Lauk singgang sememangnya sinonim dengan orang-orang Pantai Timur. Jika anda biasa makan Ikan Singgang kuah putih, apa kata kali ni cuba Singgang Ikan Tenggiricara Terengganu pula. Kuahnya berwarna kuning kerana menggunakan kunyit hidup. Padu boh…Resipi ini adalah perkongsian dari saudaran Wan LuQman yang diambil dari ibunya sendiri. Bila dah resipi mak-mak ni, memang padu rasanya. Dapat pula makan bersama dengan budu, ulam-ulaman dan ikan goreng. Memang tak ingat dunia la jawabnya. Jom cuba!
CARA MASAK SINGGANG IKAN TENGGIRI TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
Ikan Tenggiri
2 biji kunyit hidup (besar ibu jari boleh tumbuk kasar)
3 hiris lengkuas (boleh tumbuk kasar)
12 batang cili padi
Sedikit biji ketumbar
3 ulas bawang Putih
3 keping asam keping
Garam
CARA MEMASAK:
Ads
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan isi air sampai bahan tenggelam.
2. Tutup periuk, biarkan mendidih dan biarkan hingga masak.
Ads
3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih. Lagi bertambah sedap jika dimakan dengan tempoyak budu, ulam-ulaman dan telur dadar sebagai pelengkap hidangan.
Ads
INFO: Boleh tukar dengan ikan yang lain seperti ikan kembung, tongkol dan sebagainya.
Teringin nak makan ikan bawal masak masam manis tapi malas nak keluar untuk ke restoran? Haa boleh buat sendiri dengan menggunakan resepi yang disediakan ini. Yang pasti mudah & sedap! Selamat mencuba!
Resepi Bawal Masam Manis
Bahan A
2 ekor ikan bawal
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukupnya rasa
Minyak untuk menggoreng
Tumbuk / Kisar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Bahan Sos
3 sudu besar sos cili
5 sudu besar sis tomato
1 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato (belah 8)
1 chili merah / hijau (potong pendek)
1/4 cawan sayur campur (mix vegetables)
1 labu bawang holland / bawang besar (hiris bulat)
Cara Penyediaan 1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 2. Tinggalkan sedikit minyak bekas menggoreng ikan tadi. Tumis bahan yang ditumbuk atau kisar tadi. Tumis hingga wangi. 3. Masukkan sis cili, sis tomato, dan sis tiram. Gaul. 4. Masukkan sedikit air. Kacau lagi. 5. Masukkan gula dan garam secukupnya. Kacau. Rasa. 6. Masukkan tomato dan cili. 7. Masukkan mix vege. Kacau. 8. Masukkan bawang. Apabila bawang layu, tutup api. 9. Tuang bahan sos ke atas ikan. Tabur daun sup. Siap!
Terasa nak makan kariikan tapi tercari-cari resipi yang paling mudah? Ha..Ini dia resipi yang anda perlukan. Sangat simple dan tak renyah. Malah bahan-bahan yang digunakan pun senang nak sediakan. Nampak sedap! Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni.
RESIPI KARI IKAN SARDIN PALING SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan sardin/selayang – boleh juga guna ikan tongkol, senangin
1 biji kelapa parut – kisar dengan 4 cawan air & ambil santannya
Bendi secukupnya
Tomato secukupnya
2 senduk minyak untuk menumis
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar – hiris nipis
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1 inci halia – hiris nipis
1 sudu teh halba campur – boleh abaikan
BAHAN PES (SATUKAN & JADIKAN PES):
2 paket kecil rempah kari
1 paket kecil serbuk cili
1 ½ keping asam gelugur
3 tangkai daun kari
1 sudu makan garam
1/2 sudu teh gula
Sedikit perasa
1 ½ cawan air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Masak hingga wangi.
2. Kemudian masukkan daun kari serta pes.
3. Masak pes tadi sehingga betul-betul masak, pecah minyak dan rempah bertukar warna.
4. Seterusnya masukkan santan. Kacau dan biarkan mendidih.
5. Bila kuah dah mendidih dalam 2-3 minit, masukkan ikan, hirisan tomato serta bendi.
6. Setelah kari mendidih sekali lagi, masukkan garam, gula dan perasa ikut citarasa.
Masak Lemak dan Asam Pedas memang antara hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Lauk ringkas dan biasa-biasa je tapi rasa dia memang luar biasa. Terasa nak masak menu ni hari ni? Jom cuba resipi yang admin kongsikan ni.
1. MASAK LEMAK IKAN MASIN KURAU DENGAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
500gm tulang ikan masin kurau | rendam
1/4 biji nanas | kupas dan hiris nipis
300 ml santan
1 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | carik dan simpul
600ml air
Perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
3cm kunyit hidup
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Rebus nanas dengan air hingga mendidih. Angkat dan toskan.
Bersihkan tulang ikan masin yang telah direndam, masukkan dalam periuk.
Seterusnya masukkan bahan kisar, daun kunyit, asam gelugor dan serai titik.
Tambahkan santan dan didik atas api sederhana. (Sentiasa kacau untuk elak santan pecah).
Setelah mendidih masukkan nanas yang telah direbus tadi.
Kecilkan api dan perasakan dengan serbuk perasa. Jika kurang masin tambahkan sedikit garam .
Setelah masak, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Tulang ikan masin boleh juga digoreng dahulu.
2. ASAM PEDAS IKAN PARI
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan pari | cuci bersih dan tos
1 biji terung bulat | belah empat
1 kuntum bunga kantan | belah empat
3 tangkai daun kesum | asingkan dari tangkai
150gm pes cili kering
1 sudu makan serbuk lada hitam
500ml air
Air asam Jawa secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan serbuk lada hitam, daun kesum, bunga kantan.
Diikuti pula dengan memasukkan air asam Jawa, air .
Apabila mendidih masukkan ikan pari.
Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
Kecilkan api dan masukkan terung.
Biarkan kuah mereneh hingga sedikit pekat dan pecah minyak.
Tutup api dan asam pedas sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ada sesetengah orang memasukkan kerisik di dalam masakan asam pedas.
Nak tahu ayam segar atau tidak? Rahsianya ada pada warna buntut ayam! Ketahui cara mudah bezakan ayam segar, ayam tak halal, dan ayam bangkai sebelum beli di pasar.