetapi kacang pun boleh menjadi bahan asas pelbagai bahan ramuan lauk dan sampingan.
Nak guna kacang dalam sup dan nasi pun boleh. Jom semak 5 lagi resipi sihat berasaskan kacang dari Chef dan tenaga pengajar Kagumas Culinary Academy, Seksyen 19 Bandar Baru Bangi yang diasaskan oleh Tn. Hj Harun Nordin ini.
1. MINTED PEA SOUP
BAHAN-BAHAN :
- 25gm mentega
- 1 biji bawang besar | dicincang
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 1 cawan kacang pis hijau | segar @ sejuk beku
- 1 biji kentang saiz besar | dicincang
- 500ml air rebusan @stok ayam
- 1/4 ikat daun pudina | dicincang
- 150ml @ 2/3 cawan krim ringan rendah lemak (single cream)
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan mentega di dalam kuali dan layurkan bawang besar dan bawang putih selama 5 minit sebelum bertukar warna.
2. Masukkan kacang pis, kentang dan stok ayam dan separuh dari daun pudina dan biarkan mendidih.
3. Biarkan mereneh selama 5-6 minit sehingga kacang pis lembut.Padamkan api.
4. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga menjadi larutan sup.
5. Masukkan dalam kuali dan panaskan, perisakan dengan garam dan lada hitam dan tuangkan ke dalam krim. Usah sampai mendidih mendidih.
6. Hidangkan di dalam mangkuk bersesuaian dan hiaskan dengan daun parsli yang dicincang.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak :10 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan :Sajian pembuka selera berasaskan kacang pis hijau
Keistimewaan : Rendah lemak dan sesuai juga dijadikan sarapan dimakan bersama roti
Anggaran kos : RM 6
Info Chef : Kacang pis hijau dipenuhi nutrisi anti oksidan dan ia adalah sumber yang kaya dengan asid lemak omega 3 yang baik untuk kesihatan.
2. PRAWN COCKTAIL WITH RED BEAN SAUCE
BAHAN-BAHAN :
- 1 salad (gem lettuce) | pisah-pisahkan daunnya
- 1/2 biji timun | dihiris nipis
- 250 gm udang | dicelur
Bahan sos :
- 1 tin kacang merah
- Jus lemon secukupnya
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Lapiskan salad, udang dan timun dalam gelas berasingan secara individu.
2. Campurkan semua bahan sos, jangan lupa untuk rasa ikut citarasa anda, tetapi sos ini usah terlalu melekit.
3. Sudukan sos di atas salad udang tadi.
Saiz hidangan : 1-2 orang
Waktu memasak :10 minit
Cara memasak : Tidak perlu dimasak
Jenis masakan :Sajian pembuka selera berasaskan kacang merah
Keistimewaan : Salad segar yang rangup dan kacang merah menjadikan ia kaya nutrisi
Anggaran kos : RM 5
Info Chef : Penggunaan sayur dan kacang merah tanpa menggunakan mayonis menjadikan ‘appetiser’ salad ini sesuai untuk mereka yang berdiet.
3. STEAM CHICKEN WITH BROWN RICE AND CLEAR VEGETABLE SOUP
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 ekor ayam
- 1 sudu makan halia yang diparut
- 1 sudu makan daun bawang | dicincang ambil bahagian putihnya sekali
Bahan sos perapan :
- 1 sudu teh cuka
- 1/2 sudu teh garam
Bahan sos pencicah :
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap soya
- 4 sudu makan air
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu makan minyak bijanBahan sup sayur bening :
- 1/2 sudu teh minyak masak
- 2 ulas bawang putih | dicincang halus
- 2 sm halia | dicincang halus
- 1/2 cawan daun bawang | dicincang halus
- 1 cawan brokoli | dipisahkan tongkol kecilnya
- 5 biji cendawan | dihiris nipis
- 1 hirisan lobak merah
- Sedikit kubis /secukupnya | dicincang kasar
- 5 cawan air rebusan sayur-sayuran (stok sayur)
- Garam secukup rasa
- 1 sudu teh lada hitam
- 1 sudu makan jus lemon
- 30gm gajus panggang
*beras perang dimasak dan masukkan sekali gajus untuk dihidang bersama ayam stim dan sup sayur
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan sos perapan di kedua belah bahagian.
2. Letakkan parutan halia dan daun bawang cincang , diatas ayam dan biarkan perapa selama 30 minit.
3. Kemudian letakkan dalam pengukus, kukuskan dengan api kuat selama 20-30 minit sehingga empuk.
4. Kemudian keluarkan dan potong kepada beberapa bahagian yang anda sukai.
5. Hiaskan dengan daun bawang.
Cara masak sos pencicah :
6. Di dalam kuali panaskan minyak bijan dan tumiskan bawang putih dan daun bawang hingga naik bau. Kemudian tambahkan sos tira, kicap soya dan air.
7. Kacau rata dan biarkan semua bahan tadi mendidih.
8. Masukkan dalam mangkuk pencicah .Hidangkan ayam bersama dengan sos pencicah ini.
Cara masak sup sayur bening :
9. Mula-mula panaskan minyak zaitun dalam kuali.
10. Tumiskan bawang putih dan halia dengan api kuat dalam seminit.
11. Masukkan daun bawang dan teruskan menumis. Atau boleh juga gunakan bawang besar
12. Kemudian masukkan hirisan cendawan sehingga ia mengeluarkan air, dan tumis dalam masa 2 minit.
13. Masukkan stok sayur (air rebusan sayur) atau air.
14. Biarkan sup mendidih selama 10 minit sehingga sayur separuh masuk.
15. Masukkan lada hitam dan biarkan merenih lagi 5 minit, masukkan jus lemon. Hidangkan bersama ayam stim dan beras perang.
Saiz hidangan : 2-3 orang
Waktu memasak :45 minit
Cara memasak : Stim dan tumis
Jenis masakan : Ayam kukus berjus
Keistimewaan : Nasi perang dan sup melengkapi set sajian sihat ini
Anggaran kos : RM 8
Info Chef : Penggunaan gajus di dalam beras perang melenngkapkan sajian ayam kukus yang sungguh ideal untuk mereka yang berdiet. Sajian yang mampu mengurangkan risiko sakit jantung dan obesiti.
4. MALAYSIAN ROLL WITH PEANUT BUTTER
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
- ¼ cawan daun selasih (basil) segar | dibilas dan keringkan, dicincang
- 6 ekor udang saiz sederhana | masak celur dan potong dua
- ½ cawan parutan lobak merah
- ½ cawan sengkuang yang diparut
- 20gm badam panggang | ditumbuk kasar
- 3 helai daun salad merah, buangkan urat daun jadikan 6 bahagian
Kulit popiah secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Didihkan air dan celur kesemua sayur-sayuran. Toskan dan bilas selama 30 minit.
2. Rasa inti dan perisakan dengan gula dan garam dan gula, campurkan badam.Gaul sebati.
3. Masukkan inti ke dalam mangkuk dan ketepikan.
4. Tebarkan sekeping kulit popiah di atas papan canai. Letakkan salad di atas kulit popia dan letakkan inti di atas salad, lipatkan di kedua belah hujung popia dan gulungkan.
Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak :30 minit
Cara memasak : Digaul tanpa masak
Jenis masakan : Kudapan
Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama mentega kacang
Anggaran kos : RM13
Info Chef : Kacang badam dicampur bersama sayur-sayuran menambahkan vitamin dan khasiat. Badam kaya dengan vitamin E,lemak sihat , serat, protein dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh sihat.
5. CHICKEN APRICOT DING
BAHAN-BAHAN :
- 570gm dada ayam dibuang kulit | kerat 2.5 sm setiap ketul
- 1 sudu makan minyak sayuran
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
- 2 ulas bawang putih | dicincang halus
- 3 cawan campuran sayur-sayuran brokoli, snow peas, lada benggala dan hirisan cendawan
- 230gm sengkuang cina dalam tin | toskan airnya dan hiris
- 1/2 cawan biji aprikot panggang
- 3/4 cawan air rebusan ayam
- 1 sudu makan tepung jagung | dicairkan dengan sedikit ari
- 2 sudu makan kicap soya
- 1 sudu makan cuka berat
- 2 sudu makan sos hoisin
- 1 sudu teh gula
CARA MEMASAK :
1. Di dalam mangkuk kecil pukul air rebusan ayam, tepung jagung, kicap soya, cuka beras, gula dan sos hoisin bersama. Ketepikan
2. Panaskan minyak sayuran dalam kuali besar dengan api sederhana. Perasakan ayam dengan garam dan lada hitam dan masukkan ke dalam kuali.
3. Masak dan kacau sekali sekala sehingga ayam empuk dan keperangan, lebih kurang 3-5 minit. Ketepikan.
4. Masukkan bawang putih, dan masak lagi 30 saat
5. Masukkan sayur-sayuran bersama 2 sudu kecil air. Masak dan kacau sekali sekala hingga sayur-sayuran lembut rangup, anggaran 4-5 minit bergantung kepada saiz sayur-sayuran anda.
6. Perasakan dengan garam dan lada hitam
7. Masukkan air rebusan ayam bersama campuran sayuran tadi ke dalam kuali, dan nyalakan api tinggi sehingga mendidih.
8. Masak dalam seminit atau hingga sos menjadi pekat.
9. Masukkan aprikot dan hidangkan bersama nasi.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Sayur-sayuran dan ayam
Keistimewaan : Tambahan aprikot menjadikan ia sajian penuh khasiat dan menyihatkan.
Anggaran kos : RM 25
Info Chef : Sajian yang kaya dengan potassium , vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Boleh membantu mengawal paras kolestrol. Biji aprikot pula dipercayai adalah makanan anti kanser.
RESIPI :Chef Mohd Kamarul bin Ariffin, Chef Nurmasshariza bt. Maskahawi, Chef Muhammad Izzat Amani bin Jamaludin Amini, Chef Muhammad Akmal Danial bin Abdul Rahim
TERIMA KASIH : TN HJ HARUN NORDIN, Kagumas Culinary Academy, Lot 18, Jalan 9/3, Taman IKS, Seksyen 19, Bandar Baru Bangi, Selangor. Emel :kagumas@yahoo.com.my. Laman web: http ://www.kagumas.com.my