Tak lengkap hidangan Melayu tanpa sambal. Kalau nak tahu, Sambal Kelantan ini memang popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Ia sesuai dimakan untuk semua jenis nasi. Kalau pernah rasa kenduri di Kelantan, ha…inilah sambalnya. Sekali buat dalam jumlah yang banyak kerana sambal ini boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama disimpan lagi sedap. Jom cuba. Anda pasti kagum dengan rasanya.
RESIPI SAMBAL KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
6-7 biji cili merah
1 genggam cili api ( hijau & merah)
6 biji limau kasturi (kisar sekali dengan kulit)
1 biji bawang besar bakar
6-7 ulas bawang putih bakar
1/2 cawan cuka
1 keping manisan kampung
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Ads
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga hancur.
2. Bila siap kisar, simpan dalam botol dan masukkan dalam peti sejuk supaya sambal tahan lama.
Ads
INFO: Sambal Kelantan tidak menggunakan belacan dan tidak perlu letak air masa kisar.
Sempena Ramadan yang bakal tiba, ini ada tiga sambal mantah yang sangat simple dan cepat disediakan boleh anda semua cuba. Ia pedas menyengat dan sedap tak terkata.Ada beraneka jenis sambal yang menjadi kegemaran masyakat Malaysia, selain sambal yang dimasak, banyak juga sambal yang disediakan tanpa perlu dimasak. Rasa tetap sedap.
SAMBAL MENTAH IKAN BILIS BAHAN-BAHAN
15 tangkai cili padi
100gm ikan bilis |sudah dikopek
Sedikit belacan |bakar sekejap
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato |hiris
Sedikit garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMBUAT:
Rendam ikan bilis dengan air panas, supaya lembut kemudian toskannya.
Tumbuk cili hingga lumat, kemudian masukkan bawang merah dan putih.
Setelah hancur, masukkan ikan bilis dan hirisan tomato.
Tumbuk sekejap, perasakan dengan garam dan gula, gaul rata.
Orang dulu-dulu cakap sambal ni sambal bodoh, sebab orang malas tapi nak cepat makan. Lalu campurkannya telur dalam sambal tumbuk, kacau rata dalam kuali dah siap terus boleh makan. Tapi kalau nak tahu sambal bodoh ini sangat sedap dan boleh habiskan nasi berpinggan-pinggan. Tak percaya cuba buat ye…
SAMBAL BILIS BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
Resipi rahsia bonda sambal bilis untuk jualan nasi lemak ini dikongsi oleh Nursyafiqah Nadiah Abdullah. Untuk hasil yang lebih sedap dan sebati sambal dimasak lama antara 3-4 jam.
SAMBAL BILIS NASI LEMAK BONDA
BAHAN-BAHAN:
*10 bji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1/2 kilo cili kering
Belacan (sebesar kiub pati ayam)
Asam jawa @ asam keping ikut citarasa anda
Ikan bilis ikut suka banyak mana
CARA MEMASAK:
Kisar halus bahan-bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
Perasakan dengan garam gula.
Masukkan bilis (tidak perlu digoreng) dengan air asam.
Masak hingga naik minyak. Untuk lagi sedap masak lama dalam 3 hingga 4 jam. Waktu ini guna api kecil.
INFO: Sebelum masukkan ikan bilis boleh tumbuk kasar. Atau asing kisar dalam senggenggam ikan bilis untuk tambah rasa.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nursyafiqah Nadiah Abdullah