Asam pedas ni ada bermacam-macam jenis. Ada Asam Pedas Kembung, Asam Pedas Pari, Asam Pedas Sotong, Asam Pedas Ayam dan banyak lagi. Kalau Asam Pedas Daging pula, paling sedap guna daging tetel. Ada lemak-lemak sikit, lembut-lembut kenyal rasa dia. Memang best! Terasa nak cuba? Jom cuba resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni. Selamat mencuba!
RESIPI ASAM PEDAS DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 kg daging tetel
1 mangkuk air asam jawa
Sedikit gula melaka
Garam secukup rasa
3-4 helai daun limau purut – buang tulang tengah
3 batang serai – ketuk
BAHAN KISAR HALUS:
15@10 tangkai cili kering
4 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Ads
Rendam cili kering, jintan dan lada hitam dalam air panas terlebih dahulu sebelum dikisar halus.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
Seterusnya masukkan daging tetel. Masak sampai air daging keluar.
Tambahkan air asam jawa, serai dan daun limau purut. Biarkan mereneh seketika.
Perasakan dengan garam dan gula melaka dengan secukupnya. Teruskan masak hingga daging empuk.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Daging tetel boleh juga direbus terlebih dahulu. Tetapi air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti.
Rasa Instafamous episod ke tujuh menampilkan Leeza Ramzi dengan tiga resipi hebat, Tauhu Bergedil ‘Cheese’, Ikan Tongkol Masak Asam dan Ubi Kayu Rebus Sira Gula Merah. Walaupun pertama kali bersiaran di rancangan tv, Leeza begitu ‘serasi’ dengan hos rancangan Aunty Aini dan amat ‘mesra’ orangnya.
Jika anda mengikuti video memasak di Instagram @leezaramzi, dia membahasakan dirinya sebagai MAK. Ayat ‘famousnya’ “Hari ni mak nak masak…”. Leeza Ramzi memang cukup sinonim dan amat terbiasa gelaran diri sebagai ‘Mak’.
Tak kira jika ‘followers’ itu sebaya mahu pun lebih muda , atau lebih tua kerana panggilan ini dirasakan lebih mesra dan dekat dengan dirinya.. Lagi pun bagi Leeza atau nama sebenarnya Nor Aliza Mohd Ramzi, 44 tahun, mereka yang belajar masak dari videonya bagaikan ‘anak-anak’ yang sedang belajar masak dari seorang mak.
Wanita berasal dari Taiping, Perak ini adalah ibu kepada empat cahaya mata, semuanya perempuan. Tiga darinya berusia 24, 23, dan 21 tahun, manakala yang bongsu puteri comel berusia 5 tahun. Segalanya bermula apabila suri rumah ini mulai memuat naik gelagat anak bongsunya makan sambal di akaun Instagramnya.
Akaun yang baru dibuka pada awal tahun lalu itu mencanak naik hingga lebih 100,000 followers setelah gelagat anaknya dimuatnaik. “Anak bongsu saya memang suka sangat makan sambal, tahan pedas walaupun baru berusia 4 tahun ketika itu. Saya memuatnaik dan menggunakan dub mash, dia tengah menyanyi, menari dan makan sambal. Tak sangka pula tiba-tiba jumlah view dan followers meningkat naik.
Bermula dari situ followers minta pula resipi sambal yang dimakan oleh anak iaitu sambal garing ikan bilis. Selepas tu minta pula video macam mana nak masak. Hinggalah kini ‘melarat’ ke resipi yang lain pula. Sekarang dah macam rutin, pula hari-hari bila saya memasak saya akan mengambil video.
Saya biasanya post selepas makan tengahari jam 2-3 petang. Instagram ni memberi pengalaman menarik buat saya, kerana ia menjadi medan bertukar pandangan dan mendapat ramai sahabat baru. Bagi saya ‘sharing is caring’, ramai anak muda yang baru nak belajar masak menjadi antara ‘followers’ dan kini termasuklah anak perempuan kedua yang bakal berkahwin tidak lama lagi,” ceritanya pada RASA sambil tergelak kecil.
Suri hati kepada Hashim Ramli, 50 tahun , ini mengakui sebenarnya dia lebih serius memasak setelah berkahwin ketika usianya 19 tahun. Selain ibunya sendiri, Leeza juga rajin bertanya dan belajar dari ibu mertua dan mereka yang lebih tua. Walaupun mereka sekeluarga ada juga makan di luar, tetapi sampai sahaja di rumah suami dan anak-anak tetap juga mahukan masakan dari air tangannya.
Ditanya apa perasaannya apabila dirinya diundang di program Rasa Instafamous, katanya dia merasa sangat seronok kerana masakannya dihargai oleh orang lain dan merasa bangga dapat berkongsi dengan lebih ramai lagi peminat masakan. Pengalaman bersama krew rancangan dan host Aunty Ani juga amat berharga buat dirinya.
Nah ini 3 resipi warisan dari ibu Leeza yang dikongsi, Tauhu Bergedil‘Cheese’, Ikan Tongkol Masak Asam dan Ubi Kayu Rebus Sira Gula Merah. Resipi Nombor 2 adalah lauk kegemaran suaminya yang pada mulanya tidak berapa gemar lauk ini tetapi kini jadi kesukaan bila diubahsuai ramuannya oleh Leeza dengan memasukkan cili hijau dan sos cili.
Jika anda inginkan lagi resipi-resipi lazat yang lain, teruskan menonton rancangan Rasa : Instafamous yang bersiaran setiap hari Isnin jam 12 tengahari hanya di saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara biasa lembutkan daging, orang selalu guna cara merebus lama atau potong kecil-kecil. Tapi cara ini tidak begitu berkesan kerana daging kurang empuk dan segaja jusnya hilang semasa direbus lama. Jadi lupakan cara lama ini, Sekarang tukar dan guna cara berikut beberapa cara boleh bantu anda mengempuk daging dan enak bila dimakan. Sekarang, baca tip melembutkan daging yang boleh korang cuba dan ia senang sangat:-
Garam Laut
Anda boleh taburkan garam laut pada keseluruhan permukaaan daging. Biarkan satu jam baru dihiris kerana garam membantu menghancurkan jaringan protein dalam daging, secara tidak langsng rasa lebih empuk.
Teh
Sediakan 1-2 cawan bancuhan teh yang pekat, setelah sejuk kemudian tuangkan dalam bekas daging dan rendam beberapa minit, baru bilas dan poton untuk sedia dimasak.
Jus Limau Nipis Atau Lemon
Jus ini boleh membantu otot dan serat daging lembut dan memberikan rasa. Atau boleh gunakan cuka makan atau apel. Setelah diperap seketika anda boleh bersihkan daging dan segera dimasak.
Sos Tomato
Lumurkan sos tomato pada dagingg yang telah dihiris dan perap seketika dengan cara ini kandungan asid dalam sos tomato membantu melembutkan daging. Sebab itulah dalam kebanyakan menu steak menggunakan sos tomato untuk perapan daging.
Halia
Enzim proteolitik semulajadi dalam halia mampu mengurai ikan protein dalam daging dan secara tidak langsung membantu mengempukkan daging. Anda hanya perlu perap daging dengan halia kisar sekurang-kurangnya lima minit sahaja sebelum sedia dimasak.
Kopi
Kopi juga menjadi bahan pelembut daging semulajadi sekalihgus menyedapkan rasanya. Anda hanya perlu panaskan satu gelas kopi panas yang pekat kemudian sejukan sebelum digunakan untuk merendam daging. Rendam selama semalaman, baru daging tersebut sedia dimasak.
Yogurt
Bahan ini tinggi kandungan asid dan kandungan kalsium, di mana dua kandungan ini boleh mengaktifkan anzim dalam daging yang boleh membantu melembutkan daging.
Nanas & Betik
Dua buah ini mengandungi enzim semulajadi yang mampu melarutkan protein dan jaringan ikatan pada daging. Untuk mengempukkan daging, parut atau lenyekkannya, kemudian gaulkan pada daging dan perapkan beberapa jam sebelum dimasak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada yang teringin nak makan nasi daging utara? Tak perlu lauk banyak, cukup dipadankan dengan air asam padu yang memang ummpphh, sedap!
Resipi daripada orang utara sendiri, Rozie Rahman memang senang dan cepat. Lain orang lain style, lain citarasa, tapi hasilnya akan lebih kurang je. Jom kita cuba!
1. Daging dibasuh dan direbus. Saya letak beberapa tangkai agar-agar tali nak bagi daging cepat lembut. Tambah halia dan pes rempah kurma. Rebus sehingga empuk.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan 4 sekawan dengan mentega. Kacau rata. Kemudian masukkan pes rempah kurma (yang ni saya dah kisar khas resepi warisan), tapi kalau tak ada macam ni, bancuh je pes rempah serbuk, kisar dengan bawang dan halia bagi pekat).
4. Beras dibasuh dan ditos. Kemudian, masukkan ke dalam periuk bersama daun pandan. Tuang semua tumisan (langkah 2) ke atas beras. Masukkan air rebusan daging serta beberapa ketul daging kalau ada banyak (tak letak daging pun ok je).
5. Biarkan masak separuh, kemudian buka periuk, tambah susu cair. Kalau nak masukkan kismis, campak je masuk waktu ni. Biarkan terus masak. Kalau mentah, mungkin sukatan tadi ada masalah atau nasi penuh periuk. Tapi jangan risau, boleh kukus sekejap, selesai.
BAHAN AIR ASAM PADU:
20 biji cili padi hijau – beli online di sini 5 biji cili besar – beli online di sini 3 inci belacan – beli online di sini *kisar semua bahan di atas 10 biji cili padi hijau | dihiris halus 5 biji cili besar merah | dihiris halus 2 biji bawang besar | dihiris halus 4 biji tomato (saiz sederhana besar) | dihiris halus 2 biji limau nipis – beli online di sini
1. Kisar cili padi, cili besar dan belacan guna air rebusan daging tapi jangan banyak sangat airnya. Bagi pekat. Jangan kisar halus sangat. Sedang-sedang saja. Dah siap, tuang dalam mangkuk. 2. Kemudian, masukkan cili padi, cili merah, bawang besar dan tomato ke dalam bahan kisar tadi. Tambah masuk limau nipis/ lemon berserta air asam jawa (jangan cair sangat).
3. Kalau ada limau kasturi, masukkan juga bagi meriah. Tak perlu picit. 4. Gaulkan semua. Masukkan air rebusan daging dan kerisik. Boleh terus masukkan hirisan daging, gaul sekali. Kalau suka ajinomoto, bubuh sikit. Siap.
Air Asam Kunyit ialah minuman tradisional berkhasiat yang membantu membuang angin, melancarkan darah dan memberi tenaga. Ikuti resipi mudah serta khasiat lengkapnya di sini.