Ads

Cara-Cara Buat Ayam Goreng Rangup Resipi Ibunda. Hanya Guna 5 Bahan Mudah.

Anda penggemar ayam goreng? Dapat yang garing memang layan habis! Tapi kalau beli dari restoran makanan segera, harganya memang mahal. Makan pun tak puas. Nah, cuba resipi bancuhan tepung ayam goreng ni. Boleh buat sendiri. Lagi jimat dan boleh makan banyak-banyak.

AYAM RANGUP KRUKKK KRAKKK!!

Cara-Cara Buat Ayam Goreng Rangup Resipi Ibunda. Hanya Guna 5 Bahan Mudah.

Ads

BAHAN-BAHAN ( untuk 1 ekor ayam)

Ads
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan serbuk kunyit
  • 3 sudu makan rempah kari
  • Cili padi kisar ( jika nak pedas)
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Satukan semua bahan diatas. Gaul sebati.
  2. Bahagikan tepung kepada dua bahagian. 1 bahagian tepung dibancuh dengan air. Jangan buat terlalu cair. Jika guna tepung pekat, ayam lagi rangup.
  3. Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung basah. Jangan perap lama kerana nanti keras.
  4. Kemudian gaulkan dalam tepung kering hingga rata.
  5. Panaskan minyak guna api sederhana. Goreng hingga masak.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Cik Zana II

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Elak Bau Hanyir, PENTING Bersihkan Darah Beku, Buang Urat Atas Tulang...

Ada perkara lain yang perlu diambil berat sewaktu membersihkan ikan siakap iaitu lebihan organ dalaman, darah beku dan urat di atas tulang perut. Ini bagi mengurangkan bau dan rasa hanyirnya yang boleh mempengaruhi rasa isi ikan dan kuah masakan nanti.