Resipi kepak ayam mudah yang anda boleh hasilkan sendiri untuk anak-anak. Kombinasi rasa manis, masin & pedas, memang sedap dan kena dengan citarasa. Boleh pakat cuba!
KEPAK AYAM SWEET & SPICY
BAHAN-BAHAN
10 kepak ayam – siang dan bersihkan
10 ulas bawang putih – ditumbuk halus
2 inci halia – ditumbuk halus
serbuk kunyit
kicap manis
sos tiram
madu
sos cili pedas
serbuk sweet paprika@serbuk cili
serbuk lada hitam
garam
gula
serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Ads
1. Bersihkan kepak ayam. Boleh juga guna bahagian ayam yang lain mengikut citarasa anda.
2. Campurkan semua bahan secukup rasa.
Ads
3. Perap selama sejam atau lebih.
4. Panaskan minyak dalam kuali dengan sedikit minyak
Ads
5. Masukkan semua bahan dalam kuali. Gunakan api perlahan saja.
Ayam Masak Mamakperkongsian saudari Shafiqah Liyana ini antara resipi yang patut anda semua cuba. Enak dan cara memasaknya juga mudah. Ringkas sahaja bahan-bahan yang digunakan. Pasti suami dan anak-anak berselera menikmati juadah yang disediakan ini. Jom cuba!
SAJIAN AYAM MASAK MAMAK PALING SIMPLE & SEDAP
BAHAN-BAHAN: 3 keping dada ayam – potong kecil 3 biji bawang besar – potong kasar 3 ulas bawang putih – hiris 3 tangkai daun kari Cili kering secukupnya – beli online disini 1 inci halia – kalau suka Tepung goreng serbaguna secukupnya – beli online disini 3 sudu makan sos tiram – beli online disini 3 sudu makan sos cili – beli online disini 1 sudu teh serbuk kari – beli online disini 1 sudu teh pes asam jawa – beli online disini Sedikit air 1 sudu makan gula Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan dada ayam kemudian potong kecil. Lebih senang jika menggunakan ayam tanpa tulang. Ketepikan.
2. Potong bawang dan gunting cili kering jadi potongan kecil. Jumlah cili kering bergantung pada tahap kepedasan masing-masing.
3. Gaul isi ayam bersama tepung goreng serbaguna (langkah seakan membuat ayam goreng tepung). Jika tiada, boleh gantikan dengan campuran tepung gandum dan tepung jagung sahaja. Goreng ayam hingga garing. Angkat.
4. Seterusnya tumis bawang putih, bawang besar, daun kari dan cili kering hingga laju serta naik bau.
5. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, serbuk kari dan pes asam jawa.Tambah sedikit air untuk jadikannya berkuah. 6. Tambah gula dan sedikit garam supaya rasanya jadi manis-manis pedas. 7. Biar mendidih sekejap, rasa dulu kuah dan agak-agak sudah sedap di tekak, masukkan ayam tadi dan gaul rata.
8. Tutup api dan Ayam Masak Mamak sedia untuk dihidangkan.
Macam ayam masak kicap tapi sebenarnya bukan. Memang sedap walaupun cara memasaknya cukup simple. Kadang-kadang, lauk yang sedap ni tak perlu nak beria-ia sangat memasaknya. Cukup ringkas-ringkas je. Boleh cuba masak resipi yang RASA kongsikan ini ya.
AYAM KAM HEONG SIMPLE
BAHAN-BAHAN
Ayam 1/2 ekor
2 biji bawang besar atau bawang holland | potong dadu
3 ulas bawang putih ketuk je
3 tangkai daun kari
10 tangkai cili padi merah/hijau belah dua
2 sudu makan rempah kari ayam bancuhkan
2-3 sudu makan sos tiram
2-3 sudu makan sos cili
2-3 sudu makan kicap manis
CARA MEMBUAT
1. Goreng ayam dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan rempah kari masak hingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan sos tiram, sos tiram dan kicap. Perasakan dan masukkan ayam. Gaul sebati. Siap!
5. Sedap dengan nasi panas-panas. Sangat mudah, cepat dan sedapppp! Boleh juga tukar kepada udang, ketam atau sotong.
Kadang-kadang bila beli ayam, bahagian dada jarang dimasak kerana terlalu berisi. Oleh itu bagi nak elak dari membazir, ada menu sedap dan mudah yang boleh dihasilkan guna bahan ni. Sosej ayam homemade! Ya…kalau dah diolah menjadi sosej, pasti ramai yang suka. Anak-anak pun boleh makan tanpa risau kerana ia tidak mengandungi sebarang perasa tambahan dan ada sayurbagi meningkatkan khasiatnya. Nampak menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Naa Rohzurina ni. Memang terbaik!
RESIPI SOSEJ AYAM + SAYUR
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.
2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim ( boleh juga guna plastic tahan panas @ apa-apa jenis plastik yang boleh direbus). Ikat hujung kiri dan kanannya. Rebus dalam 10-15 minit.
3. Bila masak, keluarkan dari plastik dan boleh digoreng.
4. Sedia untuk dinikmati. Lebihan sosej boleh disimpan dalam bekas bersesuaian dan disejukbekukan.