Sedapnya Sambal Hitam Tomato ni. Bagi anda yang suka menu ni tapi susah nak jumpa belimbing buluh,  boleh cuba resipi ni. Boleh gantikan dengan tomato. Olahan yang menjadikan hidangan sambal lebih sedap dan kreatif. Ada sambal ni, makan dengan nasi putih je pun dah cukup berselera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nanaa Malynaa. Pasti puas hati.

SAMBAL HITAM TOMATO

BAHAN-BAHAN:

  • 13-14 biji tomato – guna buah yang masak dan warna merah
  • 1 genggam cili padi @ lada burung – lebihkan jika suka pedas 
  • 8 biji bawang merah kecik 
  • 1 biji bawang besar holland saiz sedang 
  • 1 genggam lebih ikan bilis 

Resipi Sambal Hitam Tomato Sedap, Mudah & Tahan Lama

CARA MEMASAK:

1. Potong-potong tomato. Masuk kuali, goreng tanpa minyak. Hancurkan tomato tu sampai jadi macam gambar di bawah.

Resipi Sambal Hitam Tomato Sedap, Mudah & Tahan Lama

IKLAN

2. Sambil tunggu tomato hancur, masukkan bawang merah kecik, bawang besar holland dan cili ke dalam blender. Masukkan minyak masak agak-agar dan kisar kasar. Tidak perlu tambah air. Guna minyak sahaja. Lepas tu boleh masukkan ikan bilis. Kisar kasar juga.

Resipi Sambal Hitam Tomato Sedap, Mudah & Tahan Lama

3. Bila tomato dalam kuali kelihatan agak hancur dan kering sedikit, masukkan bahan bkisar tadi. Masak guna api sedang-sedang sahaja.

Resipi Sambal Hitam Tomato Sedap, Mudah & Tahan Lama

IKLAN

4. Bila dah jadi kering sikit macam tu, boleh tambah kicap manis sikit, kicap pekat sikit, garam dan gula. Kalau suka pak aji boleh masukkan juga ikut citarasa. Kicap bertujuan untuk memberikan warna hitam. Ikan bilis dalam bahan kisar sudah punya rasa masin, jadi berhati-hati dengan jumlahnya. Gula juga jangan guna banyak. Jika sambal manis, tidak sedap.

Resipi Sambal Hitam Tomato Sedap, Mudah & Tahan Lama

5. Terukan mengacau sambal hingga kering. Bila kelihatan pecah minyak dan ikan bilsi kelihatan garing, padamkan api. Jika suka sambal yang betul-betul kering, boleh teruskan masak hingga dapat tekstur yang anda suka.

IKLAN

Resipi Sambal Hitam Tomato Sedap, Mudah & Tahan Lama

6. Bila sambal sudah siap, sejukkan sebelum disimpan dalam bekas. Jika nak sambal yang tahan lebih lama hingga berbulan-bulan, boleh simpan dalam peti sejuk.  

Resipi Sambal Hitam Tomato Sedap, Mudah & Tahan Lama

 

Kongsi resipi & foto: Nana Malynaa‎ 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI