Jenapa teh premium CHAGEE Malaysia baru-baru ini telah menerima sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk lima cawangannya, dengan 30 lagi cawangan dijangka mendapat sijil tersebut menjelang 2023. Berita baik buat penggemar jenama teh yang digemari ramai ini.
Bercadang membuka cawangan ke-300 menjelang 2025, CHAGEE Malaysia dalam usaha berterusannya dalam beberapa fasa untuk memastikan semua cawangan yang ada di negara ini mendapat sijil Halal.
Menurut Ng Jia Jun, Timbalan Pengurus Besar CHAGEE Malaysia, “Dengan sijil Halal ini, penggemar teh boleh menikmati minuman CHAGEE kegemaran mereka dengan penuh yakin dan tapa waswas, terutamanya masyarakat Islam yang merupakan populasi terbesar di Malaysia. Sama ada anda menikmati adunan teh susu segar klasik atau mencuba teh buah-buahan hasil ciptaan inovatif kami, anda diberi jaminan bahawa setiap cawan teh CHAGEE memenuhi piawaian Halal yang tertinggi dan juga piawaian operasi dan keselamatan makanan.
Di majlis media tersebut, Mohd Shahril Bin Abd Samat, Penolong Pengarah Kanan, dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyampaikan sijil Halal kepada CHAGEE Malaysia, yang diwakili eleh Ng, sekali gus membuktikan komitmen CHAGEE untuk memenuhi piawaian Halal dan memastikan rangkaian tehnya mematuhi keperluan syariah pelanggan Islam.
Dengan peningkatan keyakinan pelanggan menerusi sijil Halal JAKIM, disamping prospek pasaran cerah dan trend minum teh yang semakin berkembang, CHAGEE berhasrat meluaskan rangkaian cawangan daripada 70 yang sedia ada kepada sejumlah 300 cawangan di seluruh Malaysia menjelang akhir 2025, sebagai sebahagian daripada visi jangka panjang untuk mengukuhkan dan mengembangkan budaya minum teh di negara ini. Setakat ini, CHAGEE telah menjual lebih daripada 10,000,000 cawan teh di Malaysia dan akan meneruskan trend in menerusi rancangan peluasannya untuk mencapai lebih ramai pelanggan.
IKLAN
Pengalaman Tersendiri Bersama CHAGEE
Dalam sesi “Perbualan dengan CHAGEE”, Ng telah “mengeteh” bersama dua penggemar teh yang sudah lama meminati CHAGEE, Sara Muzam dan Shu Faye. Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai trend teh, fakta menarik seta pilihan dan pengalaman peribadi menikmati teh bersama CHAGEE Malaysia.
Sara Muzam berkata, “Budaya minum teh di Malaysia ternyata semakin berkembang kerana ramai orang lebih sedar tentang manfaat kesihatannya, serta boleh dinikmati dengan pelbagai ramuan dan perisa untuk mencetus pengalaman menarik. Sava memang gemar minum teh CHAGEE – yang menjadi penyuntik tenaga setiap hari dan cita rasanya sungguh lazat dan menyegarkan! Perisa kegemaran saya ialah Teh Susu Oolong Pic Putih. Cubalah!”
IKLAN
CHAGEE sememangnya merupakan pelopor trend, sebagai salah satu rangkaian kedai bertumpukan teh serantau yang paling awal untuk mencetus kebangkitan minuman teh generasi baharu sejak 2017. Jejak CHAGEE telah diperluas ke seluruh ceruk rantau, dengan tapak yang kukuh di Asia Pasifik, termasuk Malaysia, Thailand, Singapura dan negara-negara lain. Dengan lebih daripada 2,400 cawangan di serata dunia, CHAGEE terus menyatukan hati peminat teh di seluruh dunia, dengan berkongsi minat mendalamnya untuk nikmat teh yang berkelainan.
“Kami bertekad bukan sahaja untuk menawarkan perisa teh yang unik tetapi juga memberikan ketenangan fikiran kepada semua pengemar teh yang memilih untuk menjadikan CHAGEE sebahagian daripada gaya hidup harian mereka. Pensijilan Halal memberi kami dorongan padu, bukan sahaja untuk meluaskan rangkaian kami di Malaysia tetapi juga terus mempelopori inovasi minuman kami untuk memenuhi keperluan pelbagai masyarakat di sini,” rumus Ng.
IKLAN
Memanfaatkan tawaran unik jenama yang mengadunkan perisa teh terbaik dengan pengalaman premium, CHAGEE berusaha untuk terus mempelopori inovasi dalam menu minuman dan juga aktiviti keterlibatan pengunjung kedai untuk menggalakkan gaya hidup lebih sihat. Sejajar dengan matiamat ini, CHAGEE komited dengan pembukaan cawangan yang menianikan pengalaman hebat untuk membolehkan penggemar teh terus menikmati tawaran unik CHAGEE.
Peluang Menangi Hadiah Hebat Dengan CHAGEE
Untuk meraikan penerimaan siil Halal seta pelanggan terhadap mercu jaya penting in, CHAGEE membawakan kembali kempen paling popularnya, iaitu promosi “Big Big News, Big Big Tear & Win!” pada 7 Oktober 2023, dengan pilihan hadiah yang terbesar sehingga kini. Hadiah-hadiah menarik termasuk Beg Dior Saddle Pouch, Pemegang Kad Gucci, Gincu YSL, Losyen L’Occitane, Beg Beli Belah dUCK, Teh Susu CHAGEE dan banyak lagi. Pelanggan hanya perlu membeli Teh Susu Oolong Pic Putih, Th Susu Hijau Jasmin atau Teh Susu Da Hong Pao saiz besar (700 ml) dan minuman mereka akan dinaik taraf secara automatik kepada saiz Big Big Cup.
Perut tidak sedap atau senang kata, ‘sebu perut’. Selalunya hal sebegini disebabkan oleh masalah penghadaman yang disebabkan oleh masalah penghadaman tidak baik menyebabkan perut kembung, senak dan sebu sehingga menjejaskan aktiviti. Bagi mengurangi masalah ini berikut RASA kongsi info paling mudah meredakannya selain dari mengamalkan jus halia.
Berikut empat jenis buah yang boleh bantu tangani masalah sebu perut hanya dengan cara makan atau minum sahaja.
AIR KELAPA
Air kelapa selain menyegarkan badan ia juga mengingkatkan kadara electrolyte dan melancarkan pengaliran cecair dalam badan. Secara tidak langsung melancarkan pengaliran cecair dalam tubuh tanpa sebarang masalah.
PISANG
Sama seperti air kelapa, pisang juga mengandungi potassium, tetapi anda disarankan mengambil pisang jika anda tidak ada selera akan. Ia bertujuan untuk memberikan ada tenaga. Selain itu pisang juga membantu mengatasi masalah sembelit.
BETIK
Jika anda menghadapi masalah buang air besar, ambil sahaja beberapa potong betik. Ini kerana enzim dakan betik boleh memecahkan protein bagi melancarkan proses penghadaman untuk lebih efektif.
TIMUN
Selain dijadikan sayur, timun sering dikaitkan dengan tujuan kecantikan terutamanya untuk perapian wajah. Sebenarnya bahagian hirdrasi pada timun baik untuk mengurangkan masalah pedih perut. Ia sangat membantu melegakan radang atau bengkak pada perut.
Untuk sajian makan malam apakata cuba masak Singgang Ikan Patin dan sukun gulung yang gerenti sedapnya. Ni resipi dari Eksekutif Chef Sabri Soid dari hotel ternama Royale Chulan KL
Masakan hotel ni boleh aje dimasak dirumah. Kedua resipi ini mendapat sentuhan magik dari Chef Sabri Soid yang mempunyai pengalaman memasak berdekad lamanya. Berbaloi untuk dicuba resipi super sedap ni.
SUKUN GULUNG BERSAMA SOS VANILA
BAHAN-BAHAN:
300gm buah sukun | dipotong dadu
100gm buah ciku | dipotong dadu
50gm kismis hitam
50gm gula putih
100gm serbuk roti
200gm pastri filo
50gm mentega | dicairkan
100ml susu
50ml krim masakan
50gm serbuk kastad
30ml esen vanilla
20gm tepung jagung
1 biji telur kuning
CARA MEMASAK: 1. Campurkan sukun, ciku, kismis, gula dan serbuk roti dan masak sehingga semuanya lembut. Sejukkan di dalam bekas yang sesuai. 2. Lapiskan pastri filo sebanyak 4 lapisan dengan setiap lapisan disapu dengan mentega cair. 3. Letakkan sukun yang sudah dimasak itu di bahagian tengah dan gulung pastri filo itu sehingga berbentuk bulat. Sapukan kuning telur dan bakar selama 2o minit. 4. Panaskan susu dan krim masakan. Masukkan gula, tepung kastad dan esen vanilla. Pekatkan dengan tepung jagung jika perlu. 5. Hidangkan di dalam pinggan yang sesuai dan letakkan sos vanilla d iatasnya. 6. Enak dimakan bersama aiskrim.
Info chef: Lagi elok jika menggunakan gula perang.
SINGGANG PATIN TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
400gm ikan patin
100 tempoyak
50gm bawang merah
50gm bawang putih
50gm daun kesum
100gm bunga kantan
400ml air
100gm timun | dibuang biji dan dipotong panjang
10gm serbuk kunyit
Cili merah untuk hiasan
Garam,gula dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Rebus air bersama bawang merah, bawang putih, daun kesum dan bunga kantan selama 10 minit. Masukkan tempoyak dan serbuk kunyit. Perasakan secukupnya. 2. Masukkan ikan dan rebus selama 10 minit atau sehingga ikan itu masak. 3. Tutup api dan masukkan timun. 4. Hidangkan didalam mangkuk yang sesuai dan hiaskan dengan cili merah
INFO CHEF :Gunakan patin buah untuk rasa yang lagi enak(kos juga akan naik). Jangan masukkan ikan terlalu awal supaya isinya tidak hancur.
Rendang bagaikan kemestian sebagai menu utama hidangan Aidilfitri. Bukan sahaja enak dimakan bersama lemang, nasi impit dan ketupat, rendang juga menarik untuk di makan bersama pelbagai jenis nasi. Ini disajikan 10 jenis rendang yang boleh dijadikan pilihan untuk anda cuba sebagai menu wajib di hari lebaran.
1. RENDANG TOK
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang | dipotong dadu
1 ½ liter santan
4 sudu masak kerisik
2 helai daun kunyit | di carik-carik
2 helai daun salam
3 batang serai | dititik
Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih
1 keping gula Melaka
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN SANGAI:
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm lengkuas
4 batang serai
3cm halia
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Perapkan daging dengan sedikit bahan kisar lebih kurang dua jam. Panaskan minyak, tumiskan serai titik, rempah penumis dan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging yang telah diperap dan kacau hingga air daging kering.
Masukkan santan, garam, gula Melaka, separuh dari kerisik, daun kunyit dan daun salam. Kacau sekali sekala.
Bila kuah pekat dan daging empuk, masukkan bahan sangai dan sebahagian lagi kerisik tadi. Kacau hingga rending betul-betul kering.
Info chef: Rendang tok yang betul-betul kering boleh tahan hingga seminggu tanpa dipanaskan.
2. RENDANG KERANG
BAHAN-BAHAN:
3 kg kerang | dibersihkan dan tos
1 liter santan pekat
2 helai daun kunyit | dicarik-carik
5 batang serai | dititik
1 keping asam gelugur
3 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
3cm lengkus
3cm kunyit
CARA MEMASAK:
Rebus kerang seketika. Kemudian keluarkan isi dan ketepikan.
Masukkan santan ke dalam kuali bersama bahan kisar.
Masak sehingga kuah menjadi pekat.
Seterusnya, masukkan kerang, daun kunyit, serai titik, asam gelugur, kerisik, garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan kacau selalu sehingga rendang kering.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Kerang di masukkan akhir bertujuan untuk mengekalkan rasa manis kering.
3. ITIK RENDANG LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1 kg itik | potong kecil
1 kg santan pekat
2 helai daun kunyit
3 sudu makan kerisik
3 batang serai | dititik
3 sudu makan lengkuas kisar | tapis dan buang airnya
Garam dan gula secukupnya
1 keping asam keping
Minyak masak secukupnya.
BAHAN KISAR:
5 tangkai cili hijau
10 tangkai cili padi
10 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 batang serai
3cm halia
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Bersihkan itik dengan perahan limau nipis atau kasturi. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air bersih. Tos dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan lengkuas yang telah ditapis airnya, kacau dan biarkan sehingga pecah minyak.
Masukkan itik, kacau rata hingga sebati dengan bahan tumis. Biarkan hingga daging itik kecut dan airnya kering.
Masukkan santan pekat, serai titik, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
Apabila kuah pekat, masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
Kecilkan api dan terus kacau lebih kurang lima minit lagi.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Untuk pastikan daging itik tidak liat, masak dengan api perlahan.
4. RENDANG PARU
BAHAN-BAHAN:
1 kg paru | rebus dan dihiris nipis
1 liter santan
3 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit | dihiris halus
3 batang serai | dititik
1 keping asam keping
Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm lengkuas
2 batang serai
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan serai titik, rempah penumis dan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak
Masukkan paru yang telah direbus dan dihiris.
Kemudian kacau hingga rata.
Masukkan santan, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Kacau sekali sekala.
Bila kuah pekat dan paru empuk, masukkan pula kerisik dan hirisan daun kunyit.
Kacau hingga rencang betul-betul kering.
Info chef: Rendang paru juga sesuai dimakan bersama pulut kuning.
5. RENDANG HATI
BAHAN-BAHAN:
1 kg hati | direbus dan dihiris nipis
1 liter santan
2 sudu makan kerisik
3 batang serai | dititik
1 keping asam jawa
Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm lengkuas
2 batang serai
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis serai titik, rempah penumis dan bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan hati yang telah dihiris dan kacau lagi.
Masukkan santan, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
Kacau sekali sekala atas api sederhana.
Bila kuah pekat, masukkan pula kerisik.
Kacau sehingga rendang betul-betul kering dan timbul minyak. Angkat dan hidangkan.
Info chef: Rempah kari dimasukkan dalam rendang untuk memberikan rasa rempah dan menghilangkan rasa hanyir hati.
6. RENDANG DAGING KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang | direbus dan dihiris nipis
1 liter santan
3 sudu makan kerisik
4 helai daun salam
3 batang serai | dititik
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis
BAHAN SANGAI:
3 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm lengkuas
3 batang serai
3cm halia
CARA MEMASAK:
Titik hirisan daging hingga lembut. Ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan serai titik dan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging, kacau rata dengan bahan tumisan.
Masukkan santan, garam, gula dan daun salam. Kacau sekali sekala.
Bila kuah sudah pekat, masukkan masakan separuh dari ketumbar, jintan manis, jintan putih dan kerisik.
Kacau hingga rending betul-betul kering.
Akhir sekali taburkan sebahagian lagi ketumbar tadi.
Kacau lebih kurang dua minat lagi.
Kemudian tutup api dan angkat.
Info chef: Ketumbar hendaklah dikisar kasar untuk memberikan rasa ketumbar pada rendang.
7. DAGING RENDANG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | dihiris nipis
1 kg santan pekat
2 helai daun kunyit
2 sudu makan kerisik
5 batang serai | dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 tangkai cili hijau
10 tangkai cili padi
10 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm halia
2.5 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Cuci daging kemudian ketepikan dan tos airnya.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging, kacau dan biarkan air daging kering.
Masukkan pula santan pekat, serai titik, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
Apabila kuah pekat, masukkan kerisik, hirisan serai dan daun kunyit.
Kecilkan api dan terus kacau lebih kurang lima minit lagi dan timbul minyak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Daging tetel juga sedap dimasak dengan resepi ini.
8. RENDANG UDANG MAK TOK
BAHAN-BAHAN:
1 kg udang saiz XL | dibersihkan dan tos
1 liter santan pekat
2 helai daun kunyit | dicarik-carik
3 batang serai | dititik
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
3 tangkai cili merah
8 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam kuali bersama bahan kisar.
Masak sehingga kuah hampir pekat.
Seterusnya, masukkan udang, daun kunyit, serai, asam gelugur, garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan kacau selalu sehingga rendang kering.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Bagi memastikan rasa rendang yang enak, pastikan anda memilih udang yang baru dan segar sahaja.
9. AYAM RENDANG MINANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong sederhana
1 kg santan pekat
2 helai daun kunyit | dihiris
4 batang serai | dihiris halus
Garam dan gula secukupnya
2 keping asam gelugur
BAHAN KISAR:
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm halia
2.5cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Cuci ayam dengan limau nipis, kemudian ketepikan dan tos airnya.
Masukkan santan pekat dalam periuk bersama bahan kisar, serai titik dan asam gelugur.
Bila kuah sudah pekat, masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa. Apabila daging empuk dan kuah agak kering, taburkan daun kunyit di atasnya.
Kecilkan api dan reneh rendang hingga timbul minyak.
Angkat dan hidangkan.
Info chef: Jika ayam sudah empuk tetapi kuah masih banyak, keluarkan ayam dan ketepikan. Terus reneh kuah bila sudah pekat masukkan semula ayam.
10. AYAM RENDANG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dibersihkan dan tos
1 liter santan pekat
2 helai daun kunyit | di carik-carik
3 batang serai | dititik
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
3 tangkai cili kering
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam kuali bersama bahan kisar.
Masak sehingga kuah hamper pekat.
Seterusnya, masukkan ayam, daun kunyit, serai, asam gelugur, garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan kacau selalu sehingga rendang kering.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Jika mahu rasa lebih pedas tambahkan cili padi dan kurangkan cili kering.