Ads

Chikuro Ayam Cheese Meleleh Paling Sedap & Crispy. Resepi Viral Wajib Cuba!

Sekarang ni tengah viral dekat Indonesia satu snek yang buat ramai orang sanggup beratur panjang iaitu Chikuro Ayam Cheese! Gabungan ayam kisar yang digoreng rangup di luar, lembut di dalam, kemudian diisi pula dengan sos creamy cheese yang meleleh… memang sekali cuba terus jatuh cinta.

Yang lagi menarik, ada juga rakyat Malaysia yang sanggup travel ke Indonesia semata-mata nak rasa sendiri keenakan Chikuro Ayam Cheese ni. Tapi sebenarnya, tak perlu pergi jauh pun! Dengan resepi ni, anda boleh hasilkan sendiri versi homemade yang tak kalah sedap. Siap boleh buat lebih padu ikut selera sendiri.

Bayangkan bila digigit, kulit luar rangup berkeriuk, kemudian sos cheese terus meleleh keluar… memang confirm tak cukup satu. Confirm buat ketagih! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Chikuro Ayam Cheese secara homemade.

Bahan-Bahan Chikuro Ayam Cheese Homemade

Chikuro Ayam Cheese Meleleh Paling Sedap & Crispy. Resepi Viral Wajib Cuba!

Bahan A (Isi Ayam)

  • 500 gram paha ayam tanpa tulang
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 6 ulas bawang putih – goreng
  • ½ sudu teh lada hitam kisar
  • ½ sudu teh garam
  • ¾ sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 biji telur ayam

Bahan B (Salutan)

  • Tepung gandum secukupnya
  • 1 biji telur (dipukul)
  • Serbuk roti secukupnya

Bahan Sos Creamy Cheese

  • Cream cheese secukupnya
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • Serbuk bawang putih secukupnya
  • 50–75 ml susu UHT

Cara Memasak Chikuro Ayam Cheese

  1. Kisar atau cincang halus paha ayam bersama bawang putih goreng hingga sebati.
  2. Masukkan tepung ubi, lada hitam, garam, serbuk perasa dan telur. Gaul hingga menjadi adunan pekat.

Chikuro Ayam Cheese Meleleh Paling Sedap & Crispy. Resepi Viral Wajib Cuba!

3. Ambil sedikit adunan, bentuk memanjang. Balut menggunakan plastik pembalut (plastic wrap).

4. Gunakan straw besi atau chopstick untuk buat ruang di bahagian tengah (untuk isi sos nanti). Pastikan bahagian atas ditutup rapat dan tidak berlubang.

Chikuro Ayam Cheese Meleleh Paling Sedap & Crispy. Resepi Viral Wajib Cuba!

5. Masukkan ke dalam peti sejuk beku selama kira-kira 2 jam atau hingga adunan mengeras.

Ads

6. Keluarkan adunan dari freezer. Kemudian salut dengan tepung gandum. Celup dalam bancuhan telur kemudian golekkan dalam bekas berisi serbuk roti.

Chikuro Ayam Cheese Meleleh Paling Sedap & Crispy. Resepi Viral Wajib Cuba!

7. Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana kecil hingga keemasan dan masak sekata.

Chikuro Ayam Cheese Meleleh Paling Sedap & Crispy. Resepi Viral Wajib Cuba!

8. Untuk sos, kisar semua bahan sos hingga halus dan creamy. Laraskan kepekatan ikut citarasa (tambah susu jika mahu lebih cair).

Ads

9. Akhir sekali, keluarkan straw/chopstick dari ayam yang telah digoreng. Masukkan sos ke dalam ruang tengah hingga penuh dan meleleh.

Chikuro Ayam Cheese Meleleh Paling Sedap & Crispy. Resepi Viral Wajib Cuba!

10. Chikuro Ayam Cheese homemade sedia untuk dinikmati.

Tip Rasa Lebih Padu

  • Nak lagi rangup? Double coat serbuk roti.
  • Jangan guna api besar, nanti luar hangus dalam tak masak.
  • Sos boleh tambah cheese untuk versi lebih “cheesy lava”.
  • Gunakan ayam bahagian paha untuk tekstur lebih juicy.

Kenapa Chikuro Ayam Cheese Jadi Kegilaan?

Keunikan Chikuro Ayam Cheese terletak pada kombinasi tekstur dan rasa. Luar yang rangup bertemu dengan isi ayam yang lembut dan juicy, kemudian disempurnakan dengan sos cheese yang cair di dalam. Ini menjadikan setiap gigitan penuh dengan kejutan rasa.

Ads

Bukan itu sahaja, resepi ini juga fleksibel. Anda boleh ubah tahap kepekatan sos, jenis cheese, malah tambah bahan lain seperti chili flakes untuk rasa pedas. Sebab itu ramai yang suka buat sendiri di rumah.

Anda mungkin berminat dengan

Hasil Akhir Yang Memikat Selera

Hasilnya… luar crispy, dalam juicy, bila gigit terus meleleh sos cheese… memang padu. Sekali cuba memang susah nak berhenti makan. Sesuai dijadikan snek minum petang, hidangan parti atau bahkan idea bisnes kecil-kecilan.

Kalau anda peminat cheese, resepi Chikuro Ayam Cheese ini memang wajib masuk dalam senarai wajib cuba. Jom buat sendiri dan rasai keenakan viral ini dari dapur rumah anda!

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Cara Buat Sosej Ayam Bersayur Secara Homemade.

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Bahan Dapur untuk Kesihatan: 5 “Ubat” Semula Jadi Paling Berkesan &...

Ketahui 5 bahan dapur untuk kesihatan yang boleh menjadi ubat semula jadi seperti halia, kunyit dan bawang putih untuk gaya hidup lebih sihat.