Ads

Ramai Orang Suka, 30 Tahun Lamanya Guna Resipi ‘CHOCOLATE CHIP ALMOND COOKIES’

Biskut sedap memang ramai orang suka. Tak sangka selama 30 tahun wanita ini menggunakan resipi yang sama untuk buat ‘Chocolate Chip Almond Cookies’ yang dikongsikan ini. Memang nampak sedap, rangup dan mudah nak buat. Ada lebihan bahan-bahan buat biskut raya hari tu, bolehlah habiskan buat biskut ni pula.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norliza Ali ini sebagai panduan;

Saya minta maaf lambat kongsi resipi ni. Alhamdulillah saya sibuk dengan kerja. Ni baru dapat curi masa sedikit ya.Semoga kita semua diberkati dengan rezeki yang berlipat ganda, dunia dan akhirat. Amiin.

Resipi ni saya dah pakai dekat 30 tahun lamanya. Alhamdulillah, ramai orang suka my own version of Chocolate Chip Almond Cookies. Rajin rajin lah buat ya. Nak berniaga pun bagus.

Bahan-Bahan:

250gm butter
140gm gula kastor
120gm Gula perang
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
370gm tepung gandum biasa
1 sudu teh bicarbonate soda
1 sudu teh garam
200gm nibbed almonds
400gm chocolate chips

Cara Membuat:

1. Dengan menggunakan hand mixer, pukul butter dengan gula kastor dan gula perang sehingga kembang.

2. Tambahkan 2 biji telur, pukul sebiji dahulu sehingga kembang, baru tambahkan sebiji lagi.

3. Masukkan esen vanilla.

Ramai Orang Suka, 30 Tahun Lamanya Guna Resipi ‘CHOCOLATE CHIP ALMOND COOKIES’

Ads

4. Ayak tepung gandum, bicarbonate soda dan garam ke dalam adunan. Guna spatula dan kacau sebati.

5. Masukkan nibbed almonds dan chocolate chips.

Ramai Orang Suka, 30 Tahun Lamanya Guna Resipi ‘CHOCOLATE CHIP ALMOND COOKIES’

6.Selepas adunan siap, boleh simpan dalam peti sejuk selama setengah jam supaya senang untuk dibentuk, tidak terlalu lembik.

Ads

Ramai Orang Suka, 30 Tahun Lamanya Guna Resipi ‘CHOCOLATE CHIP ALMOND COOKIES’

7. Gunakan sudu penyukat saiz 1/2 sudu besar atau tablespoon sebagai acuan. Isi sudu penuh penuh, ratakan, cungkil dan letak atas baking pan yang dilapik dengan baking paper. Saya guna pan segi empat 12 inci dan muatkan 25 ketul cookies. Jarakkan 5 x 5 baris.

Ni saya bentuk siap-siap letak sebelah sementara tunggu giliran masuk oven.

Ramai Orang Suka, 30 Tahun Lamanya Guna Resipi ‘CHOCOLATE CHIP ALMOND COOKIES’

Ads

8. Bakar dalam oven suhu 175°C selama 18 minit.

9. Sejukkan biskut ‘Chocolate Chip Almond Cookies’ sebelum simpan dalam bekas yang kedap udara.

Ramai Orang Suka, 30 Tahun Lamanya Guna Resipi ‘CHOCOLATE CHIP ALMOND COOKIES’

Semoga bermanfaat.

Selamat Mencuba!

RASA: Nampak sedap dan menarik sungguh biskut ‘Chocolate Chip Almond Cookies’ ni. 30 tahun lamanya guna resipi yang sama. Boleh cuba buat untuk biskut raya nanti.

Sumber: Norliza Ali

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Bekal Sekolah Jadi Lebih ‘Shiok’! 4 Resipi Mudah, Anak Confirm Suka

Cari idea bekal sekolah yang sedap dan mudah? Cuba 4 resipi ringkas ini yang pasti buat anak teruja setiap hari!