Pernahkah anda cuba hidangan sup daging di restoran masakan Thai? Rasanya sangat berbeza dengan sup yang kita biasa masak yang biasanya banyak menggunakan sup bunjut dan rempah. Sup Daging Thai ni pula rasanya masak, pedas dan tidak bersepah dengan rempah. Memang sedap! Jom cuba resipi perkongsian saudari Rozita Daud ni.
SUP DAGING THAI
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg daging – hiris nipis
- 2 batang serai – dititik
- 5-6 biji cili api – lebihkan jika nak pedas
- 2 biji tomato – belah 4
- 1 biji bawang besar
- 4-5 ulas bawang putih – cincang
- 3cm halia – hiris
- 2 batang saderi – hiris
- 50gm cendawan
- 5 biji limau nipis – ambil jusnya
- Sedikit air
- Air rebusan daging secukupnya
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebus daging hingga empuk. Angkat dan toskan airnya. Air rebusan disimpan untuk dijadikan kuah.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga naik bau.
- Kemudian masukkan sedikit air, perahan jus limau limau nipis dan air rebusan daging. Jumlahnya bergantung kepada sebanyak mana anda nak kuah sup.
- Seterusnya masukkan serai, cili padi, batang saderi dan bawang. Masak lagi hingga lembut.
- Akhir sekali, masukkan daging. Biarkan mendidih.
- Masukkan hirisan tomato, cendawan, garam serta perasa dengan secukupnya. Kacau rata.
- Setelah mendidih dan rasa dah cukup, angkat dan hidangkan.
Kredit resipi & foto: Rozita Daud
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Bebola Ikan dan Bebola Daging Homemade, Sedap dan Berbaloi
Bebola ikan dan bebola daging adalah antara makanan sejuk beku yang kerap ada dalam peti sejuk di rumah. Alangkah bagusnya kalau kita buat sendiri dua makanan ini secara homemade. Mesti berbaloi.
BEBOLA IKAN HOMEMADE
Bebola Ikan.
BAHAN-BAHAN
300 gram isi ikan tenggiri
2 sudu teh tepung jagung
1/2 – 3/4 cawan air sejuk (dalam peti)
Garam secukup rasa
1/2 Sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMBUAT
1. Kikis isi ikan menggunakan sudu ceramik. Ambil isinya sahaja.
2. Kisar isi ikan sehingga lumat.
3. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Gaul sebati.
4. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan mendapat tekstur yang tidak likat sangat dan tidak lembik sangat. Lebih kurang macam adunan cekodok pisang.
5. Kemudian keluarkan adunan dan masukkan ke dalam besen kecil. Basahkan tangan dan ambil adunan sedikit demi sedikit. 6. 6. Adunkan doh ikan tadi dalam besen berulang kali sehingga anda rasa adunan menjadi kenyal, berkilat dan licin.
7. Semakin lama adunan dipukul, semakin kenyal tekstur bebola ikan anda.
8. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola seperti di dalam gambar.
9. Ambil bebola ikan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk yang telah dibancuh dengan 1 sudu garam. Rendam selama 15 minit.
10. Didihkan air dan masak bebola ikan sehingga terapung. Kemudian toskan airnya dan dimasak mengikut citarasa.
Nota: Bebola ikan ini enak dinikmati bersama sup sayur, yong taufu. Boleh juga dijadikan penambah rasa dalam sajian nasi atau mi goreng. Boleh disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.
Resipi daripada Telegram KakiMakan
BEBOLA DAGING MUDAH
Bebola Daging.
BAHAN-BAHAN
• 200 gram daging kisar
• 3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
• Serbuk lada hitam
• Perasa dan garam secukupnya
• 2 senduk tepung ubi atau tepung jagung
• 1 biji telur ayam
• Air jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan dalam bekas. Gaul sebati.
2. Kemudian bulatkan ikut saiz kesukaan masing-masing.
3. Masuk dalam peti beku ½ jam atau 1 jam.
4. Keluarkan dan rebus. Pastikan rebus sehingga bebola timbul ke atas.
5. Bebola daging siap.
Resipi Viral Muffin Egg. Cara Mudah, Sedap Dan Meriah Cheese!
Hidangan mudah dan ringkas untuk sajian pagi hingga ke petang, resipi Muffin Egg sangat menyelerakan. Untuk kamu yang gemarkan sajian ala barat boleh mencubanya, pasti anak-anak suka. Selamat mencuba.
RESIPI MUFFIN EGG
BAHAN-BAHAN A
- Daging cincang.. Ikutla banyak mana nak
- Bawang Holland sebiji
- Cili benggala
- Cendawan
- *Cincang semua bhn2 diatas
- minyak.
- mozarella
CARA MEMASAK:
- Ambik sedikit bahan-bahan cincang dan tumis semua bahan diatas kecuali mozarella cheese, yang sebahagian lagi nanti nak tabur atas muffin. Sebelum dicurah dengan campuran telur.
- Tumis sehingga separuh masak dan perisakan dengan garam sedikit. Ketepikan
BAHAN B
1.Telur 5 biji (kalau nak buat banyak boleh lebihkan telur.)
2. Baking powder sesudu teh
3. Mixed herb
4. Garam sikit
5 1 sudu besar minyak
*Kisar semua sampai gebus dan ketepikan
CARA MEMASAK:
1.Gliskan dulang pembakar dengan majerin.
2.Masukan inti daging yang telah ditumis tadi.
3.Taburkan lebihan bawang Holland, cili benggala atas muffin.
4.Tabur mozarella cheese. Nak leleh boleh letak lebih.
5.Curah telur
6. Bakar suhu 180darjah selama 20minit
7. Tunggu sejuk baru keluar kan….
Kongsi resipi: Suzi Yanti Md Hane MAHN
Chef Ini Bermurah Hati Kongsi Lima Resipi Untuk Marinate BBQ Yang Popular Di Restoran Miliknya.
Makan besar Hujung Minggu. Sesekali menjamu keluarga makan besar dengan hidangan BBQ tentunya menjadi ingatan yang sukar dilupakan oleh ahli keluarga. Sama-sama menyediakan hidangan, memangang dan diakhiri dengan menikmati hidangan sungguh menyelerakan. Terbukti makanan juga berjaya mengikat silaturahim kekeluargaan. Chef Roslan, Pemilik Ryndu Hot & Grill ni bermurah hati berkongsi resipi. Jika ingin mencuba air tangan Chef Roslan sendiri bolehlah berkunjung ke Restorannya di Wangsa Maju.
BBQ HONEY CHICKEN WINGS
BHAHAN-BAHAN:
- 8 ketul kepak ayam
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
- 3 sudu makan kicap manis
- 5 sudu makan sos lada hitam
- 3 sudu makan sos tiram
- 4 sudu makan madu
- 2 sudu makan jus lemon
- 1 sudu makan minyak jagung
- Garam secukup rasa
- Bijan putih untuk ditaburkan atas ayam
CARA MEMASAK:
- Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
- Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam.
- Bakar sehingga kepak ayam masak kekuningan .
INFO CHEF: Untuk perapan lebih baik simpan ayam yang telah diperap dalam peti sejuk.
BBQ LAMB RIBS
BAHAN-BAHAN:
- 6 keping tulang rusuk kambing | di cuci dan di toskan
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk
- 3cm halia | ditumbuk
- 4 sudu makan Lee Kum Kee Marinade Sauce
- 4 sudu makan sos tiram
- 4 sudu makan sos barbecue
- 3 sudu makan madu
- 1 biji ketang | belah 4 dan panggang
- 1/2 biji cili Bangala | panggang
- 1/2 biji bawang Holland | panggang
CARA MEMASAK:
- Gaulkan tulang rusuk bersama bahan tumbuk dan semua sos.
- Masukkan dalam bekas bertutup dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
- Kemudian panggang hingga masak. Hidangkan bersama sos yang sesuai berserta dengan salad.
INFO CHEF: Semasa memanggang tuangkan lebihan bahan perapan ke atas tulang rusuk yang dibakar.
GRILLED LEMON & YOGURT CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
- 8 keping bahagian paha ayam
- 1 cawan yogurt putih
- 4 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 3 cm halia | cincang
- 1 biji cili hijau
- 1/2 sudu teh kunyit
- 3/4 sudu teh serbuk cili
- 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
- 3/4 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili hijau.
- Campurkan bahan kisar dengan yogurt, serbuk kunyit, cili, ketumbar serta garam.
- Kemudian gaulkan dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
- Bakar hingga masak.
INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dihidangkan dengan sos Lada Hitam atau sos BBQ.
BBQ DRUMSTIK
BAHAN-BAHAN:
- ketul paha ayam
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
- 3 sudu makan kicap manis
- 5 sudu makan sos lada hitam
- 3 sudu makan sos tiram
- 4 sudu makan sos BBQ
- 2 sudu makan jus lemon
CARA MEMASAK :
- Bersihkan paha ayam dan toskan.
- Gaul semua bahan bersama paha ayam.
- Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk.
- Bakar sehingga masak atau kekuningan.
- Hidangkan bersama salad, lobak merah, cili Bangala pangang dan sos cili.
INFO CHEF: Jika ingin segera dipanggang atau bakar, boleh kelar-kelar paha ayam supaya bahan perapan cepat sebati dengan daging.
SAVOURY MARINATED STEAK
BAHAN-BAHAN PERAP :
- 180gm Striploin beef
- 1 sudu makan herba campur
- ½ sudu makan paprika
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- Perapkan selama lima minit
BAHAN SOS SAVOURY
- 3 sudu makan sos BBQ
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- *campur kedua-dua bahan, kacau hingga sebati
CARA MEMASAK :
- Gaulkan kepingan daging dengan bahan perapan. Perap selama lima minit.
- Kemudian, panggang daging lebih kurang 15 minit untuk kedua-dua belah daging.
- Setelah masak, hidangkan dengan sos dan hiaskan dengan kentang panggang, cili Bangala panggang, hirisan lemon dan salad segar.
INFO CHEF:Jika suka boleh juga ditambahkan dengan jagung rebus dankentang putar. Ikut selera anda.