Cara Masak Kari Daging Pekat Tanpa Santan Ala Kedai Mamak

Share

Menu Kari Daging Pekat perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni memang istimewa dan nampak sedap. Ada daging serta sayur-sayuran yang dimasak bersama. Malah ianya juga tidak menggunakan santan. Bagi anda yang suka makan kari macam di kedai mamak, boleh cuba resipi ni. Pasti berselera.

 

RESIPI KARI DAGING PEKAT TANPA SANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 300-400gm daging
  • 1 paket kecil serbuk kari daging – beli online DISINI
  • 3 sudu teh serbuk cili – beli online DISINI
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu makan rempah jintan dan biji ketumbar – ditumbuk
  • 2 biji bawang merah – hiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato – potong kecil
  • 2 biji ubi kentang – dadu kecil
  • 1 batang lobak merah – potong kecil
  • 3 tangkai cili kering – gunting
  • 4 tangkai cili hijau – hiris
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk
  • 2 hiris halia – tumbuk
  • Air asam jawa secukupnya
  • 1 mangkuk kecil air
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, bawang merah, cili kering, cili hijau dan daun kari.

2. Kemudian masukkan tomato dan masak sehingga tumisan menjadi lembap.

3. Masukkan air asam jawa. Boleh juga digantikan dengan yogurt.

4. Masukkan rempah kari daging, serbuk cili, serbuk kunyit dan rempah jintan serta biji ketumbar yang telah ditumbuk. Gaul rata.

5. Masukkan daging, lobak merah dan kentang. Gaul sebati dengan rempah.

6. Biarkan jus daging keluar pada suhu api paling kecil.

7. Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit.

8. Apabila jus daging telah keluar, masukkan semangkuk kecil air. Biarkan dan reneh kari guna api paling kecil.

9. Akhir sekali perasakan dengan garam. Sedia dihidang dengan nasi panas.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/sangat-sedap-30-menu-harian-masakan-kampung-kena-cuba/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN