Hari ni teringin nak makan rempeyek kacang tanah. Selalu beli jer, rasa macam nak buat sendiri. Rempeyek ni kalau kena dengan citarasa boleh habis sebalang. Paling penting mesti rangup krup krap dan aroma rempah ratusnya dirasai. Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan ini.
Sedapnya makan cokodok pisang panas-panas. Bagi yang teringin sangat nak makan, ni ada resipi CokodokPisangsedap dan mudah perkongsian saudari Cik Pooja yang boleh dicuba. Menurut empunya resipi, resipi ni memang hasilnya lembut dan tak serap minyak. Pendek kata, pasti puas hati. Tengok gambar je pun dah dapat rasa sedap. Jom cuba.
COKODOK PISANG LEMBUT & CANTIK
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi menggunakan jari. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi. 2. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli. 3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam. 4. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri ( jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Mencari hidangan sarapan yang bukan sahaja lazat, tetapi juga memuaskan selera dan tahan lama sampai tengah hari? Tidak perlu cari jauh-jauh! Resipi Makaroni Bakar Cheese Meleleh ini adalah jawapannya. Dengan keju cheddar parut yang melimpah dan sos spageti prego yang wangi, hidangan ini bukan sahaja menggamit selera malah mudah disediakan untuk keluarga tersayang.
2 cawan makaroni (direbus)
1 tin sos spageti prego perisa tradisional
1 labu bawang besar (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
1/2 mince meat (daging cincang)
1/2 tin cendawan (potong dadu)
1 biji carrot kecil (potong dadu)
1/2 biji capsicum (potong dadu)
Cheddar cheese parut dan kepingan cheddar slice
Lada hitam dan sedikit garam secukup rasa
Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga wangi.
Masukkan carrot dan mince meat, masak hingga daging empuk dan carrot lembut (sekitar 3 minit).
Tambah cendawan, capsicum, dan kacau rata.
Masukkan sos prego dan makaroni yang sudah direbus, kacau hingga sebati.
Perisakan dengan lada hitam dan garam sedikit kerana sos prego sudah ada rasa.
Pindahkan campuran makaroni ke dalam bekas aluminium atau loyang.
2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar butter
Sedikit garam
Cara memasak:
Sediakan sos putih dengan memasak susu, tepung gandum, butter dan garam hingga pekat dan creamy.
Tuangkan sos putih ke atas macaroni, ratakan.
Taburkan cheddar cheese parut, kemudian lapiskan cheddar slice atasnya.
4. Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit sehingga cheese cair dan sedikit keperangan.
Tips Pro:
Jika anda inginkan rasa lebih kaya, tambah sedikit olive oil semasa menumis dan taburan lada hitam kasar ketika menghidang.
Demo Masakan Menu Harian RASA x JALEN terus diperkasa sebagai platform yang menyatukan jenama dan komuniti dalam suasana santai serta penuh manfaat. Dalam dunia...