Cili kering yang dikisar sendiri, antara bahan penting yang perlu ada di dapur.
Tapi apa yang lecehnya, bila nak kena buang biji cili kering. Namun dengan kaedah yang dikongsi Ziela Mazlan ini, sangat mudah dan menjimatkan masa.
CARA BUANG BIJI CILI KERING
LANGKAH 1:
Cili kering dimesin menggunakan chopper. Jangan basuh dulu cili kering tu, nanti basah-basah susah nak asingkan biji cili. Saya guna yang saiz 3L, jadi boleh mesin lebih sekali jalan je.
Ini kejadian selepas rebus (seperti dalam gambar), langsung tiada biji cili. Lepas rebus, bolehlah kisar macam biasa bersama dengan beberapa ulas bawang putih supaya cili kisar tahan lama.
Kelapa parut adalah isi kelapa yang diparut menjadi serabut-serabut putih. Ia parut amat sinonim dalam masakan dan kuih-muih Melayu. Kuih kaswi, lompang, apam cukup lazat disediakan bersama bersama kelapa parut.
Namun kelapa parut jikan dibiarkan terdedah lama di luar akan cepat basi. Tapi kalau ikut petua yang min kongsikan, InsyaAllah boleh tahan lama.
CARA PERTAMA :
1. Gumpalkan kelapa parut membentuk bola-bola berukuran sederhana.
2. Simpan di dalam bekas atau plastik yang telah diberi sedikit air
3. Tutup rapat bekas atau plastik dan simpan di dalam peti ais bahagian beku. Kelapa parut akan tahan 3 hingga 4 bulan
CARA KEDUA :
1. Masak air hingga mendidih
2. Taburkan garam pada parutan kelapa dan gaul sampai rata
3. Kukus kelapa parut selama 15 minit
4. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk.
5. Kukus semula untuk dapat perahan terbaik sebelum digunakan.
Sumber : Abgbrian.com & sinar.fm
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pernah tak tiba-tiba lauk kari anda terasa masin. Ini mesti gara-gara terlebih garam. Tapi jangan panik, kari itu masih boleh diselamatkan lagi. Bagi mereka yang baru belajar memasak, garam seeloknya ditaburkan dengan cubitan jari untuk mengelakkan terlebih rasa. Jangan membazir, kalau ikut petua yang mudah ini pasti kari anda kembali lazat. Ia mampu menyerap rasa masin yang berlebihan itu. Selamat mencuba!
1. MASUKKAN HIRISAN KENTANG MENTAH
Hiriskan beberapa kentang mentah dan masukkan ke dalam kari anda. Hirisan kentang itu akan menyerap dan boleh mengurangkan rasa masin daripada garam yang berlebihan itu. Biarkan kentang dalam 20 minit dalam kari. Oh, jangan lupa pula membasuh dan mengupas kentang itu terlebih dahulu.
2. BUAT DOH TEPUNG
Buat bebola doh tepung dalam 2- 3 biji bergantung banyak mana kuah kari anda dan masukkan ke dalam kari. Ia boleh menyerap garam berlebihan itu. Hah, jangan lupa keluarkan bebola itu sebelum kari dihidangkan.
3. TAMBAHKAN KRIM SEGAR
Tambahkan krim segar untuk meneutralkan kesan garam. Ia akan menyebabkan kari lebih berkrim dan mengurangkan rasa garam yang berlebihan itu.
4. KENTANG REBUS
Anda boleh juga menambahkan kentang rebus di dalam kuah kari dan biarkan ia di dalam kuah kari itu. Ia juga boleh mengurangkan rasa masin.
5. GUNA DADIH
Tambahkan satu sudu makan dadih di dalam kari dan masakkan sekali dalam kari itu. Ia memberikan rasa yang ringan dan enak serta mengurangkan rasa masin.
6. SUSU SEIMBANGKAN RASA
Menambahkan susu juga mampu memberi kesan yang sama kerana ia juga berupaya mengurangkan jumlah garam yang dimasukkan kerana ia boleh meneutralkan kemasihan dan mengimbangkan rasa keseluruhan kari.
7. HIRISAN BAWANG BESAR
Anda boleh menambahkan bawang besar mentah atau pun yang telah digoreng. Kiranya anda mahu menambahkan bawang mentah, belah dua bawang itu. Masukkan ke dalam kari dan anda boleh mengeluarkannya selepas beberapa minit, ia juga satu bahan yang boleh menyerap lebihan garam. Anda juga boleh menambah bawang besar yang digoreng yang boleh menambah perisa dan biarkan sahaja ia di dalam kari.
8. CUKA DAN GULA
Tambahkan satu sudu makan cuka bersama satu sudu makan gula, untuk menyeimbangkan rasanya. Rasa cuka yang masam dan gula yang manis, kedua dua bahan perasa itu akan membuarkan rasa kari lebih seimbang.
Jadi sekiranya anda terlebih tabur garam di dalam hidangan , jangan rasa kecewa, ingat petua genius ini sebelum anda ingin memasak semula.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila sebut mengenai tepung beras, kita membayangkan benda yang sama sahaja iaitu tepung untuk membuat kuih. Rupa-rupanya, tepung beras ni ada banyak jenis dan kegunaannya juga berbeza.
Menerusi posting di grup MAHN, saudari Wan Jamiah berkongsi tip memilih tepung beras yang sesuai.