Sedapnya PetaiJeruk. Tidak dinafikan ulam kampung ni memang menjadi kegemaran ramai dan menambah selera makan. Kalau beli, harganya boleh tahan mahal. Jadi sempena musim petai ni apa kata anda cuba hasilkan sendiri Jeruk Petai untuk stok di rumah. Mudah je kalau ikut resipi perkongsian saudari ZiLa KJ ni. Pasti puas hati.
RESIPI PETAI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Petai
Air masak
Garam kasar secukupnya
5-6 biji cili padi merah
CARA MEMASAK: 1. Basuh petai hingga bersih.
2. Didihkan air dalam periuk. Kemudian rebus petai tadi.
3. Bila warna kulit petai bertukar warna seperti dalam gambar, angkat dan toskan airnya.
4. Setelah petai sedikit suam, keluarkan isi dari kulit. Isi petai dimasukkan dalam bekas berisi air biasa.
Ads
5. Bila siap dikupas, basuh petai tadi bagi membuang lendir dan sisa kulit yang masih melekat. Tos guna penapis. 6. Biarkan petai dalam penapis semalaman. Ia bertujuan memastikan air rebusan betul-betul kering. Nanti bila dijeruk, petai masih rasa rangup. 7. Masukkan petai ke dalam balang bersih. Kemudian isi air masak hingga melebihi paras petai. 8. Letak garam kasar secukupnya di bahagian permukaan atas. Tak perlu gaul atau goncang kerana garam akan larut perlahan-lahan. Masukkan juga cili padi untuk rasa pedas (jika suka). Tutup bekas dan biarkan selama 3 hari. 9. Cukup tempoh 3 hari, ambil sebiji petai dan rasa. Jika tidak masin, tambah sedikit lagi garam. 10. Selepas seminggu, petai jeruk sedia untuk dinikmati.
Nak goreng bendi kena tahu cara yang betul. Jika tidak sayur ini akan berlendir. Ini menyebabkan bendi jadi lembik dan kurang rangup. Tak syok makan.
Untuk elakkan sayur bendi yang digoreng ini jadi sedemikian boleh ikut tip yang dikongsi oleh Mohd Rozmie.
2. Toskan bendi dan biarkan kering. Kalau nak cepat, boleh keringkan dengan tisu dapur. Jangan dipotong lagi bendi tersebut.
3. Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.
4. Waktu masukkan bendi dalam kuali baru dipotong. Kalau potong awal bendi akan lebih berlendir
5. Selepas masukkan bendi dalam kuali, besarkan api, goreng dalam keadaan api sedikit besar.
6. Jangan dimasukkan air dalam bendi yang digoreng, sebab bendi itu sendiri akan berlendir. Kalau ditambah air menyebabkan lendir makin banyak.
Bahan-bahannya:
Bendi
1 keping tauhu putih
Ikan bilis (segenggam)
6 ulas bawang putih (ketuk/ potong kasar)
1 biji cili merah (potong serong nipis)
Garam
Cara membuat:
1. Panas minyak dalam kuali.
2. Masukkan bilis dan goreng bilis sehingga keperangan.
3. Bila ikan bilis dah keperangan masukkan tauhu basah yang dipotong dadu.
4. Bila tauhu keperangan baru masukkan bawang putih. Tumis sampai bahan-bahan ini garing sedikit. Masukkan sedikit garam, sesuaikan rasanya. Garam jangan lebih kerana bilis dah masin.
5. Masukkan bendi yang dah dipotong dan cili merah, baru dibesarkan api. Gaul bendi hingga sebati dengan bahan tadi.
Melalui facebook, Hani Mynis memberikan tip penyimpanan sayur untuk mengekalkan kesegaran sayur. Menurut beliau, sayur akan kekal segar hingga seminggu.
“Hani dulu pernah kerja sekejap kat bahagian sayur dan kaunter timbang kat Econsave. Dari situ Hani perhatikan cara pasaraya untuk kekalkan kesegaran sayur jualan dan Hani adapt the same method in my kitchen. Hani share cara untuk kekalkan kesegaran sayur supaya boleh tahan sekurangnya cukup untuk seminggu.”
Mendapat hampir 10,000 share di facebook, inilah tip yang dikongsikan.
1) Sayur berdaun misalnya kangkung, pucuk manis masak atau bayam goreng perlu dimasak terlebih dahulu berbanding sayur jenis buah. Ini untuk pastikan sayur berdaun masih hijau dan segar ketika dimasak dan dimakan.
2) Setiap sayur jangan dibasuh! Basuh sayur apabila hendak diguna sahaja. Kalau nak basuh boleh, basuh dan pastikan lap kering2 before simpan. Pastikan sayur dalam keaddan kering bila nak disimpan
3) Pastikan beberapa benda yang kena ada semasa hendak menyimpan sayur. Antaranya tisu dapur, ziplock bag dan bekas plastik. Kena ada juga aluminium foil dan plastic wrap.
TEKNIK YANG BIASA DIBUAT
1) Cili (cili padi, cili merah dan cili hijau besar)
Masukkan dalam bekas bertutup. Kemudian lapikkan tisu kering. Masukkan sebiji bawang putih. Cara ini boleh buat cili tahan antara satu hingga tiga minggu.
2) Sayur berdaun (kangkung, sawi, bayam, kailan)
Cara penyimpanan, lapik tisu kering dalam ziplock bag. Kemudian masukkan sayur berdaun. Seal ziplock bag. Ketahanan untuk kailan boleh cecah sehingga lima hari. Sayur yang lain sehingga tiga hari.
3) Sayur bentuk buah (kacang buncis, kacang panjang, bendi, kacang botor, kacang peas)
Simpan dalam ziplock bag yang dilapikkan tisu kering. Ketahanan sehingga tujuh hari. Bendi boleh tahan sampai empat hari.
4) Kobis, kobis bunga, brokoli
Balut ketat dengan plastic wrap. Boleh tahan hingga tujuh hari.
5) Baby corn
Simpan dalam bekas bertutup yang dilapik tisu kering. Boleh tahan hingga tujuh hari.
6) Batang saderi
Simpan dalam aluminium foil. Boleh tahan hingga 14 hari. Boleh juga simpan seperti teknik rendaman lobak merah.
7) Tomato
Simpan dalam bekas terbuka. Lapikkan tisu dapur kering. Bekas jangan ditutup sebab tomato keluarkan gas ethylene yang boleh cepatkan proses ripening tomato. Tomato kehijauan boleh tahan hingga dua minggu. Tomato yang sudah masak boleh tahan seminggu.
8) Daun kari, daun limau, daun sup, daun ketumbar dan daun bawang
Simpan dalam bekas bertutup yang dilapikkan tisu kering.
9) Timun, terung dan peria
Simpan dengan cara balut dengan plastick wrap
TEKNIK RENDAMAN DENGAN AIR
💚Kunyit
💚Lengkuas
💚Halia
💚Serai
💚Lobak merah (kalau simpan mcm ni boleh tahan 1-2minggu)
💚Tauge (letakkan asam keping supaya elakkan tauge lebam)
💚Tauhu (air panas)
💚Rebung
💚Bunga kantan
💚Fishball (yang rebus bukan goreng) (dalam air panas)
TEKNIK SIMPANAN TERUS UNTUK MASAK
“Kalau rajin boleh prep terus sayur macam ni terus. Contohnya ni untuk sayur kobis goreng, tomyam sayur dan paprik. Tapi pastikan sayur yang dah dipotong seperti ini digunakan dalam tempoh empat hari. Kalau lepas empat hari, lobak mungkin tahan seminggu tapi kobis dan kobis bunga akan kehitaman di tepi-tepi kobis dan kobis bunga itu. Untuk kobis goreng tu, Hani masukkan je sebiji cili merah besar tanpa dihiris dulu takut nanti cili tu dah tak rangup masa nak masak.”
SIMPANAN TAHAN TIGA BULAN
“Bila dah rendam lama-lama dalam air, apabila kita keluarkan bekas dari peti ais untuk ambil halia, pastikan bekas itu disimpan kembali secepat mungkin dalam peti sejuk. Jangan dibiarkan pada suhu bilik kerana halia lembik dan rosak. Kunyit dan lengkuas boleh tahan lama. Tapi halia tak setahan itu.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Solok ladakelihatan renyah untuk dibuat namun ia tidak sesukar yang disangka. Malah ada pelbagai versi resipi solok lada yang boleh dicuba. Hidangan ini adalah salah satu dari menu popular di Kelantan dan biasa dilihat di gerai-gerai menjual makanan dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Nak cuba buat menu ni untuk keluarga? Saudari Rozmaliza Omarada kongsi resipi. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK SOLOK LADA SEDSAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Lada muda dibelah tengah tanpa putus dan buang biji. Ketepikan.
2. Siang ikan, ambik isi dan tumbuk lumat. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi hingga lumat. Ketepikan.
3. Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam. Bila sudah lumat, masukkan dalam bahan-bahan isi ikan.
4.Masukkan garam dan gula. Gaul rata. Solok mesti ada rasa manis masin dan rasa lada hitam.
5. Sumbat masuk bahan-bahan solok ke dalam cili. Biar padat dan montel baru puas hati makan.
6. Susun solok dalam periuk yang dasarnya dialas dengan kacang panjang atau pucuk ubi kayu. Curahkan santan sederhana pekat.
7. Masak guna api kecil dan tutup periuk. Didihkan sampai santan kering. Solok masak bila cili bertukar warna. Siap.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.