Enaknya sajian Pajeri Terung perkongsian saudari Umi Watie ni. Lauk yang ringkas tapi cukup padu untuk buat tambah nasi berkali-kali. Padanannya senang sahaja. Cukup sekadar nasi panas dan juga gelama masam goreng. Untuk anak-anak, boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng. Pasti makan bertambah. Kuahnya yang pekat likat, memang enak menjilat jari. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Kisar bawang, udang kering dan cili kering. 2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.
3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk. 4. Masukkan gula melaka dan kerisik.
5.Bila semua bahan sudah sekata, masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam dengan secukupnya supaya seimbang rasa masin, lemak dan manisnya.
Ads
6. Pajeri Terung sedia untuk dinikmati. Enak dinikmati bersama telur dadar atau gelama masam.
Ayam masak kuah lada, mungkin ramai yang tak pernah dengar. Kalau belum, wajib cuba supaya tak menyesal. Resipi ini nampak asam pedas, tapi rasa dan cara memasaknya memang berbeza.
Rasanya sedap malah baunya pun menggoda. Gabungan lada hitam, belacan, daun limau dan rempah buat kuah jadi pekat beraroma. Sampai jiran sebelah pun boleh terbau! Cara memasaknya dikongsi oleh Syalfarina Razali
Resipi Ayam Masak Kuah Lada
Bahan-bahan
7 ketul ayam – cuci bersih
6 biji bawang merah kecil
1 sudu kecil lada hitam biji
1 inci belacan
5 ulas bawang putih
½ inci halia
½ sudu kecil halba
2-3 sudu besar cili kisar
½ sudu kecil serbuk kunyit
5 helai daun limau purut
½ sudu besar serbuk jintan manis
½ sudu besar serbuk jintan putih
Bendi secukupnya (boleh tambah kentang ikut selera)
Air asam jawa secukupnya
½ sudu kecil kerisik (jika ada kelapa bakar lagi umph)
Garam, gula & perasa secukup rasaMinyak untuk menumis
Sebenarnya ada cara senang nak buat piza. Jadi lepas ni sesiapa yang suka makan piza, boleh cuba buat sendiri tau. Tak perlu kelengkapan macam chef pun. RASA kongsikan cara buat piza dengan mudah. Tak perlu uli pun. Hanya tekan-tekan dengan tangan saja.
DOH PIZA TANPA ULI
BAHAN-BAHAN
500 gram bread flour (tepung gandum pun boleh).
350 – 370 gram air
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar gula
1 sudu besar yis
2 gram pelembut roti
BAHAN TOPPING
Sedikit keju mozarella
Peppercorn
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan. Masukkan dalam bekas bertutup yang dah disapu minyak. Tutup dan setiap 30 minit tarik dan lipat doh (stretch and fold). Buat 4 set. Tangan basahkan dengan air terlebih dahulu.
2. Sapu piza pan dengan mentega atau minyak masak. Tekan-tekan doh guna tangan sehingga memenuhi pan.
3. Cucuk bahagian tengah piza dengan garpu. Doh memang lembik (high hydration).
4. Sapukan sos piza dan tabur keju mozarella. Boleh tabur sikit pappercorns.
5. Perap setengah jam. Bakar suhu 180°C sehingga masak.
Buah strawberi yang merah ranum tu memang cukup sedap dimakan begitu sahaja. Keenakan jem strawberi sesuai sangat dimakan dengan roti atau pasteri yang lain.
Buahan yang kaya vitamin dan tinggi kandungan anti oksidannya juga memang gerenti sedap bila dibuat kek dan pasteri. Ni min kongsikan sajian pencuci mulut kek dan pasteri untuk dicuba.
1. STRAWBERRY TRIFLES
BAHAN KEK:
150gm tepung kek
150gm mentega
150gm gula kastor
3 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
BAHAN UNTUK MELAPIS TRIFLES:
3-4 biji strawberi | dipotong
300ml krim putar | pukul hingga kembang
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung kek dengan serbuk penaik dan ketepikan. 2. Pukul telur dan mentega hingga kembang kemudian masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati. 3. Tuang adunan di dalam loyang 10 x 10 inci dan bakar pada suhu 180˚C selama lebih kurang 20-25 minit hingga masak. 4. Sejukkan dahulu dan potong kek mengikut saiz bekas yang digunakan untuk menghidang. 5. Letakkan lapisan kek pada dasar bekas, susun strawberi dan picitkan krim putar yang sudah dipukul kembang tadi di bahagian atasnya. 6. Hiaskan dengan potongan strawberi. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. 7. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan sejuk.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 1 jam 20 minit Keistimewaan : Ada rasa lemak, manis dan masam yang seimbang Jenis masakan : Manisan Cara memasak : Bakar Anggaran kos: RM25
2. STRAWBERRY CHEESECAKES BAR
BAHAN-BAHAN: BAHAN LAPISAN BAWAH:
250gm mentega
100gm gula kastor
12 biji telur
1 sudu teh esen vanila
280gm tepung gandum serba guna
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
BAHAN LAPISAN KRIM KEJU:
225gm krim keju
90gm gula ising
3 biji telur
Jem strawberi secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan. 2. Sebatikan mentega dan gula kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul hingga sebati. 3. Masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati hingga menjadi doh. 4. Tekan di dalam loyang 10 x 10 hingga rata. Untuk mendapatkan bar yang lebih nipis boleh gunakan loyang 12 x 12. Ketepikan. 5. Untuk membuat krim keju; Pukul krim keju dengan gula ising hingga kembang. 6. Kemudian masukkan telur dan pukul sebati. 7. Tuangkan ke atas lapisan doh yang ditekan di dalam loyang tadi. 8. Ratakan dan picit jem strawberi ke atas adunan krim keju secara memanjang dan lorek jem untuk membentuk corak. 9. Bakar pada suhu 180 ˚ C selama 50-60 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum memotongnya menjadi kepingan bar.
Info chef: Boleh hias dengan hirisan strawberi jika suka.
Saiz hidangan: 4-5 orang Waktu memasak: 40 minit Keistimewaan : Rasa lemak dan ada sedikit masam strawberi Jenis masakan : Kek Cara memasak : Bakar Anggaran kos: RM25
3. STRAWBERRY SHORTCAKE COOKIES
BAHAN-BAHAN:
260gm buah strawberi | potong dadu
½ sudu teh jus lemon
75gm gula kastor
122gm tepung red rose
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh garam
36gm mentega
70gm Heavy cream
CARA MEMASAK: 1. Panaskan oven 180 ˚C. 2. Satukan buah strawberi, dan jus lemon biarkan seketika. 3. Dalam bekas berasingan, satukan tepung, serbuk penaik, garam dan gula. Masukkan mentega dan gaul sebati hingga menjadi seperti serbuk roti. 4. Kemudian masukkan heavy cream gaul hingga menjadi doh dan masukkan buah strawberi bersama lemon jus tadi. Adun sebati. 5. Sudukan di atas loyang. 6. Bakar lebih kurang 25-30 minit hingga perang. 7. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 1 jam Keistimewaan : Ada rasa masam dan lemak mentega Jenis masakan : Kudapan Cara memasak : Bakar Anggaran kos: RM25
4. STRAWBERRY & CHOCOLATE CREAM CHEESE NAPOLEON
BAHAN-BAHAN:
500gm doh puff pastry
1 biji telur
7-8 biji buah strawberi
BAHAN KRIM KEJU COKLAT:
50gm gula ising
20gm serbuk koko
225gm krim keju
½ sudu esen vanila
CARA MEMASAK: 1. Canai nipis doh puff pastri dan potong saiz petak kecil. 2. Bakar dengan suhu 200 ˚ C selama lebih kurang 25-20 minit hingga perang. Biarkan sejuk seketika. 3. Pukul gula ising dan krim keju hingga sebati, masukkan serbuk koko dan esen vanila. 4. Pukul lagi hingga kembang. 5. Potong buah strawberi. Picitkan sedikit krim keju coklat di atas satu kepingan puff pastri yang sudah dibakar tadi. Susunkan buah strawberi dan lapiskan dengan satu lagi kepingan puff pastri. Picit lagi krim keju coklat dan hias dengan sedikit hirisan strawberi. 6. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Boleh juga tabur dengan manik coklat jika suka di atas krim keju coklat.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak: 1 jam Keistimewaan : Pastri rangup bila dikunyah Jenis masakan : Manisan Cara memasak : Bakar Anggaran kos: RM25
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.
Cuba resipi Donat Gula Klasik yang lembut, gebu dan sedap hasil perkongsian Mizzmoon Moon. Cara mudah buat donat homemade yang tidak serap minyak dan sesuai untuk jualan!