Sambal tempe ikan bilis ni kena buat manis-manis sikit. Selain sedap dimakan dengan nasi, boleh juga ratah macam tu je. Ada yang buat kering dan rangup dijadikan sebagai kudapan. Resipi yang dikongsikan ni sangat senang, tapi tetap sedap. Tempe ni kesukaan masyarakat jawa. Jadi kalau ada yang nak cuba, RASA berikan resipi di sini. Mudah untuk korang cuba masak sendiri. Try tau.
Ads
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.
Masakan yang menggunakan rempah yang baru dibuat memang mempunyai rasa yang lebih enak. Memang berbeza rasanya jika dibandingkan dengan pes yang dibeli. Salah satu rempah yang anda boleh hasilkan sendiri ialah pes tomyam. Tak susah pun. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 hiris lengkuas
7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
4 sudu makan udang kering
10 ekor ikan bilis (Optional. Letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
4 inci belacan bakar
3 sudu makan cili kering kisar
Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
4. Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
6. Pes ini sudah boleh digunakan dalam masakan anda.
Suka makan stik atau Chicken Chop? Hidangan-hidangan Barat macam ni kalau sosnya sedap, memang best. Jika nak belajar buat sendiri, ada resipi sos mudah yang boleh anda cuba. Hanya guna empat bahan mudah. Anda boleh hasilkan sos bertaraf restoran tetapi secara homemade. Caranya pun sangat senang. Jom tengok resipi perkongsian saudari Fyda Nz ni.
BAHAN-BAHAN:
Sos lada hitam secukupnya ( ikut citarasa atau letak sehingga sos berwarna hitam.)
CARA MEMASAK: 1. Campur kiub ayam, cream of mushroom dan tepung gandum tadi . Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.
2. Bila dah tak berketul, masukkan lebihan air dalam anggaran setengah periuk macam dalam gambar. Bila dah masukkan air setengah periuk, baru hidupkan api dan masak atas dapur sambil dikacau hingga mendidih. Jika tidak dikacau, bancuhan akan berketul dan kuah menjadi tidak cantik.
3. Bila dah mendidih, baru masukkan sos lada hitam dan kacau sebati.
4. Siap! Padamkan api. Sos lada hitam ini sedia untuk dinikmati mengikut citarasa anda.
Kalau ada sambal yang sedap, rasanya macam dah senang hendak mengalas perut yang lapar. Cuma tinggal goreng telur dadar sahaja, sudah memadai untuk dijadikan lauk.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sambal tumis yang menggunakan cili padi. Ditambah pula dengan ikan bilis.
Rahsia keenakannya adalah ikan bilis jangan ditumbuk atau kisar terlalu halus. Biarkan kasar-kasar sedikit supaya sedap dimakan.
Jom kita tengok resipinya.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS CILI PADI
BAHAN-BAHAN
Segenggam ikan bilis (bahagi dua bahagian)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
20 tangkai cili padi hijau
Minyak masak untuk menumis
1 keping asam keping
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
5 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah
CARA MEMBUAT
1. Sebahagian ikan bilis, bawang merah kecil, bawang putih dan cili padi dikisar halus.
2. Panaskan minyak masak.
3. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
4. Masukkan asam keping dan sedikit air. Tumis lagi.
5. Sebahagian lagi ikan bilis ditumbuk kasar. Masukkan dalam masakan.
6. Masukkan garam dan gula.
7. Masukkan cili padi hijau dan cili padi merah. Masak lagi biar sampai pecah minyak.
8. Matikan api dan boleh dihidang.
Resipi ikan siakap stim ini kena buat kalau tekak tengah rasa nak makan lauk berkuah masam-masam pedas yang segar.Kombinasi serai, halia, bawang putih dan...