Yogurt homemade ni memang best. Kalau campur dengan aneka buah segar, memang sedap. Selain itu yogurt ni juga pelbagai guna. Boleh letak dalam masakan, minuman, manisan dan macam-macam lagi. Nak belajar buat yogurt secara homemade? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
7 sudu besar yogurt starter (guna yogurt yang ada LIVE CULTURE)
CARA MEMBUAT:
A. BANCUH SUSU:
Dalam periuk, masukkan air panas dan susu tepung. Panaskan guna api sederhana. Sentiasa kacau.
Masak sampai berbuih dekat tepi periuk. Tutup api dan biarkan susu suam.
B. SAMBIL TUNGGU SUSU SUAM, STERIL BALANG KACA.
1. Penuhkan balang dengan air panas. Steril selama 10 mins 2. Kemudian keringkan secara ‘air dry’. Jangan lap ye. Nanti terkena bakteria.
Ads
C. MASUKKAN YOGURT STARTER
1. Bila dah suam kuku, masukkan yogurt 7 sudu besar dan kacau. Kalau ada termometer, suhunya (susu) 60c. ( Nota: JANGAN MASUKKAN YOGURT MASA SUSU PANAS) 2. Kalau tak ada termometer, test dengan hujung jari. Susu masih panas tapi jari tak melecur.
D. MASUKKAN DALAM BALANG
1. Setelah masukkan yogurt dalam balang, pastikan ada ruang kosong macam balang saya. Ia bertujuan membolehkan bakteria bernafas.
E. SEDIAKAN INKUBATOR
1. Lapik 2-3 helai surat khabar lama dalam bekas tu.
F. SEDIAKAN AGEN PEMANAS
1. Isi air panas dalam beberapa plastik begini.
G. PERAM!
1. Masukkan balang kaca dalam inkubator. Selitkan plastik air panas di ruang kosong. 2. Pastikan ada sehelai dua surat khabar antara plastik air panas dengan balang. 3. Tutup inkubator. Peram 8 jam. 4. Kalau lepas 8 jam, yogurt anda belum betul-betul kental, gantikan air panas baru dan peram lagi 2-3 jam.
Next time nak buat lagi tak payah beli starter di kedai. Boleh guna yogurt homemade yang ini saja jadi starter. Selamat mencuba!
Bagi anda yang gemarkan hidangan Cheesy Wedges, bolehlah cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian saudari Nabilah Mamat. Sedap, senang dan jimat. 5kg ubi kentang kosnya tidak sampai RM15 pun. Wow..Memang berbaloi-baloi. Jom cuba.
RESIPI CHEESY WEDGES HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 kg ubi kentang secukupnya – bersihkan & potong baji
1-2 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Tepung goreng serbaguna pedas secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ubi kentang dan potong ikut saiz dan bentuk yang diingini. 2. Masukkan air dalam periuk bersama kiub pati ayam dan garam. Rebus ubi kentang seketika.
3. Toskan ubi kentang dan biarkan sejuk dan kurang basah.
4. Gaul ubi kentang dalam bekas berisi tepung goreng serbaguna. Susun dalam dulang.
5. Susun ubi kentang dalam beg plastik dan sejukbekukan semalaman. Lagi lama kentang disimpan, lagi sedap rasanya.
6. Untuk menikmati, panaskan minyak dan goreng ubi kentang hingga garing. 7. Nikmati bersama sos cheesy wedges segera.
Sedapnya popia. Ia merupakan idea sajian mudah dan sedap yang anda boleh hasilkan guna lebihan roti sandwic atau roti sosej. Makan panas-panas memang terbaik. Pasti licin! Jika tak habis, boleh juga disejukbekukan dan nikmati pada bila-bila masa. Boleh juga dijadikan bekal untuk suami ke tempat kerja. Menarik kan? Jadi jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Izan Mustapa ni.
POPIA ROTI
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ayam/daging – cincang
1 biji bawang besar saiz sedang – hiris
2 ulas bawang putih – ketuk dan hiris
1 biji cili merah – hiris
Daun sup dan daun bawang – hiris
Serbuk lada sulah/lada hitam/garam secukupnya
Roti sandwic / bun sosej
2-3 sudu makan sos cili
1 sudu makan mayones
Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. 2. Kemudian masukkan isi ayam, serbuk lada sulah, lada hitam, garam dan kacau smpai ayam separuh masak. 3. Masuk cili merah, daun sup dan daun bawang. Kacau lagi sampai ayam masak. Toskan inti untuk buang lebihan minyak. 4. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sos cili dan mayones. Kacau sebati. 5. Sapu roti dengan marjerin dan letak inti ayam tadi secukupnya. Lipat.
6. Kemudian potong 2 roti tadi sebelum dibalut dengan kulit popia.
7. Goreng hingga kulit popia keperengan. Angkat dan toskan minyak.
8. Jika mahu lebih sedap, boleh tambah keju atau lobak merah dadu ke dalam inti.
Jika anda pernah pergi ke Thailand dan Indonesia, pasti ada ternampak bebola ubi kopong dijual di jalanan. Boleh dikatakan, bebola ubi kopong ini sebagai snek yang biasa dijual sebagai street food.
Rasanya manis dan kenyal. Apabila digigit, terasa rangup dan akan nampak ruang kosong di tengah-tengahnya. Sebab itulah namanya kopong. Sedap dimakan panas-panas. Jom kita lihat resipinya.
BEBOLA UBI KOPONG
BAHAN-BAHAN
2 cawan ubi keledek oren (direbus & dilenyek)
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk penaik
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, satukan semua bahan.
2. Gaul sebati sehingga menjadi doh.
3. Bulat-bulatkan doh sehingga habis.
4. Panaskan minyak masak dengan api yang sederhana. Masukkan bebola ubi apabila minyak telah benar-benar panas.
5. Apabila bebola ubi sudah kekuningan, layang-layangkan dan tekan-tekankan bebola tersebut dengan menggunakan belakang sudip. Tidak perlu risau bebola akan penyek kerana bebola akan kembali kepada bentuk asal.
6. Goreng sehingga bebola berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan. Siap.