Home Makan Cuba Dulu! Ni 7 Resipi Salad Untuk Yang Bukan Pemakan Salad.

Cuba Dulu! Ni 7 Resipi Salad Untuk Yang Bukan Pemakan Salad.

Kalau nak makan salad yang ada sayuran saja, memang membosankan. Tapi lain lah kalau anda tahu akan resepi salad yang unik dan bermacam jenis perisa, kan?

Pada masa kini pemakanan salad semakin popular dan menjadi antara makanan pilihan orang ramai. Ini kerana mereka sedari bertapa pentingnya menjaga kesihatan kepada tubuh badan mereka.

 

Kepada mereka yang was-was tentang sajian salad atau baharu mahu menjinak-jinaknya diri, ada beberapa resepi salad yang boleh anda cuba untuk menyenangkan anda menjadikan salad sebagai sebahagian daripada pemakanan seharian anda. Perkongsian dari Butterkicap

 

1. Salad Cajun Ayam Goreng

Cuba Dulu! Ni 7 Resipi Salad Untuk Yang Bukan Pemakan Salad.

Kepada mereka yang mengemari ayam goreng tetapi masih mahu mengamalkan pemakanan yang sihat, kami mengesyorkan agar anda mencuba resepi salad ini. Keunikan salad cajun ayam goreng ialah pada kombinasi kerangupan ayam dan sayuran, sambil memberi perisa yang lebih enak dengan campuran ayam Cajun.

 

Bahan-bahan:

  • 2kg ayam ( dihiris sederhana )
  • 2 sudu kecil Garam dan lada sulah
  • 2 liter buttermilk
  • 2 lbs tepung
  • 120g perasa cajun
  • 3 bawang merah
  • 2 lada merah
  • 2 lada hijau
  • 2 lada kuning
  • Sebiji daun salad
  • 2 liter mayonis

 

Cara penyediaan:

  1. Sadurkan ayam dengan garam dan lada sulah serta biarkannya diperap dengan buttermilk.
  2. Gaul semua campuran tepung tersebut dan masukkan perasa Cajun.
  3. Toskan ayam yang telah dicampurkan dengan tepung. Buang lebihan tepung.
  4. Goreng ayam dalam minyak yang panas (180 selsius). Toskan ayam tersebut dan biarkannya sejuk.
  5. Apabila ayam telah sejuk, gaulkan ayam tersebut dengan mayonis, hiris bawang merah dan juga lada.
  6. Letakkan ayam tersebut diatas daun salad yang dihiris nipis.

 

2. Salad Tembikai, Salmon dan Kacang Badam

Cuba Dulu! Ni 7 Resipi Salad Untuk Yang Bukan Pemakan Salad.

Sajian ini mungkin pelik bagi sesetangah orang, namun begitu campuran manis dan masin sajian ini sebenarnya sangat mengamit selera. Campuran sayuran, ikan dan kacang yang rangup bukan saja penuh dengan khasiat tapi memang sesuai untuk yang kurang gemar makan salad yang hanya ada sayuran biasa.

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar badam dicincang
  • ½ cawan daun pudina dicincang halus
  • ½ sudu kecil oren yang diparus halus
  • 2 sudu besar jus oren segar
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 biji tembikai (dibuang kulit serta dipoton 1 inci)
  • 2 sudu besar cuka
  • 60 gram ikan salmon dihiris

 

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali kecil dan bakar badam sehingga coklat keemasan (kira-kira 5 minit)
  2. Campurkan badam, pudina, oren yang dicincang serta jus oren dan minyak dalam mangkuk kecil.
  3. Campurkan tembikai yang telah dipotong dengan cuka dan garam.
  4. Pindahkan campuran tembikai tersebut dalam pinggang dan letakkan ikan salmon beserta dengan campuran badam diatasnya.
  5. Makan selepas badam telah dicampurkan.

 

3. Salad Ambrosia

Cuba Dulu! Ni 7 Resipi Salad Untuk Yang Bukan Pemakan Salad.
Kredit: Flickr.com/kurmanphotos

Kepada mereka yang mengemari rasa susu dan inginkan sesuatu yang mudah dibuat, salad ambrosia merupakan resepi salad yang mudah dibuat dan ianya juga boleh dimakan bila-bila masa yang anda ingini. Cubalah resepi salad yang tertera dibawah ini.

 

Bahan-bahan:

  • ½ cawan krim pekat
  • 1 sudu besar gula
  • 120g krim masam
  • 170g marshmallow
  • 1 cawan nenas yang dicincang
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 cawan kacang pecan yang dicincang
  • ½ cawan ceri

 

Cara penyediaan:

  1. Campurkan krim dan gula dalam mangkuk pengadun dan gaulnya hingga puncak tebal terbentuk.
  2. Kemudian, campurkan krim masam ke dalam campuran tadi dan gaul hingga menjadi sebati.
  3. Tambah marshmallow, nenas, kelapa parut, kacang pecan serta ceri dan gaul hingga menjadi sebati.
  4. Pindahkan bahan-bahan tersebut dalam mangkuk, kemudian tutup dengan pembalut plastik dan letakkan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum ianya disajikan.

 

4. Salad Strawberi dan Bit

Cuba Dulu! Ni 7 Resipi Salad Untuk Yang Bukan Pemakan Salad.

Resepi salad ini ialah bagi mereka yang gemari perisa strawberi beserta dengan rasa bit dan keju. Sajian salad ini akan menyegarkan mereka yang memakannya dan memberi satu perisa yang baharu kepada mereka yang kurang mengemari salad.

 

Bahan-bahan:

  • 4 bit kecil
  • 16 strawberi
  • 1 cawan keju ricotta
  • 2 sudu kecil madu
  • 2 cawan gula
  • ½ cawan cuka
  • ½ cawan madu
  • 1 batang kayu manis
  • 2 sudu besar daun pudina
  • ½ sudu kecil garam
  • ¼ cawan minyak zaitun
  • 1 sudu besar cuka buah
  • ¼ cawan badam marcona

 

Cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar hingga 200 darjah celcius. Panas bit tersebut dengan meletakkanya dalam foil aluminium. Sadurkan dengan minyak zaitun dan garam. Letakkan dalam ketuhar selama 20-25 minit dan bila sudah lembut, biarkannya sejuk sebelum mengupas kulit dan mengirisnya.
  2. Pada periuk kecik yang lain, rebus strawberi dengan cuka dan masukkan 1 sudu kecil madu kedalamnya. Tambah kayu manis dan sambung merebusnya selama 3 minit. Selepas itu, toskan strawberry dan biarkannya ditepi.
  3. Sos salad dibuat dengan mencampurkan minyak zaitun, 1 sudu kecil madu. Gaul hingga sebati.
  4. Kemudian dalam mangkuk yang kecil, campurkan keju ricotta dengan 1 sudu kecil madu. Kemudian campurkan dengan strawberi tersebut dan bit. Selepas itu, hiaskan dengan badam dan juga daun pudina.

 

5. Salad Brokoli, Beri dan Walnut

Cuba Dulu! Ni 7 Resipi Salad Untuk Yang Bukan Pemakan Salad.
Kredit: Paleo Leap

Kepada mereka yang tidak beberapa gemar dengan salad, apa kata anda mencuba resepi salad ini yang diperbuat daripada brokoli. Campuran brokoli dengan walnut membuat sajian salad ini ada keranggupan yang tersendiri, dan campuran beri biru dan kranberi memberi perisa masam manis yang unik.

 

Bahan-bahan:

  • 7 cawan brokoli
  • ¼ bawang merah (dihiris nipis)
  • 130g beri biru
  • ½ cawan kranberi
  • 2/3 cawan yogurt
  • 1 kulit limau
  • 2 sudu besar jus limau
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar garam
  • 2/3 cawan kepingan walnut
  • 2 sudu kecil minyak zaitun

 

Cara penyediaan:

  1. Letakkan kuali kecil dengan api yang sederhana. Masukkan kepingan walnut, minyak zaitun, madu dan ½ sudu kecil garam. Gaul campuran tersebut hingga ianya menjadi gelembung dan berkaramel. Walnut akan selesai dalam masa 5 hingga 8 minit. Apabila ianya sudah sejuk, hiris nipis walnut tersebut.
  2. Potong kepala brokoli dan batangnya hingga menjadi satu inchi. Masukkan ke dalam mangkuk salad besar dan letakkanya di tepi dahulu.
  3. Dalam mangkuk yang kecil, gaul yogurt, minyak zaitun, hirisan kulit limau, jus limau, madu dan satu sudu kecil garam. Tuangkanya ke atas brokoli tadi.
  4. Masukkan bawang merah, beri biru, kranberi dan walnut yang telah disadurkan dengan madu ke dalam mangkuk salad.
  5. Hiaskan dengan beberapa helai warna hijau dan nikmatinya.

 

6. Salad Kentang dengan Kerepek

Cuba Dulu! Ni 7 Resipi Salad Untuk Yang Bukan Pemakan Salad.
Kredit: dreamers.id

Salad ini dikhaskan kepada mereka yang inginkan sesuatu yang garing dan sihat. Berbeza daripada salad kentang yang biasa, resepi salad ini tidak mempunyai mayonis yang akan menambah lemak dibadan anda. Salad ini juga antara yang paling mudah dibuat kerana ianya hanya memakan masa selama 20 minit untuk membuatnya.

Bahan-bahan:

  • 1kg kentang
  • ½ sudu besar garam
  • ¼ cawan minyak zaitun
  • 1 bawang merah kecil ( dihiris nipis )
  • ¼ sudu besar cuka epal
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • ½ sudu kecil lada cayenne
  • 2 cawan kerepek kentang
  • ¼ cawan pasli
  • 3 sudu kecil daun kucai

 

Cara penyediaan:

  1. Letakkan kentang dalam periuk besar dan tuangkan air sejuk dan garam kemudian tutupnya. Biarkanya dalam periuk tersebut hingga mendidih (15-18 minit) dan kemudian tuangkannya kembali ke periuk untuk dikeringkan.
  2. Sementara ianya disejukkan, panas kuali dengan minyak dan letakkan bawang dengan garam. Masak dan kacau bahan tersebut sehingga lembut.
  3. Pindahkan bawang ke mangkuk besar. Gaulkan dengan cuka, lada hitam dan lada cayeene. Kemudian tambah kentang, kerepek kentang, daun pasli dan kucai.
  4. Selepas itu, gaulkan bahan-bahan tersebut dengan ¼ sudu kecil minyak dan nikmatinya.

 

7. Salad Almond dengan Quinoa

Cuba Dulu! Ni 7 Resipi Salad Untuk Yang Bukan Pemakan Salad.

Disamping rupa yang seperti nasi dan rasa yang unik, tahukah anda quinoa sebenarnya salah satu superfood yang paling berkhasiat? Salad bercampur quinoa memang sesuai untuk mereka yang inginkan sesuatu yang akan luar biasa. Ianya bukan sahaja penuh dengan zat, malahan ianya turut memberikan anda tenaga dari pagi sehingga ke petang. Cuba resepi salad yang unik ini dibawah.

Bahan-bahan:

  • ¾ cawan quinoa kering
  • 1 hirisan stawberri
  • 450 gram beri biru
  • 1 cawan ceri
  • 2 sudu besar sirup maple
  • 1 sudu kecil cuka balsamic
  • 1 sudu besar jus limau
  • ½ sudu kecil gara
  • ½ badam yang dicincang

Cara penyediaan:

  1. Didihkan satu periuk besar dan masukkan quinoa mengikut arahan pakej. Kembangkannya dengan garpu apabila selesai.
  2. Potong strawberi dan ceri, kemudian masukkan ke dalam mangkuk besar dengan beri biru.
  3. Dalam mangkuk yang kecil, buat kuah salad tersebut dengan mengaulkan sirap maple, cuka balsamic, jus limau dan garam
  4. Selepas itu, masukkan quinoa ke dalam mangkuk buah dan gaulkanya. Tuangkan kuah salad ke atas bahan tersebut dan biarkannya sejuk dalam peti sejuk.
  5. Keluarnya dari peti sejuk apabila anda mahu memakanya.

Kepada mereka yang tidak mengemari salad, cubalah resepi salad di atas kerana anda mungkin mengubah pandangan anda tentang salad. Selamat mencuba!

Kongsi resipi:

 

CUBA JUGA RESIPI SALAD INI:

Idea Makan Malam Paling Mudah! Salad Ayam Pasta Memang Sempoi!

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI