Enaknya jika dapat makan Sotong Stim Limau ala Thaiyang dikongsi oleh saudari Ayadieeya ni. Nampak sangat menyelerakan malah bahan-bahannya juga mudah sahaja. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Malah sosnya juga boleh digunakan untuk sajian Ikan Siakap Stim Limau. Wow… Padu ni. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
CARA MEMASAK: 1. Kukus sotong dalam 7 minit hingga isinya masak. Jangan letak air dalam bekas sotong masa mengukus. Bila masak, angkat. Air sotong boleh dibuang. 2. Untuk membuat sos, panaskan 1 cawan air kemudian masukkan kiub pati ayam dan gula. Kemudian tutup api dan biarkan suam. 3. Kemudian bolehlah masukkan cili, bawang, jus limau nipis dan hirisan daun ketumbar.
4. Sesuaikan rasa masam, masin dan manis mengikut citarasa masing-masing. 5. Akhir sekali, tuang sos ke atas sotong yang teah dikukus tadi. 6. Sotong Stim Limau Ala Thai siap dan sedia untuk dinikmati.
7. Sos ini juga sesuai untuk hidangan Siakap Stim Limau.
Orang kata Februari ni bulan kasih sayang. Jadi, apa kata esok kita buat sesuatu yang istimewa sikit untuk raikan insan yang
tersayang. Tak kiralah bersama emak ke, ayah ke ataupun pasangan. Kita buat shellout. Nak makan di luar boleh tahan
harganya. Jadi kali ni kita buat sendiri.
SHELLOUT BAJET HOMEMADE
Bahan kisar
2 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang cili padi
2 batang serai
Sedikit ikan bilis dan belacan
Bahan lain
5 sudu besar cili boh
daun limau purut
2 batang serai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Bahan-bahan
5 ekor sotong
2 ekor ketam nipah
15 ekor udang
Sayur brokoli
Jagung
Tomato
Lobak merah
5 sudu besar cili boh
daun limau purut
2 batang serai (diketuk)
Bahan Rebus
1. Jagung dan brokoli sahaja direbus. Sayur lain tak perlu rebus.
2. Rebus ketam, udang, sotong.
3. Ketam direbus asing. Air rebusan ketam akan diguna untuk kuah. Kalau campurkan semua sekali. Nanti nak buat kuah pati
tak sedap.
Cara membuat
1. Tumis Bahan Kisar. Kemudian masukkan cili boh.
2. Semasa menumis, masukkan daun limau purut dan juga serai.
3. Apabila sudah naik bau dan cili dah masak, boleh masukkan 5 senduk air rebusan ketam.
4. Masukkan sos tiram dan sos cili.
5. Masukkan gula dan garam.
6. Apabila sudah siap kuah, masukkan semua sayur dan seafood tadi. Gaul dan hidangkan. Siap.
Resipi ni sesuai untuk keluarga yang ramat ‘umatnya’. Bagi 3 kg kerang, wah banyak tu tapi bila dah mula makan tak perasan pun dah balun makan banyak mana. Kerang masak rendang memang sedap weii.
Cili kering campur cili padi memang meleleh air liur. Jom cuba resipi rendang pedas ni.
RENDANG KERANG PEDAS
.
BAHAN-BAHAN :
3kg kerang | gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi
.
Bahan kisar :
.
5 biji bawang merah ros
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2inci halia
1inci lengkuas
1inci kunyit hidup
5 batang serai | ambil bahagian dalam putih sahaja
10 biji cili api kampong
10tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar halus
Santan – 1 biji kelapa
3sudu makan kerisik
2 keping asam
3 helai daun kunyit – hiris halus
½ cawan minyak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
2. Masukan santan, biarkan merenih dengan api perlahan
3. Masukan kerisik dan asam keping – reneh sampai pekat
4. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan, perasakan garam dan gula.
5. Masukan daun kunyit yang dihiris halus dan rasakan dengan garam
Sotong ni sebenarnya macam-macam kita boleh masak. Salah satunya sotong kukus limau. Memang sedap sesangat. Bahan yang digunakan pun tak banyak. Asalkan ada lengkuah, serai dan bawang putih, dah cukup. Opsss. Daun ketumbar jangan lupa. Itu pelengkap aroma dan cita rasanya.
Bahan untuk sos tu yang banyak sikit. Bila ada sos, tu yang jadi tambah sedap tu. Nanti korang try buat tau. Memang syok.
SOTONG KUKUS LIMAU
.
BAHAN SOTONG KUKUS
1 atau 2 ekor sotong saiz besar
Lengkuas
Serai
Daun ketumbar (akar sekali)
Bawang putih
CARA MEMBUAT SOTONG KUKUS
1. Cuci sotong bersih-bersih.
2. Potong sotong macam dalam gambar. Jangan sampai putus. Kelar saja.
3. Susun sotong dalam bekas untuk kukus, letak lengkuas, serai (potong).
4. Letakkan akar ketumbar, sedikit bawang putih letak atas sotong.
5. Kukus sotong dengan api kuat. Sudah masak, buang air sotong.
BAHAN SOS
1 sudu besar gula
3 sudu besar air perahan limau nipis
2 1/2 sudu besar sos ikan
1 ulas bawang putih
Cabai melaka merah, hijau (dipotong)
Daun ketumbar
Daun pudina
CARA MEMBUAT SOS
1. Masuk gula, air perahan limau nipis, sos ikan, bawang putih dan cabai melaka. Kacau sehingga hancur.
2. Selepas sos siap, tuang sos atas sotong yang dikukus tadi. Tabur daun ketumbar dan daun pudina. Hias dengan limau nipis yang dihiris bulat. Siap untuk dimakan dengan nasi panas.
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka...