
Buat yang menjaga diet, pasti memilih untuk makanan yang sihat dan mengenyangkan. Menu ikan salmon sering jadi pilihan kerana kandungan protein yang tinggi. Bukan hanya salmon digunakan malah bayam melengkapi diet anda sepanjang hari .
Garlic Butter Creamed Spinach Salmon
Bahan-bahan untuk Salmon
2 keping Salmon (pilih yang banyak lemak) – BELI DI SINI
Italian Herbs –BELI DI SINI
Garam Kosher – BELI DI SINI
Bahan-bahan untuk Sos
2 sudu makan butter –BELI DI SINI
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
250ml santan
200gm cheese parmesan –BELI DI SINI
Bayam (atau sayur pilihan)
Italian herbs
Sebiji jus lemon
2 tangkai oregano –BELI DI SINI
3 helai bay leaves –BELI DI SINI
Cara memasak:
1.Panaskan pan dengan sedikit mentega
2.Gaulkan salmon dengan italian herbs & garam
3.Pan fried Salmon dua-dua belah sehingga kulitnya garing dan ketepikan.
Sos:-
1.Panaskan pan dengan minyak dari salmon dan 2 sudu mentega.
2.Saute bawang besar & bawang putih yang telah dikisar tadi sehingga wangi
3.Masukkan santan, bayam, italian herbs , oregano, bay leaves & parmesan cheese. Gaulkan rata.
4.Masukkan garam secukup rasa & perahkan lemon.
5.Kacau. Tutup api & curahkan sos di atas salmon tadi.
6.Sedap dihidangkan dengan nasi mentega atau pasta pilihan.
SELAMAT MENCUBA!
Resipi ikhlas daripada Datin Shida Yusoff @missdessertparlour
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikan Bakar Tempoyak Pedas Buat Makan Nasi Bertambah-Tambah

Isi Kandungan
ToggleIkan bakar tempoyak pedas ini memang sedap. Kalau peminat tempoyak, kena cuba buat masakan ini. Gerenti puas hati. Boleh buat makan nasi bertambah-tambah.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Mazuin Mahmud ini.
Ikan Bakar Tempoyak Pedas
Bahan -Bahan:
2 ekor ikan Kembung (kalau dapat yang segar lagi manis isinya)
6 sudu besar tempoyak ( lagi banyok lagi sedap)
Cili padi / lada burung ( nak lagi pedas boleh tambah ) – boleh beli online di sini
Secubit garam – boleh beli online di sini
Sedikit Ajinomoto ( kalau tak suka, ganti dengan sedikit gula) – boleh beli online di sini
Limau nipis – boleh beli online di sini
Daun kunyit – racik halus-halus
Daun pisang – untuk balut
Cara Memasak Ikan Bakar Tempoyak Pedas:
Tumbuk cili padi hingga lumat. Setelah itu, masukkan tempoyak, garam, daun kunyit. Gaul sebati.
Sumbat pes dalam ikan yang telah siap dicuci dan dibersihkan Lagi banyak pes lagi sedap.
Balut ikan dalam daun pisang, rapikan. Bakar je dalam kuali atas dapur gas. Tutup dengan tudung periuk dan api slow je. Waktu sekitar 20 minit.
Kalau nak lagi sedap boleh sediakan awal-awal. Lumur pes pada ikan dan balut siap-siap. Kemudian letak dalam peti sejuk. Bila nak makan, keluarkan dan bakar.
Makan dengan nasi panas-panas. Selamat mencuba.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cara Mudah Buat Ikan Masin / Ikan Budu / Ikan Jeruk Secara Homemade
Anak Makan Tak Henti, Resipi Ikan Tongkol Masak Kicap Bercili Ni Memang Puas Hati
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Koleksi Resipi Aneka Lauk Pauk Pantang. Mudah & Sedap.

Tercari-cari resipi lauk pauk pantang? Ini menu-menu yang anda boleh cuba. Bagi wanita yang melahirkan anak, pasti akan melalui tempoh berpantang yang cukup mencabar. Bukan semua makanan boleh dimakan kerana dikhuatiri akan melambatkan proses penyembuhan selepas bersalin.
Mereka dilarang untuk mengambil makanan yang sejuk dan gatal. Sepanjang tempoh itu, para ibu mesti memakan makanan yang dapat memberikan mereka tenaga, berkhasiat dan membantu penyembuhan luka bersalin dengan lebih cepat.
Sebenarnya terdapat pelbagai hidangan yang boleh dimasak sebagai lauk pauk pantang. Ia bukan sahaja menyihatkan badan bahkan rasanya juga sedap. Tidaklah asyik makan ikan kering bakar dan lada hitam dan kunyit tumbuk sahaja. Yang penting, ramuan yang dimasukkan tentu sekali yang elok untuk diambil oleh para ibu berpantang seperti kunyit, lada hitam, ginseng, mengkudu dan sebagainya. Malah, lauk pauk pantang ini juga boleh dimakan oleh seisi keluarga lain. Boleh menjimatkan masa dan bajet bukan?
1. DAGING GORENG LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 300 gm daging batang pinang |hilis nipis
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 sudu teh lada hitam |tumbuk kasar
- 1 biji bawang besar |hiris
- ½ inci halia |hiris
- Minyak masak secukupnya
- Gula dan garam secukupnya
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Perap daging dengan ketumbar, garam dan gula. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang dan halia hingga terbit wangi.
- Masukkan pula daging yang diperap serta lada hitam yang ditumbuk kasar. Boleh ditambah sedikit air dan renehkan supaya daging lebih empuk.
- Angkat dan sedia dinikmati.
2. IKAN MERAH SINGGANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping ikan merah
- 2 ulas bawang putih |hiris halus
- 2 ulas bawang merah |hiris halus
- 1 batang serai |titik
- ½ inci halia |hiris
- ½ inci lengkuas |hiris halus
- 2 keping asam gelugur
- ½ sudu teh serbuk kunyit
- 2 cawan air
- Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Basuh ikan merah sebersihnya. Ketepikan.
- Didihkan dua cawan air di dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
- Masukkan juga serai yang telah dititik, halia dan lengkuas yang telah dihiris. Masukkan pula ikan dan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Biar mereneh seketika sehingga ikan masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
3. AYAM PANGGANG HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1/3 ekor ayam |bahagian paha
- 1 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- 3 inci halia
- Garam secukupnya
- Sedikit serbuk kunyit
- Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
Kemudian gaulkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekata. Lumur rata pada ayam dan perapkan sebentar. Ketepikan. - Alaskan daun pisang di dalam dulang pembakar dan bakar menggunakan pan atau ketuhar sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Sedia dinikmati.
4. SUP LOBAK PUTIH DAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang lobak putih
- 1 batang lobak merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 1 tangkai daun sup dan daun bawang.
- 1 sudu ikan bilis
- ½ sudu lada sulah
- Garam dan gula secukupnya
- 3 cawan air
CARA MEMASAK:
- Lobak putih dan merah dibuang kulit, dibelah dua dan dihiris ½ lebar. Ketepikan.
- Panaskan air di dalam periuk, setelah mendidih masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris, masukkan ikan bilis dan juga lobak merah dan putih. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga lobak empuk. Sekiranya perlu boleh ditambah air.
- Akhir sekali tambahkan lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
5. IKAN TALAPIA MERAH PANGGANG DAUN KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan tilapia merah |bersihkan
- ½ serbuk kunyit
- 3 helai daun kunyit
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kelar ikan dan lumur dengan kunyit dan garam dengan sekata.
- Kemudian balut ikan dengan daun kunyit. Sediakan kuali pembakar dan ikan dibakar sehingga masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
6. IKAN GELAMA MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan gelama
- 2 batang serai
- 2 keping asam gelugur
- 2 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- ½ inci halia
- 1 inci daun kunyit
- Gula dan garam
- 2 cawan air
CARA MEMASAK:
- Didihkan dua cawan air atau boleh lebihkan air jika perlu.
- Masukkan asam gelugur, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris. Masukkan juga daun kunyit dan halia serta serai yang telah dititik. Masak di atas api dan kacau perlahan.
- Setelah itu masukkan ikan, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Renehkan seketika.
- Angkat dan sedia dinikmati.
7. DAGING BAKAR LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging batang pinang |bersihkan dan potong nipis
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- ½ sudu teh kunyit
- Sedikit garam dan gula
- ½ sudu teh lada serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Perap daging dengan serbuk ketumbar, lada hitam, serbuk kunyit, garam dan gula. Lebih lama diperap lebih enak. Ketepikan.
- Setelah itu, bakar di atas pan sehingga garing. Angkat dan sedia dinikmati.
8. IKAN TENGGIRI GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping ikan tenggiri |bersihkan
- 3 inci halia |hiris halus
- 2 sudu teh kicap manis
- 1 biji bawang besar |hiris
- ½ cawan minyak masak
- Garam dan serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
- Ikan tenggiri dicuci, lumur garam dan kunyit. Kemudian digoreng hingga garing. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis halia dan bawang besar hingga terbit wangi. tambahkan kicap manis dan masukkan ikan. Gaul sekata.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
9. KERABU DAUN MENGKUDU
BAHAN-BAHAN:
- 200gm pucuk mengkudu muda
- 3 sudu teh kelapa parut
- ½ biji bawang besar |racik
- Garam dan Gula
- 1 sudu teh cuka
CARA MEMASAK:
- Pucuk mengkudu dicelur sebentar. Toskan airnya dan dihiris 1 inci panjang. Ketepikan.
- Bawang dihiris. Di dalam satu mangkuk, satukan pucuk mengkudu, bawang hiris, Kelapa parut dan cuka. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
- Sedia dihidangkan.
10. KERABU PEGAGA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 200gm pegaga
- 1 biji bawang besar |mayang
- 3 sudu makan kelapa parut
- 1 sudu teh cuka
- 3 sudu teh ikan bilis
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pegaga dibersihkan dan dipotong 1 inci panjang. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan.
- Bawang besar dimayang dan masukkan ke dalam satu mangkuk. Kemudian campurkan ikan bilis, cuka, pegaga dan kelapa parut. Gaul sebati. Tambahkan gula dan garam secukup rasa, gaul sebati sekali lagi.
- Sedia dinikmati.
11. AYAM KUKUS CUKA
BAHAN-BAHAN:
- 1/3 ekor ayam bahagian dada
- 2 sudu cuka
- 2 inci halia |dihiris
- 1 sudu lada hitam |tumbuk halus
- Garam dan gula secukupnya
- Daun pisang dan lidi untuk membungkus
CARA MEMASAK:
- Potong dada ayam kepada beberapa bahagian kecil. Gaulkan ayam dengan halia, garam, gula dan lada hitam serta cuka. Bungkus di dalam daun pisang dan kukus sehingga masak.
- Angkat dan sedia dinikmati.
12. HATI LEMBUT MASAK LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
- ½ kg hati lembu |bersihkan dan hiris nipis
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu ketumbar
- 2 sudu serbuk kurma
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 inci halia
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 4 keping daun limau purut
- 3 sudu lada hitam ditumbuk halus
- 4 sudu minyak masak
- 1 keping asam gelugur
- 1 batang serai
- Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Hati lembu dipotong nipis. Ketumbar, bawang putih, bawang merah dan halia dikisar halus. Serai pula dititik.
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar, masukkan juga rempah kurma,kulit kayu manis dan bunga lawang serta serbuk kunyit dan serai. Masukkan hati lembu dan gaul sekata.
- Tambahkan air, didihkan sehingga hati empuk. Kemudian masukkan asam gelugur dan lada hitam.
- Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.. Akhir sekali masukkan daun limau purut.
- Sedia dihidangkan.
13. IKAN HARUAN BAKAR SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping ikan haruan |bersihkan
- 1 inci halia
- 1 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk kunyit
- Daun pisang untuk membalut
BAHAN UNTUK SOS LADA HITAM:
- 1 sudu lada hitam |ditumbuk halus
- 1/3 cawan air
- ½ sudu tepung jagung
CARA MEMASAK:
- Halia, bawang putih dan bawang merah ditumbuk.
- Gaulkan ikan haruan dengan bahan tumbuk berserta garam dan serbuk kunyit.
- Balut dengan daun pisang dan bakar sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat sos lada hitam: Satu sudu lada hitam ditumbuk halus dan dicampurkan dengan 1/3 cawan air dan ½ sudu tepung jagung. Kacau di dalam kuali selama 10 minit hingga memekat. Angkat dan sedia dihidangkan bersama ikan haruan bakar.
Mak Mertua Mai Rumah Buatkan Ikan Rebus. Perap 3, 4 Hari Bertambah Sedap! Trylah…

Beli ikan rebus di kedai tidak sama dengan yang dibuat. Ikan rebus style Kelantan mesti direbus dengan asam keping dan garam yang banyak supaya cukup rasa masam dan masinnya. Ikan direbus dengan air agak-agak tenggelam ikan sehingga air hampir kering supaya tiada rasa hanyir.
Ikan ini sesuai diguna sebagai lauk nasi berlauk atau sebagai lauk goreng dimakan dengan pulut kelapa parut. Kalau direbus dan dibiarkan semalaman sebelum dimasak, lagi lah sedap.
RESIPI IKAN REBUS
BAHAN-BAHAN:
- Ikan selayang
- Asam keping
- Garam kasar
- Sedikit gula kabung
- Air
CARA MEMASAK:
- Masukkan asam keping, garam kasar dan sedikit gula kabung
- Air paras tenggelamkan ikan, rebuskan. Jangan kacau ikan itu.
- Bila air sudah menggelegak, tutup api. Tak perlu rebus terlalu lama. Hanya panaskan/perangatkan sahaja.
- Tidak perlu masuk dalam peti ais. Cumat perangatkan sahaja hari-hari.
- Jika air dalam periuk dah kering, tambah sikit air dan panaskan.
- Nak makan hanya goreng sahaja.
Kongsi resipi: Eyta Umairah