Singgang Ayam memang sangat mudah disediakan. Ada bermacam-macam resipi Singgang yang ada. Selain ayam, da Singgang Daging, Singgang Tulang, Singgang Ikan dan Singgang Bendi. Cukup senang cara memasaknya dan penggunaan bahan-bahannya juga ringkas sahaja. Jom cuba resipi perkongsian saudari Long Marlina ni. Pasti puas hati.
RESIPI SINGGANG AYAM MUDAH & SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam (ambil bahagian bertulang lagi sedap)
1.Sediakan semua bahan dan campur semuanya dalam periuk.
2.Gaul rata dan masukkan sedikit air serta garam secukup rasa. Biar bahan mendidih selama 10-15 minit menggunakan api kecil.
3.Bila ayam sudah masak rata, tambahkan lagi air. Besarkan api dan masak sehingga kuah mendidih.
Ads
4. Setelah ayam empuk dan bahan-bahan naik bau, baru tambah lagi air dengan secukupnya.
5. Singgang Ayam siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Kenapa nak kena letak sedikit air terlebih dahulu?Ia bertujuan untuk bagi ayam rasa sebati dengan bahan-bahan lain. Kaedah sama juga bila masak Singgang Daging.
Di waktu hujung minggu, mesti ramai yang duk tercari-cari resipi yang istimewa untuk disajikan buat suami dan anak-anak. Salah satu idea yang boleh dicuba ialah menu ayam panggang. Ha…anak-anak memang suka ni. Sedap! Buat seekor, satu keluarga boleh makan dengan puas. Nak masak pun tak susah. Jom cuba!
1. AYAM PANGGANG KETUHAR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana
1 batang seleri |potong empat
1 sudu teh herba thyme
1 sudu teh rosemary
1 biji bawang besar |belah dua
Beberapa tangkai daun parsli
1 helai daun bay
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos Lea & Perrins
4 ulas bawang putih |tumbuk halus
1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos)
Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)
CARA MEMASAK:
Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam.
Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200 C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing.
Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay.
Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown saucedan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda.
Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut cit rasa masing-masing.
INFO CHEF: Selepas sos ditapis, masukkan sedikit mentega ke dalam sos agar lebih sedap dan sos nampak berkilat cantik.
2. AYAM BARBEQUE MADU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | saiz sederhana | bersih dan toskan
1 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
3cm halia muda | kisar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
3 sudu makan madu
1 sudu makan kicap pekat manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan bahan kisar dan semua rempah ratus, madu, kicap pekat manis dan garam pada keseluruhan bahagian ayam termasuk bahagian dalam.
Masukkan dalam bekas dan perapkan satu malam dan simpan dalam peti ais.
Kemudian bakar atau panggang dalam ketuhar setelah separuh masak sapukan lagi dengan bahan rempah barbeque agar ayam tidak terlalu kering.
Setelah masak boleh hidangkan dengan sos cili atau sos lada hitam.
INFO CHEF:Jika suka, keluarkan ayam dari ketuhar, masukkan tomato ceri dalam dulang pembakar bersama hirisan lemon untuk penambah rasa.
Sehari tidak menikmati lauk pauk pedas seakan tidak lengkap hari anda. Ibarat makan kena ada sambal barulah nikmat. Rasa kepedasan terpulang pada cita rasa masing-masing. Tapi kalau buat Balado Ayam memang kenalah pedas, baru ngam. Cukup dengan satu lauk ni jer boleh buat selera makan menjadi-jadi , resipi sangat-sangat mudah tak perlu banyak bahan.
Balado Ayam
Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam *Kisar kasar bahan-bahan ni (saya kisar basah jer, kisar kejap cukup setakat cili tu hancur) 1 biji bawang merah bombay 2 ulas bawang putih 15 tangkai cili merah 10 tangkai cili padi hijau 1/2 inci asam keping Garam & gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Perap ayam dengan kunyit+garam. 2.Kemudian goreng hingga garing. 3.Gunakan minyak yang sama, kurangkan sedikit,tumis bahan-bahan kisar ni,hingga terbit minyak,kalau kurang minyak, tambah lagi. Pastikan terbit minyak ok, 4.Masukkan garam,sedikit gula dan 1/2 inci asam keping. Asam keping jangan banyak nanti masam pula. 5.Kemudian masukkan ayam dan bawang yang dhiris. 6.Kacau hingga bawang layu, 7.Siap untuk dihidang.
*Kalau nak buat banyak, cili pun kena banyak juga ya,jangan risau tak pedas sangat pun, pedas lagi samyang tu
Masak ayam ala mamak nasi kandar ni ada banyak versinya. Yang ni versi empunya resipi Iza Abu Bakar. Katanya anak-anak dan suami cukup berselera menikmatinya.
Masaknya senang aje, moga menjadi inspirasi untuk mencubanya
Ok, jom semak resipi yang dikongsinya ini.
AYAM ALA MAMAK NASI KANDAR
BAHAN KISAR :
1 batang serai
1 biji tomato
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan manis
1 1/2 sudu cili kisar
BAHAN TUMIS :
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
BAHAN LAIN :
Ayam
Kicap lemak manis secukupnya
1 batang rosemary segar
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun ketumbar
Minyak masak secukupnya
CARA MASAK :
1. Ayam dibersihkan dan ditos. Kemudian lumur ayam dengan garam dan kunyit.
2. Goreng ayam separuh masak. Kemudian ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan korang tumis la buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
4. Kemudian masukkan bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau.
5. Masukkan kicap lemak manis secukupnya. Masak sehingga mendidih seketika.
6. Lepas tu masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Masak sehingga ayam empuk.
7. Setelah mendidih masukkan rosemary, garam dan gula. Seimbangkan rasanya.
8. Kalau kuah agak pekat, tambahkan sedikit je air tau.
9. Masukkan daun ketumbar. Tutup api. Yipppiiee dah siap. Boleh la dimakan bersama nasi panas panas.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.