Suka makan puding? Cubalah resipi Puding Roti Coklat perkongsian saudari Norhayu Hanafi. Hanya guna bahan-bahan yang simple dan mudah didapati. Nampak sedap kan? Makan sejuk-sejuk memang layan habis.
PUDING ROTI COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket agar-agar – rebus dengan 4 cawan air ( agar-agar harga RM2.50 lebih kurang)
BAHAN KISAR:
- 6 keping roti sandwic
- 2 biji telur
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat manis
- Esen vanilla
- 2 sudu makan planta
- Secubit garam
- 1 sudu makan milo @ serbuk koko untuk warnakan adunan
CARA MEMASAK:
- Rebus agar-agar bersama air hingga larut.
- Kisar bahan-bahan yang lain hingga hancur. Kemudian masukkan ke dalam larutan agar-agar tadi. Biarkan mendidih kemudian padamkan api.
- Jika rasa nak lebih manis, tambahkan gula atau susu.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko atau milo. Satu lagi dibiarkan pada warna asal.
- Lapiskan puding dalam bekas bersesuaian.
- Sejukkan hingga keras sebelum dinikmati.
INFO CHEF: Lapiskan semasa adunan masih panas. Bahagian coklat dan adunan biasa tidak akan bercampur kerasa teksturnya yang pekat.
Kredit resipi & foto: Norhayu Hanafi
ANDA JUGA MUNGKIN SUKA:
Mudah & Cepat Masak. Resipi Ikan Selar Rendang Padang Ni Memang Sedap.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI