
Peminat tegar kudapan boleh cuba buat sendiri kudapan popia seaweed ni. Kalau dulu selalu beli, apa kata kali ni cuba buat sendiri pula, lebih jimat dan lebih berbaloi. Cara mudah untuk hasilkan kudapan ni, jom buat!
BAHAN-BAHAN:
- Seaweed (sy lebih suka seaweed bigbang walaupun harga agak mahal tapi puas hati & ramai customer suka rasanya lain dari yang biasa)
*Harga sepeket lebih kurang RM8-RM10 -Potong/gunting siap2 semua seaweed kepada 2 bahagian macam atas peket seaweed tu
- Telur (tambah sikit garam/aji/cukup rasa kalau nak)
- Kulit popia saiz paling besar
- Berus telur (cari yg jenis plastik bukan yg silicone ye nnt xlawa bila sapu/terlebih telur)
CARA MEMBUAT:
- Lipat kulit popia kepada 2 bahagian
-Lipatlah macam mana pun bagi ada tanda sikit untuk senang ‘center’ kan seaweed nanti.
- Sapu telur rata
-Sapu jangan terlalu banyak & terlalu sikit nanti bila goreng jd kembung n xlawa Sapu setakat nk bagi lekat je. Kena cepat2 sapu telur kalau x kulit popia tu mcm meresap & kulit jadi sangat lembik & tak cantik
- Letak seaweed bagi center, tekan2 sikit & sapu lagi telur semua permukaan mcm no 3 tadi
- Lipatkan kulit popia & tekan2 skit guna tapak tgn bg lekat rata. Siap
- Ni hasil 6 peket seaweed sy buat dlm masa 2jam lebih non stop.
-Biarkan sekejap/ anginkan bg kering sikit kulit popia tu jangan terlampau kering nanti bila potong jd pecah2.
- Ni part paling sy suka Guna pisau YANG PALING TAJAM ye kalau pisau xberapa tajam bila potong jd xlawa & melekat2 n terbuka kulit tu. Sy susun sekali 20 keping & potong sama besar. Ikut suka la nak besar mana
- Dah siap potong tu boleh biarkan jp bg kering skit lepas tu buka la 1 persatu sambil tengok tv.
- Biarkan dulu kejap atau nak keringkan bwh matahari atau kipas pun ok lg senang nk buka nnt.
Memang cara sy susun kemas2 gini sebelum buka 1-1
- Minyak dah betul2 panas baru goreng. Nk buat makan sendiri2 hentam ja la goreng camna pun
Kredit resipi: Wan NoorawiyahMasak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Pancake Lemon & Milo, Sarapan Enak Untuk Anak-anak

Buat pancake atau penkek ni memang mudah. Pancake gebu lemak berkrim ditambah buah-buahan seperti lemon memang lazat.
Bagi penggemar coklat, min pasti pancake Milo jadi pilihan. Bagi mak-mak yang nak buat bekalan untuk anak sekolah dan juga sarapan, pancake memang pilihan terbaik. Jom semak resipinya.
PANCAKE LEMON MAPLE SYRUP
BAHAN-BAHAN:
150gm tepung gandum
50gm cornflakes | ramas kasar
280ml susu segar
30gm gula halus
1 biji lemon | perah ambil jusnya sesudu makan
1 biji parutan kulit lemon
1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
2 sudu makan mentega | cairkan
1 sudu teh serbuk penaik
Sirap maple secukupnya
Dapatkan FGWalet Bird’s Nest With Kurma 180ml x 18 bottles dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, jus lemon, parutan kulit lemon, cornflakes, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.
2. Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali.
4. Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan.
5. Hidangkan pankek bersama sirap maple.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan: Barat
Keistimewaa: Tekstur agak kenyal
Jenis masakan : Pencuci mulut
INFO CHEF: Boleh hidangkan bersama hirisan buah-buahan segar dan krim putar jika suka.
PANCAKE MILO
BAHAN–BAHAN:
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair/ susu segar
3 paket Milo 3 in 1
3 sudu besar mentega dicairkan
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder @serbuk penaik
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur dan kacau.
2. Masukan susu, soda bikabonat, baking powder, tepung gandum, milo dalam mangkuk telur, kacau hingga sebati dan masukan butter cair. Boleh kisar guna pengisar. Nak guna mixer pun boleh, pastikan sebati ye semua bahan untuk resipi pancake milo.
3. Sapukan sedikit mentega pada non-stick pan. Gunakan non-stick yang saiz 3-5inci.
4. Tuangkan 1 senduk adunan dalam pan, pastikan gunakan api yang perlahan ketika memasak.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Bila bahagian atas berlubang-lubang udara dan hampir agak kering, bolehlah diterbalikan. Jangan biar lama sangat, takut terlebih masak di bahagian bawah.
6. Biarkan sekejap dan terus angkat. Sedia untuk dihidangkan.
7. Sekiranya agak adunan cair, tambah sedikit tepung. Tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dengan air panas sedikit, tuang atas pancake.
Kredit resipi: Sheila Rusly
Kelas Online Rasa kini kembali & ia PERCUMA!
Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kukus Boleh, Bakar Pun Boleh, Puding Roti Dengan Sos Kastard
Cara Masak Nasi Tomato Simple, Tapi Sedap Macam Dekat Kenduri!
Kudapan Ringan, Begini Cara Buat Kacang Garing Goreng Bawang Putih
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Nasi Goreng Lada Kering. Mudah, Cepat, Dan Sedap

Isi Kandungan
ToggleNasi goreng lada kering. Mudah dimasak tapi sedap dan gerenti buat akan makan bertambah. Nasi goreng antara masakan yang mudah dan cepat disediakan.
Bahkan, ia jadi alternatif tepat sekiranya dah kebuntuan nak masak lauk apa.Kadangkala, bagi ibu bekerja, balik kerja dah penat. Tengok bekalan barang basah pun dah habis. Nak senang, masak nasi goreng. Sedap dan cepat. Tak perlu masak lauk lain dah.
Kali ini, dikongsikan resipi nasi goreng lada kering. Bolehlah masak untuk makan malam atau untuk sarapan pun boleh. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Har Ryea ini ye.
Nasi Goreng Lada Kering
Bahan-bahan:
Nasi sejuk
Bawang merah – boleh beli online di sini
Bawang putih – boleh beli online di sini
Sedikit ikan bilis – boleh beli online di sini
Lada kering (rebus sekejap) – boleh beli online di sini
Telur
Sedikit serbuk perasa – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada kering dan ikan bilis hingga lumat.
Nasi di dalam periuk digemburkan dulu.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga terbit bau wangi dan agak garing.
Tambah garam dan serbuk perasa. Pecahkan telur dan gaul sebati.
Masukkan nasi dan gaul-gaul rata dan serbati semuanya. Gaul sampai berwap sedikit.
Siap! Mudah, cepat dan sedap! Rugi tak cuba!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Nasi Daging, Air Asam Kerisik Bawang Dan Rendang Telur, Trio Padu!
Tak Cukup Bahan Nak Buat Nasi Beriani, Jadilah Nasi Wangi. Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
10 Menu Untuk Hari Jadi, Gerenti Sedap. Ilham FIM

Food Institute of Malaysia (FIM) adalah pusat pengajian seni kulinari dan bakeri di Petaling Jaya ini tersohor dan banyak melahirkan tenaga Chef yang berjaya dalam industri makanan dan perhotelan. Di sini barisan pensyarahnya telah menyediakan 10 menu untuk meraikan Hari Jadi. Super lembut, gebu dan sedapnya.
Tapi ingat sambutan Hari Jadi buat di rumah aje bersama famili, pasti anak-anak suka. Yang bestnya menu Hari Jadi ini juga boleh dijadikan idea untuk berniaga makanan.
Jom semak menu yang disediakan Chef Fadza, Chef Nuruddin, Chef Hazim dan Chef Idris
1. ECLAIRE (CHOUX PASTE)
BAHAN-BAHAN :
A. Bahan choux pastri :
- 125 ml air atau susu cair
- 63gm mentega
- 1/4 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh gula
- 44gm tepung roti
- 50gm tepung kek
- 157gm telur
Bahan inti krim:
- 250ml krim putar (topping)
- 1 sudu teh strawberi emulco atau cappucino | ikut kesukaan
CARA MEMASAK :
1. Satukan air, mentega, garam dan gula ke dalam kuali.
2. Didihkannya, campuran kena dibiarkan mendidih supaya mentega tidak pecah dan terampai di permukaannya.
3. Padamkan api dan masukkan kesemua tepung, dan kacau cepat-cepat.
4. Nyalakan kembali api sederhana dan kacau berterusan hingga membentuk bebola doh dan melekang dari tepi dinding kuali.
5. Alihkan dari api dan biarkan ia sejuk sedikit.
6. Alihkan doh ke dalam mangkuk adunan, pukul dengan kelajuan perlahan hingga doh suam dan tetapi terlalu panas untuk disentuh.
7. Dengan kelajuan sederhana pukul telur, tuang sedikit demi sedikitt.
8. Tunggu ia sebati sebelum ditambah, biarkan ia meresap sepenuhnya. Bila telur dah meresap pes sudah sedia.
9. Masukkan pes ke dalam beg piping bermuncung di hujung dan paipkan pes di atas dulang pembakar yang dialas kertas parchment.
10.Paipkan pes menjadi jaluran 2sm lebar dan 8sm panjang.
11. Bakar dalam suhu 125 C selama 15 minit dan kemudian turunkan suhu ke 190 C dan biarkan dibakar hingga eclair nampak masak dan tidak lembab.
12. Ambil topping krim dan kacau hingga ia bertanduk dan masukkan pes cappucino atau pes strawberi, pukul hingga sebati.
13. Lubangkan dihujung dan isikan dengan krim, dan boleh juga dihiaskan atas permukaannya.
INFO CHEF : Doh harus dalam keadaan tidak terlalu panas, suam kuku supaya telur tidak masak bila dimasukkan dalam adunan. Hidangan untuk 5 keping.
2. FRUIT TARTLET
BAHAN-BAHAN:
Bahan kulit tart (pastri rapuh) :
- 187gm tepung kek
- 125gm mentega sejuk dipotong kiub
- 1/8 sudu teh garam
- 2-3 sudu besar air sejuk | dingin
Bahan krim pastri :
- 250ml susu cair
- 32gm gula (1)
- 1 biji kuning telur
- 1 biji telur
- 19gm tepung jagung
- 32gm gula (2)
- 15gm mentega
- 1/2 sudu teh esen vanila
Bahan inti :
- 300gm kulit tart | sudah dibahagikan ikut saiz acuan tart
- 150gm krim pastri
- 1 biji buah kiwi| dipotong kecil
- 4 biji buah strawberi | dipotong kecil
- 1 biji buah pic | dibelah dua
- 20gm aprikot glaze | mengilatkan permukaan
- 3 sudu besar air panas
CARA MEMASAK :
Cara memasak kulit tart (pastri rapuh):
1. Ayak tepung kek ke dalam mangkuk adunan (mixer).
2. Masukkan mentega dan garam ke dalam mangkuk adunan. Campur dan kacau dalam kelajuan sederhana sehingga sebati dan tiada ketulan
3. Renjiskan air sejuk, sedikit demi sedikit dalam adunan hingga membentuk doh.
4. Tutup doh dengan balutan plastik dan masukkan ke dalam chiller peti sejuk.. Biarkan doh rehat selama 20 minit.
5. Taburkan sedikit tepung dia atas doh atau penggelek kayu (rolling pin) .Gunakan cukup sekadar mengelakkan ia melekit, usah terlalu banyak kerana ia boleh mengeraskan doh.
6. Ratakan doh dan tebarkan dan canaikan hingga 3mm ketebalan yang seragam.
7. Canai dari tengah menghala keluar hingga membentuk bulatan. Bahagikan ikut acuan tart.
8. Tekan doh di dalam acuan tart dan keliling dinding acuan.
9. Tekan dan jangan regang, kerana meregang akan membuatkan ia mengecut semasa dibakar nanti.
10. Biarkan doh rehat kira-kira 10 minit.
11. Isikan inti dan bakar 15-20 minit dalam suhu 210 C atau perang keemasan.
Cara memasak krim pastri :
1. Di dalam kuali larutkan gula ke dalam susu dan biar mendidih. Alihkan daripada api.
2. Dalam mangkuk berasingan, pukul kuning telur dan telur. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan tepung jagung dan gula (2) ke dalam campuran telur.
4. Masukkan campuran telur ke dalam larutan susu panas tadi, dan pukul perlahan.
5. Campuran adunan tadi dimasak hingga mendidih, dikacau sekali sekala.
6. Apabila adunan mendidih dan pekat , alihkan daripada api
7. Masukkan mentega dan esen vanilla dan kacau hingga mentega cair
8. Biarkan sejuk,diketepikan dan digunakan sebagai ramuan inti nanti.
Cara memasak inti :
1. Sediakan kulit tarlet ( tart shell). Biarkan ia sejuk.
2. Paipkan krim pastri ke dalam shell dan hiaskan dengan buah-buhan yang sudah dipotong.
3. Di dalam kuali masukkan aprikot glaze dan air panas. Masak atas api perlahan hingga campuran larut.
4. Guna berus pastri, dan sapukan glaze di permukaan tart
INFO CHEF : Sebelum mencanai doh pastikan ia sudah direhatkan 20 minit dalam peti sejuk untuk mengelakkan doh mengecut .
3. BROWNIES
.
BAHAN-BAHAN:
- 100gm mentega
- 100gm gula kastor
- 60gm gula perang
- 2 biji telur
- 40gm coklat gelap | dicincang halus
- 100gm tepung kek
- 40gm serbuk koko
- Secubit garam
- 90gm coklat gelap | dipotong kiub
- 30gm walnut | dicincang
CARA MEMASAK :
1. Ambil periuk dan masukkan mentega, gula kastor dan gula perang. Masak dengan api sederhana dan kacau hingga mentega cair dan menjadi berkilat.
2. Biarkan campuran mentega menjadi suam kuku. Kemudian baru masukkan telur. Kacau hingga sebati jangan dipukul telur kerana ia boleh menyebabkan adunannya mengembang dan rapuh.
3. Masukkan coklat yang dicincang kacau hingga coklat cair.
4. Ayak tepung kek, serbuk koko dan garam bersama. Lipat kaup tepung ke dalam campuran coklat tadi.
5. Masukkan coklat gelap (kiub) dan walnut dan kacau hingga sebati.
6. Griskan tin pembakar (empat segi 6 in) atau alaskan dengan kertas parchment.
7. Tuangkan adunan di dalam tin pembakar dan bakar dalam suhu 180 C selama 15-20 minit.
INFO CHEF : Cairkan mentega bersama gula hingga mentega cair dan berkilat. Usah masak gula hingga terlalu larut. Mentega yang berkilat akan menghasilkan kesan kilat dan lapisan rapuh pada brownies.
4. CHICKEN SLIDERS (ALA BURGER)
BAHAN-BAHAN :
Bahan tomato salsa :
- 2 biji tomato | dibuang biji dan dadu
- 20gm daun bawang| dihiris
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- 20gm daun ketumbar | dihiris halus
- 20gm jalapenos | dicincang halus
- 25ml jus lemon
- Sedikit serbuk jintan putih
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukup rasa
Bahan (patty) kepingan daging :
- 30gm bawang besar | dicincang halus
- 30gm daun saderi | dicincang halus
- 30gm lobak merah | dicincang halus
- 50ml minyak masak
- 200gm ayam kisar
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- 1 biji putih telur
- 20gm serbuk roti (breadcrumbs)
Bahan melengkapi chicken sliders :
- 30gm kepingan ayam chicken sliders (patty)
- Kepingan bun roti secukupnya
- 30gm mentega
- 50ml mayonis
- 200gm daun lettuce
- Tomato salsa secukupnya
CARA MEMASAK:
Cara memasak tomato salsa :
1. Satukan kesemua ramuan dan gaulkan.Dan masukkan dalam peti sejuk.
INFO CHEF : Bahan yang segar akan menyebabkan ia tahan lama dan penampilan chicken slider yang menarik.
Cara memasak kepingan Chicken Sliders Patty :
1. Masukkan bawang besar, saderi dan lobak merah di dalam minyak, tumis hingga lembut, biarkan sejuk.
2. Satukan bawang besar,saderi, lobak merah, ayam kisar, putih telur, dan serbuk roti dalam mangkuk. Perasakan dengan lada sulah dan garam. Gaulkan agar bercampur rata.
3. Bahagikan adunan kepada 65gm, bentukkan dalam kepingan (patty) yang tebal.
INFO CHEF : Cuba gril dulu dalam satu sudu besar adunan patty untuk memastikan keenakan rasanya
Cara penyediaan Chicken Sliders:
1. Mula-mula gril patty sliders sehingga masak.
2, Sementara itu, sediakan roti dan sapukan dengan mentega di atas permukaan kedua dua belah roti dan diikuti dengan mayonis
3. Kemudian letakkan daun lettuce dan tomato salsa di satu bahagian.
4. Bila kepingan patty ayam sudah masak, letakkannya dan tutup dengan roti sebelah lagi.
5. Sedia untuk dihidang.
INFO CHEF : Elakkan daripada mencucuk kepingan ayam masa memasak agar ia lebih berjus.
5. SPICY CHICKEN FINGERS WITH CITRUS SAUCE
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk jejari ayam :
- 100gm tepung gandum
- 2 biji telur
- 50gm serbuk roti (breadcrumbs)
- 100gm fillet (isi) ikan dory – potong jejari
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- Serbuk paprika secukup rasa
- Serbuk cajun secukup rasa
- 20ml minyak masak untuk menggoreng
Bahan sos citrus :
- 35ml jus oren
- 35ml jus anggur
- 35ml jus epal
- Gula secukup rasa
- Sedikit perahan jus lemon
CARA MEMASAK :
Cara memasak jejari :
1. Masukkan tepung di dalam kuali, telur dipukul dalam mangkuk berasingan dan serbuk roti dalam kuali lain.
2. Perap dengan paprika dan cajun dan perasakan ikan dengan garam dan lada sulah.
3. Salutkan fillet ikan ke dalam tepung, telur dan akhir sekali serbuk roti. Tekan dan golekkan fillet atas serbuk roti.
4. Goreng fillet hingga perang keemasan.
5. Toskan dan hidangkan segera dengan sos citrus.
INFO CHEF: Untuk elakkan lembik masak dan makan segera ketika masih garing. Usah simpan lama.
Cara masak sos citrus :
1. Sediakan semua ramuan jus dan satukan dalam satu mangkuk.
2. Sediakan kuali dengan api perlahan dan tuangkan jus ke dalamnya. Kacau.
3. Masukkan gula secukupnya. Jumlah yang diperlukan bergantung kepada kemanisan jus, usah terlalu manis.
4. Masukkan sedikit jus lemon.
5. Jika sos terlalu cair, boleh renehkan dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan yang diingini.
6. Boleh dihidang sejuk atau suam.
INFO CHEF : Selalu pastikan kepekatan kerana ia akan menjadi lebih pekat bila dibiarkan terus menerus di atas api.
6. EMPANADAS
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk kulit :
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh gula
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh garam
- 1/2 cawan lemak sayuran (shortening)
- 1 biji telur gred b
- 3/4 cawan air pati ayam (sejukkan)
Bahan inti empanadas :
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 250gm daging kisar
- 1 kiub pati daging
- 4 sudu besar pati tomato
- 1 sudu teh serbuk cili
- 250ml air
- 1 sudu teh oregano kering
- 1/2 ulas bawang putih | dicincang
- 1/2 biji lada benggala hijau | dipotong dadu kecil
- 1/2 biji lada benggala merah | dipotong kecil
- 500ml minyak | untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
Cara memasak kulit empanadas :
1. Satukan tepung, gula, serbuk penaik dan garam, gaulkan hingga sebati.
2. Masukkan lemak sayuran pejal dan gaul dengan jari sehingga mendapat tekstur seperti serbuk roti.
3. Pukul telur bersama air pati ayam yang masih sejuk sehingga sebati.
4. Masukkan cecair tersebut ke dalam adunan tepung tadi secara perlahan sambal diuli sehingga tidak melekit selama 5-10 minit.
5. Rehatkan adunan di dalam peti sejuk selama 30 minit (bolehlah sediakan inti pula)
INFO CHEF : Gunakan air yang masih sejuk untuk elakkan lemak sayuran cair. Elakkan menguli terlalu lama untuk membuat kulit empanadas yang lembut. Hidangan untuk empat orang.
Cara memasak inti empanadas :
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih, bawang merah, pati tomato, serbuk cili hingga naik bau, kemudian masukkan daging kisar Kacau hingga sebati.
2. Masukkan air bersama kiub pati daging.
3. Apabila air mula mengering masukkan lada benggala hijau dan merah, kacau sehingga kering dan daging masak
INFO CHEF : Pastikan inti kering untuk elakkan doh kulit menjadi lembik jika kandungan air tinggi.
Cara penyediaan (gabungan adunan doh empanadas dan inti)
1. Keluarkan aduan yang direhatkan di dalam peti untuk diuli.
2. Tabur tepung di atas permukaan meja untuk elakkan doh melekat di meja.
3. Uli adunan sehingga nipis lalu ditekan dengan menggunakan pemotong bulat atau cawan kopi.
4. Letakkan inti tadi kemudian basahkan di hujung adunan dengan menggunakan putih telur untuk memastikan empanadas melekat.
5. Tekan dengan menggunakan garpu agar ia melekat lebih kuat. Sedia untuk digoreng
6. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng sehingga kuning keemasan
INFO CHEF : Untuk lebih nampak menarik, masukkan lemak sayuran (shortening) ke dalam minyak sebelum digoreng
7. CHEESE RISOTTO BALLS
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan beras arborio
- 3 cawan air pati ayam
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar minyak zaitun
- 1/2 biji bawang besar | dicincang
- 1/2 cawan keju parmesan
- 250gm keju mozarella | dipotong dadu
- 2 biji telur
- 2 cawan serbuk roti
- 1 cawan tepung gandum
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Tumis bawang bersama minyak zaitun sehingga kekuningan.
2. Masukkan beras arborio dan digaul selama 2 minit.
3. Kemudian, masukkan air pati ayam bersama keju parmesan chese dan dikacau perlahan sehingga kering dan masak.
4. Bulatkan beras di atas tapak tengan lalu dileperkan untuk meletakkan mozzarella cheese ditengah.
5. Bulatkan kembali untuk dapatkan bentuk bebola.
6. Salutkan bebola tersebut dengan tepung kemudian telur dan akhirnya serbuk roti.
7. Bebola sedia digoreng sehingga kuning keemasan. Tos minyak dan hidangkan.
INFO CHEF : Basahkan tapak tangan dengan menggunakan air untuk mengelakkan beras melekat di tangan.
8. WILD MUSHROOM QUICHE
BAHAN-BAHAN :
Bahan pastri (kulit) quiche:
- 187gm tepung kek
- 125gm mentega sejuk dipotong kiub
- 1/8 sudu teh garam
- 2-3 sudu besar air sejuk | dingin
Bahan inti:
- 55gm cendawan
- 20gm bawang besar
- 15gm bawang putih
- 2 tangkai thyme segar
- 5 biji tomato ceri
- 250ml krim masakan
- Minyak masak secukupnya
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara memasak kulit tart (pastri rapuh):
1. Ayak tepung kek ke dalam mangkuk adunan (mixer).
2. Masukkan mentega dan garam ke dalam mangkuk adunan. Campur dan kacau dalam kelajuan sederhana sehingga sebati dan tiada ketulan
3. Renjiskan air sejuk, sedikit demi sedikit dalam adunan hingga membentuk doh.
4. Tutup doh dengan balutan plastik dan masukkan ke dalam chiller peti sejuk.. Biarkan doh rehat selama 20 minit.
5. Taburkan sedikit tepung dia atas doh atau penggelek kayu (rolling pin) .Gunakan cukup sekadar mengelakkan ia melekit, usah terlalu banyak kerana ia boleh mengeraskan doh.
6. Ratakan doh dan tebarkan dan canaikan hingga 3mm ketebalan yang seragam.
7. Canai dari tengah menghala keluar hingga membentuk bulatan. Bahagikan ikut acuan tart.
8. Tekan doh di dalam acuan tart dan keliling dinding acuan.
9. Tekan dan jangan regang, kerana meregang akan membuatkan ia mengecut semasa dibakar nanti.
10. Biarkan doh rehat kira-kira 10 minit.
11. Isikan inti dan bakar 15-20 minit dalam suhu 210 C atau perang keema
Cara memasak inti quiche:
1. Tumis cendawan, bawang besar, bawang putih, tomato ceri dan thyme hingga naik bau.
2. Masukkan krim masakan dan biarkan mereneh selama 3 minit.
3. Biarkan campuran batter sejuk dan masukkan telur dan kacau.
4. Perasakan dengan garam dan lada sulah
INFO CHEF : Selain cendawan liar anda boleh juga guna cendawan butang atau cendawan shiitake
9. NASI PILAF CENDAWAN
BAHAN-BAHAN :
- ½ sudu besar minyak
- 1 bawang holland | potong dadu
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 6 cendawan besar (dicincang)
- 4 cawan beras
- 4 cawan air
- Garam dan lada (secukup rasa)
CARA MEMASAK :
1. Tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cendawan. Masakkan cendawan sehingga layu.
2. Masukkan beras ke dalam periuk dan kacau kan bersama bahan yang ditumis tadi. Perisakan dengan garam. Biarkan masak selama 4 minit dengan api yang perlahan.
3. Tutupkan periuk dan biarkan nasi masak.
INFO CHEF : Elakkan menumis cendawan dengan kuantiti yang banyak sekaligus untuk mempercepatkan proses memasak.
10. NASI JAGUNG
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg beras basmathi
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 sm halia
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 3 tangkai bunga cengkih
- 1 cawan isi jagung
- 1 cawan susu cair
- 1 cili benggala merah
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Basuh beras basmathi dan rendam selama 1 jam. Kemudian toskan air rendaman beras dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, dan halia yang telah dikisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili benggala yang telah dipotong dadu.
3. Masukkan susu cair, air secukupnya dan garam.
5. Masukkan beras dan jagung.
6.Pindahkan periuk dalam rice cooker & masak seperti biasa.
INFO CHEF : Setelah nasi masak, gunakan garfu untuk menggembur nasi supaya nasi dari beras basmati tidak patah.
RESIPI OLEH : Barisan pensyarah FOOD INSTITUTE of MALAYSIA dari Chef Fadza, Chef Nuruddin, Chef Chef Hazim dan Chef Idris
Terima kasih : Chef Amir
WEB : fim.edu.my
FB : Food Institute Of Malaysia
INGIN KUALI ANTI MELEKAT, JOM BELI ONLINE DI SINI.
UNTUK MEMUDAHKAN MEMBELI BAHAN RAMUAN SNEK, ROTI DAN PASTRI DI ATAS, JOM LAYARI DI SINI
JOM TONTON VIDEO MASAKAN MENARIK DI YOUTUBE @ Majalah Rasa Official
JOM SEMAK RESIPI MENARIK NIH :
Guna 3 Bahan Je. Ini Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam Super Lazat & Mudah
Resipi Chicken Mushroom Pie Mudah Dan Sedap.Memang Laku Keras
Resipi Chicken Mushroom Pie Mudah Dan Sedap.Memang Laku Keras