
Solok lada kelihatan renyah untuk dibuat namun ia tidak sesukar yang disangka. Malah ada pelbagai versi solok lada yang boleh dicuba. Hidangan ini adalah salah satu dari menu popular di Kelantan dan biasa dilihat di gerai-gerai menjaul makanna dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Nak cuba menu ni untuk buka puasa nanti? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
SOLOK LADA
BAHAN-BAHAN:
- 20 biji cili/lada hijau
- 7 ekor ikan selayang/sardin
- 1 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 biji bawang merah besar
- 1 biji telur
- 1 sudu besar kelapa goreng( optional )
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar gula
- 5 sudu besar santan pekat
- RM2 kelapa putih
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan terlebih dahulu. Setelah masak, toskan dan biar sejuk. Ambil isi sahaja. Tumbuk isi iakn tadi hingga lumat. Ketepikan.



2. Kemudian, belah tengah cili dan buang biji. Basuh bersih dan toskan.



3. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sampai hancur. Masukkan dalam bekas lain.


4. Seterusnya tumbuk kelapa sedikit hancur dan tumbuk isi ikan tadi. Campurkan semua bahan termasuk garam dan gula ke dalam bekas dan boleh gaul sebati.


5. Rasa isi solok sebelum disumbat ke dalam cili. Biar ada manis sedikit baru sedap. Jangan masin tau. Isi inti solok ke dalam cili penuh-penuh.

6. Solok boleh dimasak menggunakan dua cara iaitu secara kukus atau rebus. Jika mahu kukus, susun solok di dalam bekas kukusan dan jika mahu rebus, susun di dalam periuk. Anggaran masa memasak ialah 10-15 minit ( kukus) dan 5-10 minit ( rebus).


7. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto : Noor Syazwanie Aziz
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
3 Menu Masakan Cina Ala Hotel Lima Bintang Ni, Korang Boleh Buat Sendiri.

Sebut je masakan Cina satu dunia mengakui keenakannya, termasuk masyarakat Malaysia. Masakan Cina ini bukan hanya sedap, ia juga terkenal sebagai makanan yang disajikan dengan cara lebih sihat. Kalau selama ini kita terpaksa makan di restoran untuk menikmatinya, apa kata kali ini anda cuba masak sendiri di rumah.

ISI IKAN KOD GORENG BERSAMA CILI KERING & BIJI GAJUS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm isi ikan kod | hiris besar
- 3-4 tangkai cili kering | hiris
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1/2 cawan biji gajus | goreng sangai
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1/2 sudu makan cuka
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh gula
- 2 sudu makan tepung jagung
- Minyak masak secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Isi ikan kod dibalut dengan tepung jagung. Goreng secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat, tos dan ketepikan.
- Tinggalkan minyak kira-kira satu sudu makan di dalam kuali. Masukkan bawang besar, tumis menggunakan api yang besar hingga terbit bau wangi. Masukkan hirisan cili kering dan teruskan menggoreng kira-kira 30 saat lagi.
- Masukkan isi ikan kod tadi diikuti sos tiram, kicap soya, serbuk ayam, kicap soya pekat, cuka hitam (black vinegar) dan air. Kacau sekata. Goreng untuk 30 saat lagi dan masukkan sedikit gula. Kacau sekata.
- Masukkan kacang cashew dan goreng lagi untuk 10 saat. Tutup api dan angkat.
- Sedia dinikmati.

CENDAWAN SHIMEJI GORENG RANGUP BERSAMA KUNING TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 50gm cendawa shimeiji | bersihkan dan asingkan setiap batang
- 4 biji kuning telur masin| hancurkan
- 2 sudu makan serbuk keju parmesan
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh gula
- 4 sudu makan marjerin
- 1 cawan tepung gandum
- Air secukupnya
- 2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ia sebati. Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan boleh melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
- Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi.
- Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai.
- Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
- Masukkan satu persatu cendawan yang telah digoreng ke dalam adunan tersebut dan goreng.
- Hidangkan ketika panas.

DAGING SZECHUAN
BAHAN-BAHAN:
- 600gm daging lembu | hiris, bersih dan tos
- 50gm cili benggala hijau | potong dadu
- 50gm cili benggala merah | potong dadu
- 50gm cili benggala kuning | potong dadu
- 50gm lobak merah | hiris nipis dan bentuk bunga
- 6 tangkai cili kering | potong
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk patai ayam
- 4 sudu makan air
- 4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
- Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
- Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
- Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Chef Patrick Ng, Kongsi 5 Resipi Masakan Cina Ala Hotel 5 Bintang, Korang Wajib Cuba Ni !

Masakan Cina mempunyai gaya masakan yang tersendiri, ia sememangnya sedap dan mengekalkan kesegaran bahan yang digunakan dalam masakan. Dihidangkan pula panas-panas dari dapur. Kepada anda penggemar masakan Cina, berikut RASA bawakan Chef Patrick Ng, Head Chinese Chef, Restoran Cina Tung Yuen, Grand Bluewave Hotel Shah Alam yang berbesar hati untuk berkongsi lima menu istimewa masakan Cina yang sedap untuk anda cuba sendiri di rumah.

AYAM GORENG BERSAMA KIUB JERUK HALIA DAN SOS MADU
BAHAN-BAHAN
- 1/2 ekor ayam | bersihkan, potong kecil
- Air secukupnya | untuk rebus
- Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK KIUB JERUK HALIA MADU:
- 200gm halia muda
- 75gm cuka putih
- 100gm gula
- 30gm madu
BAHAN UNTUK PERAP:
- 1 biji telur
- 50gm tepung jagung
- Sedikit serbuk ayam
- Sedikit sos tiram
- Sedikit garam
CARA-MEMASAK
- Untuk membuat kiub jeruk halia madu; potong halia menjadi kiub kecil. Jerang air dan bila panas, masukkan halia dan rebus seketika. Angkat dan tapis. Ketepikan.
- Masak gula bersama cuka sehingga mendidih dan masukkan madu.
- Masukkan pula potongan halia tadi dan masak seketika. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama dua hari. Keluarkan ketika hendak masak.
- Untuk memasak hidangan ini; ayam dipotong kecil dan perap dengan serbuk ayam, sos tiram, telur, tepung jagung dan sedikit garam. Gaul sebati. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sepenuhnya. Angkat, tos dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, panaskan dan masukkan kiub jeruk halia madu, goreng seketika dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata.
- Angkat dan sedia dinikmati.

DAGING RUSA GORENG HALIA DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
- 600gm daging rusa
- 150gm daun bawang | hiris
- 50gm hirisan halia
- 30gm bawang putih | cincang
- Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAP:
- 1 biji telur | ambil bahagian putih sahaja
- Sedikit serbuk ayam
- Sedikit sos tiram
- Sedikit garam
BAHAN B
- 20gm serbuk ayam
- 10gm kicap
- 10gm sos tiram
- 5gm gula
- 10gm kicap pekat
CARA MEMASAK:
- Hiris daging rusa, bersihkan. Kemudian satukan bersama putih telur, serbuk ayam, sos tiram dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Perap seketika. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng hirisan halia hingga terbit harum. Masukkan bawang putih dan kacau sebati.
- Masukkan hirisan daging rusa bersama bahan B. Gaul sebati selama seminit. Masukkan daun bawang.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.

UDANG HARIMAU GORENG BERSAMA KUNING TELUR DAN PLANTA
BAHAN-BAHAN:
- 600gm udang | bersihkan
- 5gm daun kari
- 2 biji cili padi | cincang
- 2 biji kuning telur masin
- 150gm planta
- 10gm serbuk ayam
- 5gm gula
- 50gm susu cair
- Minyak masak secukupnya
- Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kukus telur masin selama 15 minit. Sejukkan. Kemudian ambil kuningnya sahaja dan cincang.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang harimau sehingga masak. Ketepikan.
- Panaskan planta dan masukkan kuning telur masin yang dicincang. Diikuti cincangan cili padi dan goreng sekata.
- Masukkan udang harimau yang siap digoreng dan kacau bersama susu cair selama seminit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.

IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW
BAHAN-BAHAN
- 1kg ekor ikan kerapu | bersihkan
- Air secukupnya
BAHAN SOS TEOH CHEW:
- 100gm sayuran masin | hiris
- 1 biji tomato | belah enam
- 30gm cendawan hitam | cincang
- 2 biji cili padi | hiris
- 5gm halia | hiris
- 1 biji jeruk plum
- 500gm sup ayam
- 60gm serbuk ayam
- 20gm garam
- 10gm gula
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan.
- Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
- Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
- Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi.
- Sedia dinikmati.

HONG KONG CHOY SAM GORENG BERSAMA AYAM KISAR DAN CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
- 700gm Hong Kong Cyoh Sam
- 200gm isi ayam | kisar
- 50gm cendawan | hiris
- 50gm bawang putih | cincang
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh kicap manis
- Sedikit serbuk ayam
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng Hong Kong Choy Sam bersama separuh daripada bawang putih hingga terbit bau harum.
- Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
- Tumis baki bawang putih dan masukkan ayam dan cendawan. Tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan serbuk ayam. Gaul sekata sehingga masak.
- Tuang sos di atas sayur tadi. Sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Danmuji Ala Korea Yang Rangup & Sedap

Buat peminat K drama, tentu tidak asing dengan makanan yang satu ini. Danmuji atau acar lobak Korea, yang tidak kurang popularnya dibandingkan kimchi. Danmuji disajikan sebagai sajian pelengkap hidangan Korea, seperti ramen atau jjajangmyeon. Danmuji juga boleh dijadikan inti kimbap, iaitu nasi gulung Korea. Rasanya manis dan masam . Bahan asasnya tetap sama iaitu lobak, air, gula, garam dan cuka. Untuk warna kuningnya, ada yang menggunakan kunyit serbuk atau kunyit segar. Buat yang teringin bolehlah buat.

DANMUJI /RADISH PICKLED
BAHAN-BAHAN :
White raddish (yang gemuk dan panjang)
1/2 sudu kecik serbuk kunyit
Air ( agak-agak untuk nak jerukkan raddish tu nanti)
1 sudu kecil cuka ( tak letak pun takpa)
1 cawan gula
1 sudu besar garam
2 helai bay leaves
20 biji black pepper
Serbuk kunyit
CARA MEMBUAT :

1. Kopek kulit white raddish dan hiris. Jangan nipis sangat. Tebal sikit baru ada rasa crunchy.
2. Panaskan cuka, air, gula, serbuk kunyit, black pepper dan bay leaves sehingga mendidih. Kemudian matikan api.

3. Masukkan white raddish yang sudah dipotong dan biarkan sejuk dalam suhu bilik.

4. Selepas sejuk, pindahkan ke dalam bekas tertutup dan biarkan semalaman di dalam peti sejuk sebelum dimakan.

Kredit: Rozel Linda
Nak Buat Mi Goreng Basah Paling Sedap? Macam Ni Rupanya Cara Masak Betul
Petua Jimatkan Minyak & Tak Payah Tukar Baru Untuk Menggoreng
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

