
Hidangkan makanan laut seperti sotong sumbat yang istimewa ini untuk keluarga tersayang di hujung minggu. Pasti menu kali ni lain dari yang biasa, sotong sumbat telur yang menarik dan sedap untuk dirasai bersama. Jom cuba.
SOTONG SUMBAT MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
- Sotong 4ekor – cabut kepala bersihkan bahagian dlm takut banyak pasir
- Bwg besar, bwg kecik, bwg putih, halia (blender semua) bahan2 nie ikut banyak mana korang nak masak sbb sy main agak2 je
- *4 biji telur, 1biji lada besar merah & hijau (hiris sederhana), 1batang daun bwg, 1biji tomato, ½biji bwg besar (potong dadu), 1ketul kiub ayam
- 5 sudu makan cili kering blender | guna cili boh pun boleh
- 3 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tiram
- Garam/perasa (ikut suka)
CARA MEMASAK:
– Bahan bertanda* campur semua ye.
– Gaulkan sampai jadi mcm nie dan kiub hancur.
– Panaskan minyak sikit masukkan bahan no.3 masak sampai jadi scramble eggs gitu
– Ketepikan biar sejuk
– Seterusnya panaskan minyak masukkan bahan2 no.2 yg dh di blender tadi. Masak sehingga naik bau ye. Jangan lupa masukkan garam/perasa.
– Kemudian masukkan bahan no.4 kacau sebati
– Tunggu sampai masak/pecah minyak
– Sementara tunggu cili masak sumbat scramble eggs tadi dalam sotong sumbat kasi padat jangan ade ruang nnt rugi
– Lepas tu letak kepala sotong cucuk dengan lidi kecik (lidi cungkil gigi yg belum guna la ) supaya telur tadi tu tak keluar.
– Cili dah masak/pecah minyak masukkan bahan no.5&6 kacau sampai sebati. Dah kacau rasa dulu mana tau ade kurang rasa ke blh la tambah gula, garam/perasa.
– Dan akhir sekali masukkan bahan no.1 jangan kerap kacau takut kepala sotong t’cabut nanti telur t’keluar dah tak jadi sumbatnya
– Bila dah yakin sotong tu masak boleh padamkan api.
– Siap.
Kredit resipi: Uya MasbahMasak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Soto & Laksa, Sajian Sarapan Gerenti Sedap Zaman Berzaman.

Sarapan pagi dengan soto dan laksa memang ‘terangkat’ Sajian kaya rempah dan berperisa ni memang ‘favorite’ zaman berzaman-zaman . Iya kan sajian warisan orang lama.
Bila dah makan sarapan barulah bersemangat nak kerja … jom semak empat resipi ni
1. SOTO AYAM BLC
Bahan bahan:
- 1 ekor ayam – potong 4
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 2 sudu makan serbuk lada putih
- Beberapa cengkih, bunga lawang dan buah pelaga ( 2-4 biji)
- 2 sm kayu manis
Bahan untuk menumis/dihiris:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2.5 sm halia
Bahan untuk menumis/dikisar :
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2.5 sm halia
- 1 sudu teh lada hitam
Bahan sambal cili kicap :
- Segenggam cili padi / ditumbuk
- 2 ulas bawang putih/ditumbuk
- Kicap lemak manis ikut suka
- 1 -2 biji limau kasturi ( perah airnya)
(Goreng dulu cili dan bawang putih dan ‘blend’ satukan semua bahan dengan kicap),
Cara memasak :
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2.Tumis bahan yg dihiris hingga naik bau.
3. Masukkan rempah penumis bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, dan kayu manis dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih serta lada putih. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga wangi.
Masukkan ayam dan gaul seketika.
4. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
5. Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
6. Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam.
7. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mee hoon yang dicelur.
8. Sebagai bahan tambahan kuah soto ini lebih enak dimakan dimakan bersama bergedil kentang, kacang tanah goreng, soo hoon goreng dan taugeh yang dicelur dan sambal cili kicap. Jangan lupa letakkan
ayam carik.
9. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis, didih dn reneh
Jenis masakan : Sarapan pagi atau sajian petang
Keistimewaan : Sajian yang amat mengenyangkan, nasi impit dan bahan tambahan menjadikan ia makanan kegemaran.
INFO CHEF : Sajian soto Johor ini adalah makanan popular masyarakat Jawa, Johor. Tidak lengkap jika tanpa sambal kicap versi Johor ini.
2. LAKSA JOHOR
Bahan-bahan :
- 400 gm satu paket spageti
- Garam secukup rasa
- Beberapa titik minyak zaitun atau minyak masak
Bahan A :
- 1 kg ikan kembung /direbus dan ambil isi
- 500 gm ikan parang/direbus dan ambil isi
- 500 gm udang basah/rebus dan ambil isi
- 3 keping ikan kurau masin
- 5 sudu makan udang kering/direbus bersama 3-4 ekor udang basah
Bahan B :
- 8 keping asam gelugor
- 3 biji kelapa parut -ambil santan pekat
- 1 sudu makan gula melaka
- 1 mangkuk air rebusan udang dan air rebusan ikan
Bahan dikisar halus :
- 20 tangkai cili kering
- 15 ulas bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 10 batang serai
- 4 sm halia
- 4 sm lengkuas
- 2 sm kunyit hidup
- 3 sm belacan
- 9 sudu makan biji ketumbar
- 3 sudu makan biji jintan putih
- 3 sudu makan jintan putih
- 2 biji buah keras
- 4 sudu makan kerisik
Bahan ulaman :
- Limau kasturi/dipotong untuk diperah
- Taugeh
- Daun kesum atau daun selasih
- Timun
- Sambal belacan
- Bawang besar /dipotong bulat
- Kacang panjang
- Lobak asin
Cara memasak :
1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan
2. Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan.Ketepikan.
3. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi.
4. Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata.
5. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut.
7. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat.
8. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi.
9. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan.
10. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan perahkan limau kasturi..
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Laksa dan spageti
Keistimewaan :Laksa Johor menggunakan spageti, pengaruh barat dalam sajian
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan ikan selayang (sardin) menggantikan ikan kembung. Selain ikan parang anda juga boleh menggunakan ikan tenggiri.
3. SAYUR TUMIS LAKSA BEBOLA SARDIN
BAHAN-BAHAN :
- 2 ekor sardin segar / asingkan isi dari tulang
- 1 biji bawang besar/dikisar
- 3 ulas bawang putih/ dikisar
- 1 sudu makan lada hitam/ditumbuk
- Minyak untuk menumis
- 1 ikat kangkung
- 1 lobak merah/ dipotong jejari
- 50 gm kubis bunga
- 350 gm bihun/ direndam dengan air biasa
- Air secukupnya
- 4-5keping keropok mentah
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Isi ikan yang telah diasingkan daripada tulang, dikisar lumat.
2. Bulatkan tanpa campur apa-apa bahan.
3. Tumiskan bahan -bahan yang dikisar dalam periuk dengan sedikit minyak sampai naik bau.
4. Masukkan air dalam 450 ml (dua mangkuk) ke dalam periuk.
5. Bila mendidih masukkan lobak merah, bebola sardin, bila bebola dah terapung (masak) masukkan sayur kangkung, kubis bunga dan bihun dan keropok mentah.
6. Siap untuk hidangan.
INFO CHEF : Sajian asal di Terengganu menggunakan mi lidi. Sayuran yang banyak dan ikan sardin menjadikan ia sajian berkhasiat
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Boleh dimakan begitu sahaja.
4. KARI LAKSA UDANG YABBY
BAHAN-BAHAN:
Bahan pes laksa (dikisar) :
- 300 gm cili kering /dibuang cili
- 150 gm halia /dihiris nipis
- 200 gm ulas bawang putih/ diketuk
- 180 gm bawang kecil
- 80 gm serai, dihiris halus
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 sm belacan /dibakar terlebih dahulu
- 1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 600 gm udang yabby
- 200 gm kek ikan/ sudah dimasak
- 1/4 cawan minyak masak
- 200 ml santan kelapa
- 1 liter air stok ayam
- 10 keping tofu (jika suka)
- 12 auns peha ayam/dibuang tulang dan kulit
- 400 gm mi laksa
- 2 sudu kecil gula melaka /atau gula perang/garam kosher
- 3 biji telur rebus /lembut
- Gula dan garam secukupnya
Bahan hiasan :
Taugeh, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)
CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes.
2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana.
3. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit.
4. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit.
5. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi.
6. Biarkan mendidih hingga 10 minit.
7. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya
8. Celur laksa dan taugeh dalam air panas.
9. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama taugeh, daun pudina , hirisan limau dan sambal (jika suka).
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Mi laksa, masakan Nyonya
Keistimewaan : Laksa lemak pedas dengan kemanisan udang Yabby
INFO CHEF : Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.
Resipi Mudah Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Biskut berasaskan emping jagung memang sedap dan mempunyai rasa enak yang tersendiri. Bagi anda yang sudah berkira-kira untuk membuat perniagaan biskut raya atau mungkin buat untuk kudapan keluarga sendiri, resipi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips perkongsian saudari Syuhada Che Din ni antara yang boleh dicuba.
CARA MEMBUAT BISKUT CORNFLAKES CRUNCHY CHOCOLATE CHIPS
BAHAN-BAHAN:
250gm buttercup atau planta (beli online disini)
1 cawan gula aising (beli online disini)
1 sudu teh esen vanilla (beli online disini)
3/4 cawan tepung jagung (beli online disini)
2 cawan tepung gandum (beli online disini)
Cornflakes secukupnya – anggaran 3 cawan, ramas sedikit (beli online disini)
Cip coklat secukupnya (beli online disini)
Chocolate rice – optional (beli online disini)
Badam cincang – optional (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1.Kacau sebati mentega, gula aising dan esen vanilla mengguna senduk sahaja. Jangan pukul sampai kembang.
2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tepung tidak perlu diayak. Kacau sebati. Tekstur adunan memang lembik.
3. Masukkan cornflakes, cip chocolate dan badam. Gaul sebati.
4. Sudukan adunan ke atas loyang yang sudah disapu mentega/ marjerin. Nak cubit-cubit doh guna jari atau golek doh dalam baki emping jagung pun boleh. Terpulang cita rasa masing-masing.
5. Jarakkan sedikit susunan kerana nanti doh biskut akan mengembang.
6. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 5-10 minit. Kemudian bolehlah bakar biskut pada suhu 160C selama 20 minit menggunakan api atas bawah atau mengikut ketuhar masing-masing.
7. Bila sudah masak, sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
INFO: Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips yang baru keluar dari ovenbiskut memang lembut. Ia akan beransur keras bila sejuk.
Kredit resipi & foto: Syuhada Che Din
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Wool Roll Bread. Roti Homemade Viral Yang Sangat Sedap & Lembut
Aneka Resipi Puding Homemade Yang Mudah & Sedap Dimakan Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Dua Resipi Salad dan Pasta Sihat Serta Mengenyangkan

Isi Kandungan
Toggle
Salad dan pasta adalah hidangan yang digemari oleh mereka yang suka makanan barat. Hidangan ini memang sangat sedap. Rasanya lemak berkrim. Bagi yang suka sayur, sangat sesuai makan salad. Ada juga pasta yang boleh dilengkapi dengan udang untuk menjadikan ianya lebih mewah. Sedap sangat.
SALAD PASTA
BAHAN-BAHAN
150 gram pasta spiral
100 gram jejari ketam
100 gram udang
Batang seleri
Kacang pis hijau
Lobak merah
Jagung
Lada benggala
Tomato ceri
1/2 biji lemon (perah jus)
1 cawan mayones
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak pasta sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Rebus jejari ketam dan udang. Ketepikan.
3. Campurkan semua sayur dan makanan laut.
4. Masukkan perahan lemon dan mayones.
5. Gaul sebati dan tabur sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah rasa.
6. Sedia untuk dinikmati.
PASTA BERKRIM DENGAN UDANG
BAHAN-BAHAN
200 gram pasta bowtie
10 ekor udang saiz sederhana
1 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih (diracik)
1/2 biji bawang besar
1/2 cawan krim keju
1/2 biji lemon (perah jusnya)
1 cawan kacang pis
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta dan toskan. Ketepikan.
2. Gaul udang bersama garam dan lada hitam.
3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar.
4. Masukkan udang. Masak selama 2 minit.
5. Masukkan krim keju, perahan lemon, 1/4 air rebusan pasta dan kacang pis.
6. Masukkan daun sup dan daun bawang.
CARA PENYEDIAAN
1. Sediakan pasta. Tuangkan kuah udang berkrim keju ke atasnya.
2. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Jom tengok video ni untuk tengok cara buat salad menggunakan anek buah-buahan.