Shepherd Pie memang sedap dimakan namun ramai beranggapan hidangan ini susah nak disediakan. Khas buat anda, RASA kongsikan resipi Shepherd Pie perkongsian saudari Norashikin Hashim. Istimewanya resipi ini diolah supaya kena dengan cita rasa Malaysia dan sangat mudah disediakan. Selamat mencuba!

 

CARA MASAK SHEPHERD PIE SEDAP

BAHAN KENTANG LENYEK:

  • 2kg ubi kentang russet – buang kulit dan rebus empuk
  • 200gm mentega
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu teh oregano/rosemary
  • 1/2 cawan susu full cream
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 1/2 – 1 sudu teh garam – ikut citarasa masing-masing

BAHAN SOS DAGING:

  • 800gm daging kisar
  • 1 cawan air
  • 1-2 sudu makan tepung jagung / tepung gandum – untuk pekatkan kuah
  • 1/2 cawan minyak zaitun

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 15 tangkai cili kering – kisar halus
  • 2 biji bawang besar – kisar halus
  • 5 ulas bawang putih – kisar halus
  • 1 inci halia – kisar halus

BAHAN SAYUR:

  • 1 cawan lobak merah – potong dadu
  • 1/2 cawan saderi – potong dadu
  • 1/2 cawan cendawan kering – potong dadu
  • 1 cawan bawang besar – potong dadu
  • 1/2 cawan tomato – potong dadu
  • 1 cawan daun ketumbar – hiris kasar
  • 3/4 tin tomato puri – jika suka masam, guna 1 tin

BAHAN PERASA:

  • 1 sudu teh daun oregano/rosemary
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan garam – lebihkan sedikit
  • 1 sudu makan lada hitam kisar – kisar kasar

Cara Buat Shepherd Pie Sedap Guna Daging Kisar Segera.

Cara Buat Shepherd Pie Sedap Guna Daging Kisar Segera.

IKLAN

CARA MEMASAK:
1. Bagi membuat kentang lenyek, selepas kentang empuk, toskan air dan masukkan semua bahan. Lecek hingga tidak berketul. Ketepikan.

Cara Buat Shepherd Pie Sedap Guna Daging Kisar Segera.2. Bagi membuat sos daging, panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan daging kisar dan air. Kacau supaya daging lerai dan tidak berketul.
4. Masukkan lobak merah dan masak hingga empuk. Masukkan juga saderi, cendawan, bawang besar, tomato, ketumbar dan tomato puri. Kacau sebati dan rehatkan campuran sos sebentar.
5. Untuk menyediakan Shepherd Pie, masukkan sos daging ke dalam loyang dan ratakan.

Cara Buat Shepherd Pie Sedap Guna Daging Kisar Segera.6. Kemudian masukkan lapisan kentang lenyek diatasnya. Ratakan.

IKLAN

Cara Buat Shepherd Pie Sedap Guna Daging Kisar Segera.7. Sapu permukaan kentang lenyek dengan kuning telur hingga rata. ( guna 1 biji kuning telur sudah memadai).

Cara Buat Shepherd Pie Sedap Guna Daging Kisar Segera.8. Bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Cara Buat Shepherd Pie Sedap Guna Daging Kisar Segera.

Cara Buat Shepherd Pie Sedap Guna Daging Kisar Segera.

Kredit resipi & foto: Norashikin Hashim

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI