Melalui laman instagram, chef selebriti, Chef Wan telah memberikan tip untuk surirumah daripada asyik memasak di dapur. Maklumlah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, seluruh ahli keluarga ada di rumah, jadi memang akan asyik memasak.

Lagi senang kalau beli barang secara online, taklah terdedah dengan virus. Jimat masa! Klik sini Ramadhan Big Sale, yang penting free delivery.

IKLAN

Menurut Chef Wan, untuk mengurangkan kekerapan memasak di dapur, boleh cuba tip ini. Misalnya jika memasak sambal, masak dalam kuantiti banyak terus. Kemudian boleh disimpan untuk dimakan pada hari yang lain.

Morning. Its Nasi Lemak this morning for breakfast. Terlanjur masak sambal tumis Nasi Lemak pagi ini i decided to do a double batch of Sambal. Split them into 2. One with Fresh Prawns and Petai while the other one with just ikan bilis for my Nasi Lemak. Will safe the Sambal Udang Petai for another day meal with Gulai Lemak Keledek dan sayur Cekor manis. Boleh la rehat dari ke dapur 24 jam.

CARA ELAK MASAK 3 ATAU 4 KALI SEHARI

Chef Wan mengakui ada kala memasak juga boleh mendatangkan kebosanan jika dilakukan setiap hari. Walaupun beliau adalah seorang chef, namun beliau juga tidak lari daripada perasaan bosan tersebut. Malah Chef Wan tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan surirumah yang perlu memasak antara 3 hingga 4 hidangan setiap hari. Tambahan jika ada anak-anak yang ramai sebagaimana ibunya dahulu.

Even Chefs like me get bored of cooking daily. Cant imagine suri rumah yang kena siap kan 3 to 4 meals a day with anak-anak yang ramai macam Cik Ani dahulu, 7 anak. Memang tak menang tangan lah. Itu belum nak mengemas rumah dan uruskan anak2 lagi. Adoi pengsan!

That is why mana saya boleh jimat kan masa masak lebih diulang balik atau eat left overs by not wasting food, saya On aja! Jika fussy kita jadi hamba dapur la. Before the locked in bila bosan memasak boleh juga ke restaurant or buy food out there mau pun fast food. At this stage kita semua tak ada pilihan. Its all about surviving. Jika tidak terpaksa la perut tu telan apa yang ada kan.

Klik Ramadhan Big Sale untuk beli barang secara online.

Kredit instagram Chef Wan
Link: https://www.instagram.com/p/B-QgYCeghcD/