Resipi sambal belacan kisar yang boleh buat stok selama 2 minggu. Istimewa resipi perkongsian saudari Mariana Abd Majid ni ialah tidak menggunakan tomatodan bawang tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Nak cuba? Ini bahan-bahan yang diperlukan.
SAMBAL BELACAN KISAR
BAHAN-BAHAN:
5-6 batang cili merah – boleh buang biji jika suka
Cili padi secukupnya – boleh buang biji jika suka
Belacan – banyak lebih sedap
Air asam jawa pekat – perah guna air suam
7-8 biji limau kasturi – ambil jus
2 biji limau kasturi – belah 4, buang biji
Gula dan garam kasar secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ads
1. Bersihkan cili padi dan cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut citarasa dan ikut kepedasan yang nak. Jika kurang pedas, lebihkan cili merah. Jika nak lebih pedas, banyakkan jumlah cili padi.
2. Masukkan belacan, air asam jawa pekat, hirisan limau kasturi dan jus perahan limau kasturi.
Ads
3. Tambahkan juga gula dan sedikit garam kasar. Kisar sekejap-sekejap (on-off-on-off) jangan sampai lumat.
Kalau ada makanan bergoreng atau rebus, dan korang tak tahu nak cicah dengan sos apa, silalah buat sos sendiri. Resipi yang RASA kongsi ni memang sedap dan anda takkan kecewa. Senang je nak buat. Bahan-bahan memang biasanya dah ada di rumah. Cubalah.
SOS PENCICAH ISTIMEWA
Bahan-Bahan
250 gram cili kering (buang biji, rebus dan kisar)
Cili padi secukupnya (Tambah jika mahu lebih pedas. Kisar bersama cili kering)
1/2 kg gula
Garam secukup rasa
Cuka makan secukupnya
Air secukupnya
Tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Cara Membuat
1. Masukkan semua bahan (kecuali tepung jagung) ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Pastikan rasa manis, pedas, masam dan masin cukup.
3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung.
4. Masak lagi sehingga mendapat kepekatan sos yang dikehendaki.
5. Angkat, sejukkan dan boleh dimasukkan dalam botol. Simpan dalam peti sejuk.
Ada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis kering? Lauk sambal ikan bilis kering, sentiasa menjadi kegemaran buat mereka yang sukakan aroma pedas.
Resipi sambal bilis kering salted egg yang dikongsi Zainor Shima Ihsan ni, makan dengan nasi panas atau bubur nasi bersama telur goreng sarang/telur masin pun sedap.
Sesuai untuk bekalan tambahan bila nak berjalan jauh. Kiranya lauk kecemasan kalau tak rajin nak masak lauk-lauk yang lain.
SAMBAL BILIS GARING/KERING SALTED EGG
BAHAN-BAHAN:
500gm cili kering kerinting pedas @ cili kering besar tak pedas (nak campur cili pun boleh, terpulang mana yang suka pedas) – beli online di sini 500gm ikan bilis kopek – beli online di sini Bawang goreng segera – beli online di sini Gula halus/gula pasir | dikisar Garam bukit (optional) – beli online di sini Serbuk cheese (optional) 2 ketul kiub ayam (saya guna jenama maggie) – beli online di sini Serbuk secukup rasa (saya guna jenama maggie) Serbuk salted egg (saya guna jenama bestari) Minyak masak untuk goreng cili kering/ikan bilis/kuib ayam – beli online di sini
1. Basuh cili kering sekejap dan tos bagi kering. Gunting kecil-kecil. Tapis dalam bekas jaring untuk buang biji cili. Kemudian goreng dalam minyak panas sekejap je. Goreng kasi garing. Jangan sampai hangus ye.
2. Kemudian guna hand blander atau blander kering. Kisar bersama sedikit garam. Biar sederhana halus sehingga menjadi cili flakes. 3. Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada 2 bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.
4. Panaskan minyak. Bila dah panas, ambil 4 camca besar minyak goreng tadi, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali. 5. Masukkan cili kering kisar, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk salted egg, serbuk cheese (terpulang nak letak atau tidak).
6. Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit untuk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus dan tutup api. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas. 7. Ada rasa pedas manis masin. Sambal ikan bilis pun bau wangi cheese/salted egg. 8. Dah siap sambal kering ikan bilis garing/kering salted egg. Sedia untuk dimakan.
*Saya buat untuk sekilo, dapat dalam bekas balang sederhana.
Beli cili kering besar dah siap packing. Yang ni tak pedas tau. Tak pening kepala nak timbang balik di rumah. 1 paket 250gram x 2=500 gram.
Resipi Sambal Kicap ni memang padu. Andai ke Johor, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni. Pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah makan bersama Bihun Sup atau Soto pun padu. Nak buat tak susah pun dan bahan-bahannya pun ringkas je. Nak buat sendiri? Jom cuba resipi perkongsian saudari Ani Zam ni. Oh ya, ada petua tau supaya Sambal Kicap ni tahan lama. 2-3 bulan dalam peti sejuk pun masih elok. Nanti bolehlah buat.
CARA MEMASAK: 1. Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak, angkat kemudian masukkan ke dalam lesung batu.
2.Masukkan sekali gula. Tumbuk lumat dan masukkan pula kicap ke dalam lesung batu. Golek-golekkan anak lesung tu agar sebati.
3. Sambal Kicap Johor paling ringkas dan sedap siap disediakan.
INFO:
Sambal Kicap ini boleh buat banyak untuk stok dan simpan di dalam peti ais. Bila nak guna tinggal ambil saja.
Sesuai dimakan bersama sup, soto, pisang goreng, sukun goreng, keledek goreng dan macam-macam lagi.
Tip agar Sambal Kicap boleh tahan 2 hingga 3 bulan bila letak di dalam peti ais ialah JANGAN sesekali menambah air, hanya gunakan kicap sahaja. Guna sudu yang kering apabila mengambil sambal tersebut . Petua org tua dulu-dulu, bila masak sambal kicap, tidak perlu buang tangkai cili api tu untuk mengelakkan dari sakit perut.