110g tepung beras – beli online di sini 40g tepung ubi – beli online di sini 10g tepung jagung – beli online di sini 1 sudu kecil garam halus 1 sudu minyak 300ml air (anggaran – tuang sedikit-sedikit, bergantung kepada kepekatan yang diingini)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Kacau rata semua bahan supaya tak berketul. 2. Sediakan periuk kukusan dan loyang. 3. Lenserkan loyang dengan minyak.
Pernah cuba Ketti Urundai @ Kuih Bebola Keras? Resipi yang dikongsi Puan Moganavallay Nagarajan ini, boleh dikatakan snek atau kuih yang sedap dan dihidang ketika perayaan Deepavali. Sempena Deepavali yang bakal menjelma, RASA kongsikan resipi Ketti Urundai yang mudah yang boleh anda cuba. Jom kita buat!
RESIPI KETTI URUNDAI @ KUIH BEBOLA KERAS YANG SEDAP & MUDAH
CARA MEMASAK:
1. Kisar kasar kacang hijau pertama kali dan buang kulit. Selepas tu kisar sekali lagi sehingga 90% halus.
2. Buang kulit kacang tanah dan kisar kasar.
3. Kemudian, kisat beras sehingga 90% halus.
4. Gaul sama semua bahan (tinggalkan sedikit tepung beras untuk guna kemudian) dalam satu bekas bersama kacang dhal kuda. Ketepikan dahulu.
5. Masak sira gula merah.
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan sira gula merah yang masih panas dalam adunan. Gaul cepat-cepat dan buat bebola sederhana besar.
2. Jaga-jaga tau, kita cuma boleh buat bebola semasa sira gula merah masih panas. Selepas sudah buat bebola, golek-golekkan bebolanya dalam tepung beras yang diasingkan tadi.
3. Kena pandai agak masa untuk buat bebola ni (untuk senangkan proses ini, biar ada pembantu)
4. Ulang proses ini hingga habis. Siap.
*Untuk 2kg kacang hijau, dapat lebih kurang 100 biji Kuih Keras/Ketti Urundai.
Tak susah pun nak buat kudapan untuk dimakan di rumah. Paling penting kudapan yang dibuat sendiri lebih terjamin kesihatannya dari segi bahan-bahan yang digunakan sebagai ramuan. Korang boleh pantau jumlah gula dan garam yang hendak digunakan.
Kali ni RASA nak kongsi resipi kudapan berupa maruku cheese yang rasanya manis dan berlemak. Sedap sangat tau. Senang pulak tu nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun simple je. Bolehlah cuba. Bukan orang dewasa je suka, kanak-kanak pun suka makan maruku macam ni.
MARUKU CHEESE
Bahan-Bahan 175 gram tepung beras pulut 250 gram krim keju 100 gram gula ising 1 biji telur ayam 60 gram air 1/2 sudu teh garam Minyak masak untuk menggoreng
Cara memasak 1. Satukan tepung beras pulut, krim keju dan gula ising. Gaul rata. 2. Kemudian masukkan telur ayam dan air. Perasakan dengan garam. 3. Adun sehingga sebati dan tidak berketul. 4. Masukkan adunan maruku ke dalam acuan dan goreng dalam minyak menggunakan kepanasan sederhana. 5. Angkat maruku setelah ia kelihatan kekuningan.
Dengar nama nasi Crispy Beef je dah terliur! Apa lagi kalau dah siap masakan ni. Resipi ini telah dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Cara penyediaan resipi ni pun sangat mudah. Sesuai sangat untuk orang bujang yang nak makan masakan simple. Paling best kalau Crispy Beef ni di makan bersama nasi bawang. Fuhhh tak terkata sedapnya. Jom cuba!
NASI CRISPY BEEF
BAHAN-BAHAN:
400gm daging
1 biji bawang Holland
2 sudu besar kicap cair
1 butir telur
2 ulas bawang putih
1 sudu empingan cili
1-2 cawan tepung jagung
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka
1 sudu besar bijan(disangai)
Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
Crispy Beef ni dihidang dengan nasi bawang. Saya akan gunakan bawang Holland untuk buat bawang goreng dan minyak bawang untuk buat nasi bawang tu.
Hiris bawang nipis-nipis. Goreng dengan minyak sedikit. Saya ada letak secubit garam semasa goreng bawang ni. Bawang Holland ni manis kalau dikorek hingga terkaramel.
Bawang dah terkaramel. Bau dia menggiurkan. Keluarkan dari kuali dan bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk nasi, satu lagi untuk sos crispy beef.
Kita potong daging nipis-nipis, lembing kurang 1-1.5cm tebal. Kalau boleh, gunakan bahagian daging yang lembut, seperti batang pinang atau rimau menangis. Barulah rangup diluar, lembut di dalam.
Kita perap dengan bawang putih, kicap cair, telur dan lada sulah. Tambah garam jika perlu. Biarkan sebentar agar ramuan mesra. 30 minit dah cukup.
Sekarang masukkan tepung jagung, gaul-gaul sampai setiap hirisan daging di selaput tepung. Selain tepung jagung, saya rasa tepung yang paling sesuai adalah tepung kentang (potato starch).
Goreng! Minyak kena panas. Jangan masukkan sekaligus. Masuk satu-satu. Dah kuning, angkat! Ni gambar saya goreng daging ni buat kali kedua(double fry) agar lebih garing.
Angkat, dan toskan minyak berlebihan. Ambil satu dan rasa. Aduhai, berkeriuk diluar, tapi masih berjus di dalam. Kalau hidang macam ni je pun, InsyaAllah licin dikerjakan anak-anak. Tapi, sabar dulu!
Kita buat sos untuk gaul dengan daging tadi dulu. Tumis bawang putih, masukkan empingan cili (chili flakes). Kalau nak guna cili kering atau cili kisar pun boleh.
Masukkan sos tomato. Selain kicap, tomato mengandungi monosodium glutamate, dan itu akan memberi rasa umami pada sos ni nanti. Barulah sedap! Kalau pekat sangat, masukkan air sikit.
Ni kicap manis. Berikan rasa lemak dan seimbangkan rasa masin dan masam tadi. Sama macam tomato, kicap pun penambah rasa umami. Barulah dapat mengecapi keenakan makanan.
Tambah sedikit cuka! Siapa yang rasa-rasa tak boleh makan cuka, tukarlah kepada limau nipis atau limau kasturi. Sejujurnya, untuk resepi ni, cuka lebih sedap. Ia beri rasa “tangy”. Tak tahu dalam BM istilahnya apa.
Akhir sekali masukkan bawang goreng kita tadi. Bawang terkaramel ni akan menjadikan sos ni unik, dan lain dari sos masam manis yang biasa kita buat. Jadi, yang ni jangan tak letak.
Tuang daging yang dah digoreng tadi, dan gaul laju-laju. Biar sos tu menyelaputi setiap inci daging. Kalau sos tadi pekat dan likat, InsyaAllah kerangupan daging ni tak terjejas.
Lupa pula nak masukkan bijan. Tabur sikit dan dah boleh hidang! Masa nak pindah ke dalam pinggan, boleh curi lagi sekeping daging untuk rasa. Bukan ada orang perasan. Haha!
Itu dia! Nikmat kerangupan salutan tepung, keenakan sos, dan daging lembut di dalam. Semua dalam satu pakej hidangan.
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...