Baru nak masak gulai lemak, tetiba kelapa parut yang dibeli basi, mesti kecewakan, sebab kelapa parut tidak tahan lama terdedah pada suhu bilik. Tapi jangan bimbang ada cara boleh bantu agar kelapa parut yang dibeli tidak mudah rosak atau basi.
.
Ini ada satu tip mudah simpan kelapa parut supaya tahan lama atau disimpan untuk waktu tertentu. Caranya ialah masukkan kelapa parut dalam bekas kecil kemudian simpan dalam freezer dan bekukannya.
Ads
.
Ads
Kelapa yang sudah dibekukan ini boleh tahan hingga 2-3 bulan lamanya jika disimpan dalam freezer. Keluarkan kelapa bila anda perlu menggunakan kelapa tersebut.
Ads
Biarkan pada suhu bilik atau cairkan dengan air panas dan kisar kelapa, kemudian dan santannya dan anda boleh memasak tanpa was-was. Selamat mencuba dan senangkan?
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketika mengupas telur rebus, ada kalanya isi telur itu turut terikut kerana melekat pada kulitnya. Telur pun nampak tidak cantik lagi. Korang nak tahu macam mana cara nak mudah kupas telur dan telur yang dikupas itu cantik tanpa terkopek-kopek.
Bagi mengatasi telur rebus tak cantik ketika dikupas, ada petua yang boleh dicuba. Caranya mudah sahaja. Jom lihat langkah-langkah yang perlu anda buat.
1. Basuh telur dan rebus seperti biasa.
2. Setelah masak, rendam telur di dalam air dengan segera. Biarkan seketika.
3. Setelah air menjadi suam, buang dan letak air lain. Ulang langkah yang sama sehingga telur sejuk.
4. Kupas telur dan hasilnya telur lebih mudah untuk dikupas dan isi tidak melekat pada kulit.
Selamat mencuba!
Kredit petua & gambar: Habibah Badar Bajrai
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila semangat memasak berkobar-kobar tiba-tiba pisau nak guna potong sayur tumpul hingga sayur yang dipotong berserabut, memang potong mood memasak. Nak kata tak asah pisau dah asah banyak kali tapi hasilnya tak tajam mana. Mula macam ok sikit tapi sekejap je, pisau kembali tumpul, Kadang-kadang nak kelar ikan pun tak boleh. Aduhiii…
Harap lepas baca tip ini, korang pasti perasan bahawa mengasah pisau pun ada caranya, bukan sekadar menggosok dan menggesek pisau pada batu pengasah ye,
Basahkan Batu Pengasah Dengan Air
Sebelum digunakan batu pengasah sebaiknya dibasahkan dengan air, ia adalah kerana permukaan batu pengasah yang basah akan memudahkan kerja mengasah atau menggesek pisau pada batu pengasah. Untuk mendapatkan kelembapan yang baik, rendam batu pengasah dalam air sebelum digunakan untuk menggasah pisau.
Asah Pisau Dengan Kecondongan 10-20 Darjah
Kalau korang perasan mata pisau ada yang tidak rata, sebab itulah bila diasah pisau masih tak tajam. Untuk mendapatkan ketajaman Condongkan sedikit pisau sekurang-kurangnya 10-20 darjah untuk menyamai bahagian yang tidak rata tersebut, kerana bahagian tidak rata itu yang tidak tajam.
Asah Pisau Secara Searah
Untuk memastikan pisau tajam, asah pisau dengan arah berlawanan dari arah memotong.. Biasanya, bila memotong, pisau dihalakan ke arah hadapan atau atas. Maka semasa mengasah pisah ditarik ke arah bawah atau ke belakang dan fokus kepada satu sisi sahaja dahulu sebebulum ke satu sisi lagi dengan sedikit tekanan supaya mata pisau dapat diasah dengan baik.
Cukup 5-7 Kali Asah
Sebenarnya mata pisau hanya perlu diasah lebih kurang 5-7 kali saja. Jumlah ini sudah cukup untuk menajamkan mata pisau. Atau bila ada kesan asahan pada pisau, itu tanda pisau sudah tajam dan boleh digunakan.
Cuci Pisau Selepas Diasah
Mata pisau yang sudah diasak perlu dibersihkan sebelum sedia digunakan untuk memotong dan menghiris, kesan asahan dan sisa asahan batu pengasah boleh mengundang bakteria dan mencemarkan makanan. Oleh itu selepas diasah, bersih dan keringkan pisau sebelum digunakan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Alamak santan pecah, mesti geramkan. Sebenarnya istilah ini merujuk pada santan yang digunakan sebati dengan kuah masakan. Hasilnya kuah lemak tidak cantik teksturnya dan kurang lemak, aroma santan juga tidak naik. Korang jangan bimbang, ini ada tip RASA kongsikan sebagai penyelesaian masalah ‘santan pecah’.
Gunakan Api Sederhana
Gunakan api sederhana sahaja kerana api yang besar boleh menyebabkan santan cepat pecah kerana kuah akan cepat mendidih dan letusan glembung kuah akan memecahkan santan. Biar lamat asal selamat.
Sentiasa Kacau
Cara ini mungkin ramai yang tahu, Pastikan anda sentiasa kacau terus menerus demi memastikan santan tidak pecah terutamanya apabila kuah mula mendidih. Tidak boleh menyambil dengan kerja lain atau berhenti mengacaunya.
Tambah Tepung Beras
Sebelum masukkan santan dalam masakan, campurkan santan dengan sedikit tepung beras, kacau rata supaya campuran tepung beras sebati dan larut sekata. Dengan cara ini kuah dapat bersatu dengan santan dengan lebih sempurna.
Masukkan Santan Cair Dulu
Ada beberapa jenis masakan yang menggunakan santan cair dan pekat. Di mana santan cair dimasukkan dahulu bersama bahan perencah dimasak atau ditumis hingga mendidih. Santan pekat dimasukkan di akhir masakan dan api perlu dikecilkan dan tetap perlu sentiasa dikacau.
Gunakan Santan Segera
Santan segera penyelesaian mudah untuk mengelakkan santan dari pecah tetapi aromanya tidak sama dengan santan segar, namun ia memastikan kuah lemak anda lebih sempurna. Apapun rasa tetap ditentukan oleh air tangan anda yang memasak.
Selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Raja Buah durian terkenal dengan sejarah unik, aroma tersendiri, nilai ekonomi tinggi dan pelbagai khasiat. Ketahui fakta menarik yang menjadikan durian kekal sebagai buah paling ikonik di Asia Tenggara.