Pizza panas-panas memang sedap. Bagi yang tidak pernah cuba buat sajian ini secara homemade, RASA kongsikan satu resipi mudah yang pasti jadi. Resipi perkongsian saudari Hidayati Hana di page RASA SHARE RESIPI ni memang mudah tak tak renyah. Sesuai sangat kalau cuba buat untuk anak-anak untuk minum petang atau makan malam. Jom cuba. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
RESIPI PIZZA HOMEMADE SEDAP & COMFIRM JADI
BAHAN DOH PIZZA:
1/2 cawan air suam
1 sudu makan yis
1 sudu teh gula
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak zaitun @ minyak masak
1 sudu teh garam
BAHAN TOPPING PIZZA:
Sedikit sos pasta ( untuk sapu atas doh pizza)
Keju mozarella – parut
Sosej
Crabstick
Capsicum hijau / merah
Bawang holland
CARA MEMASAK: 1. Campurkan air suam, yis serta gula. Biarkan dalam 10 minit hingga yis kembang. 2. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung, garam dan minyak. 3. Gaul rata dan masukkan yis yang sudah kembang tadi. 4. Uli seketika hingga doh tidak melekat di tangan. Perap selama 1 jam. 5. Bila cukup 1 jam, ambil doh tadi dan tumbuk beberapa kali bagi mengeluarkan angin. 6. Taburkan tepung di atas papan pencanai. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. 7. Canai doh berbentuk bulat dan letakkan dalam loyang bersaiz 9 inci yang sudah dilenser dengan sedikit mentega atau minyak. 8. Ambil garpu dan cucuk pada doh.
Ads
9. Sapu sos pasta diatas doh dengan secukupnya dan tabur sedikit parutan keju.
10. Letak hirisan sosej, crabstick, capsicum dan bawang. Topping ini juga boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa anda.
11. Tabur keju mozarella di permukaan pizza. Lebih banyak, lebih sedap.
12. Sebelum dibakar, biar pizza selama 15 minit. 13. Untuk membakarnya, panaskan ketuhar pada suhu 200C dan bakar selama 25-30 minit.
Ads
14. Sedia untuk dinikmati.
Nak beli oven tapi tak tahu mana satu yang best? RASA kongsikan seleksi barangan keperluan dapur yang boleh anda pilih. Buka setakat oven, macam-macam ada tau. Boleh pilih dekat SINI.
Tauhu yang diperbuat dari kacang soya ini memang kaya dengan protein bukan hanya enak dijadikan campuran dalam masakan tetapi ia juga sedap sebagai kudapan sihat atau dijadikan menu untuk bekal anak ke sekolah. Hari ini RASA kongsikan dua resipi mudah tauhu sebagai kudapan lebih sihat.
JEJARI TAUHU BERDAGING
BAHAN-BAHAN:
3 keping tauhu | hancurkan
1 keping tauhu Jepun | hancurkan
1 biji telur
2 sudu makan tepung jagung
150gm daging kisar
1/2 hirisan daun bawang
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS MASTARD
2 sudu makan sos mustard
1 sudu makan mayones
1 sudu makan jus lemon
1 sudu makan madu
2 biji cili padi | hiris
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk Jejari Tauhu. Gaul rata.
Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
Setelah sejuk, potongkan bentuk jejari.
Gaulkan dalam tepung gandum yang telah dicampurkan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng Jejari Tauhu hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Untuk menyediakan sos campurkan semua bahan dan kacau rata.
Hidangkan Jejari Tauhu bersama Sos Mustard.
NAGGUT AYAM SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
3 keping tauhu
1 tiup tauhu Jepun
1 cawan isi ayam | carik halus
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 sudu makan serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS LEMON
1 sudu makan pati oren Sunquick
1 biji lemon | ambil jus sahaja
1 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 ulas bawang putih | cincang
1 sudu teh mentega
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk naggut. Gaul rata.
Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
Setelah sejuk, potongkan bentuk empat segi tepat. Gaul dalam tepung yang dicampurkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng naggut hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Sementara itu panaskan mentega atas api kecil, tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan pati oren Sun quick dan jus lemon.
Kacau rata dan masukkan bancuhan tepung jagung.
Kacau rata hingga mendidih menjadi sos pekat. Tutup api.
Anda pasti selalu dengar sajian fusion. Fusion adalah sajian barat yang diberi olahan semula ikut selera Asia dan juga Melayu.
Contohnya Shepard Pie jika diolah menjadi fusion terhasil lah Shepard Pie Rendang.
Begitu juga menu seperti betis kambing, kentang, tulang rusuk boleh sahaja diolah dengan rempah ratus menjadi resepi Asia dan Melayu yang lazat. Jom kita cuba ilham sajian fusion dari chef PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kl, iaitu Chef Muhammad Suhaifi Idris, Mohd Suhaize Hasim, Isa Abu Bakar, Azrin Nuruddin Kamarul Azhar.
1.Tulang Rusuk Lembu Masak Hitam
BAHAN-BAHAN :
4 kg tulang rusuk/siap direbus dengan air selama 3 jam
250 ml ml air rebusan daging
300 gm bawang besar /dikisar
2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
10 gm bunga cengkih
5 sm halia /dikisar
7 ulas bawang putih
2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan jintan putih
50 gm kicap pekat
2 keping asam keping
1/2 biji santan kelapa
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Rebus tulang rusuk selama tiga jam. Keluarkan daging dari air. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan rempah empat sekawan hingga naik bau. 3. Masukkan serbuk jintan dan ketumbar dan tuangkan sedikit air rebusan daging (250) ml. 4. Kemudian masukkan tulang rusuk dan didihkan. 5. Masukkan asam keping dan kicap pekat 6. Masukkan santan dan reneh selama 30 minit. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya. 7. Biarkan daging betul-betul empuk 8. Tulang rusuk siap dihidang.
Saiz hidangan : 7- 8 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Ramuan kicap, rempah dan santan beri keenakan rasa
INFO CHEF : Kicap pekat memberikan warna dan rasa tulang yang sungguh enak.
2.Mousakka Kambing
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (inti) :
800 gm daging kambing cincang
250 gm puri tomato
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
300 gm bawang besar /dihiris
7 ulas bawang putih /dihiris
Garam secukup rasa
1 biji terung panjang / potong bulat menjadi beberapa keping
Bahan B:
1 liter susu segar
250 gm mentega
250 gm tepung gandum
250 gm keju mozarella
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi dan kemudian masukkan puri tomato. 2. Tumis selama 7 minit dan masukkan semua rempah setelah tumisan sebati dan wangi. 3. Kemudian masukkan daging cincang, perlahankan api dan biarkan sejuk. 4. Ambil kuali lain panaskan mentega hingga cair dan kemudian masukkan tepung gaul sehingga kelihatan seperti doh dan masukkan susu. 5. Kacau sehingga pekat dengan suhu 60-70 celcius, tutup api. (becahamel sos siap) 6. Sediakan dulang pembakar, susun terung sehingga menutupi bahagian dulang 7. Kemudian masukkan inti daging cincang tadi dan diikuti bancuhan susu 8. Ulangi sebanyak 2 lapisan dan taburkan keju di atas lapisan tadi 9. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit, dengan suhu 160 darjah celcius. Siap dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan bakar Jenis hidangan : Mediterranean Keistimewaan : Inti daging dilapisi bechamel dan terung ciri utama moussaka
INFO CHEF : Moussaka dipercayai berasal dari Greece tetapi cukup terkenal di negara Arab dan Mediterranean.
3.Gulai Kawah Betis Kambing (Lamb Shank)
BAHAN-BAHAN :
4 kg betis kambing/direbus dengan air selama 1 jam
300 gm bawang besar /dikisar
5 sm halia /dikisar
7 ulas bawang putih /dikisar
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
10 gm bunga cengkih
2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
200 gm rempah kari daging
2 keping asam keping
1/2 biji santan kelapa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1 .Rebus kambing dengan kadar menutupi daging, apabila masak keluarkan dagingnya. 2. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan. 3. Masukkan serbuk kari, jintan dan ketumbar,tumis hingga pecah minyak dan masukkan air rebusan daging 4. Kemudian masukkan kambing dan didihkan 5. Masukkan asam keping, dan perisakan dengan garam .Masukkan santan dan reneh selama 20 minit 6. Biarkan daging empuk 7. Gulai kawah siap dihidang
Saiz hidangan : 7- 8 orang Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan renih Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Lauk ini bertambah lazat apabila sudah semalaman
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama roti dan nasi. Anda boleh menggunakan rempah gulai yang siap dijual, didalamnya tersedia segala campuran rempah ratus.
4.Rendang Daging Shepherd Pie
BAHAN-BAHAN:
4 kg daging batang pinang /dipotong dadu
300 gm bawang besar /dikisar
7 ulas bawang putih/dikisar
5 sm halia /dikisar
2 sm lengkuas/ dikisar
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
10 gm bunga cengkih
4 sudu makan serbuk cili
4 batang serai /diketuk
200 gm kerisek
2 keping asam keping
1 biji santan kelapa
Bahan B:
5 biji kentang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Kupas kentang dan tebus sehingga lembut dan lenyek, sejukkan 2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi bersama rempah empat sekawan sehingga naik bau. 3. Masukkan cili dan tumis hingga cili masak. 4. Kemudian masukkan daging dan didihkan 5. Masukkan kerisik, bersama santan dan renehkan selama 20 minit, Perasakan dengan garam. 6. Pastikan daging betul-betul empuk, dan padamkan api. Biarkan sejuk dan masukkan dalam acuan kecil. 7 .Ambil beg piping dan masukkan kentang yang telah dilecek tadi 8. Tekan di atas rendang tadi seperti membuat aising di atas kek 9 .Pastikan kentang menutupi rendang tadi 10. Dalam ketuhar bakar selama 13 minit dalam suhu 170 darjah celcius 11. Hidangkan bersama salad segar
Saiz hidangan : 7- 8 orang Waktu memasak : 45 minit Cara memasak : Reneh dan bakar Jenis hidangan : Masakan barat diberi sentuhan fusion Keistimewaan : Kentang dan rendang menjadi kudapan yang lazat
INFO CHEF : Sheperd Pie berinti rendang beri kelainan dan kelazatan baru untuk sajian barat yang diolah dengan inti rendang.
5. Ayam Panggang Gulung Madu & Sos Percik Berkeju
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
4 keping paha ayam tanpa tulang (chicken chop)
1 ketul dada ayam /dicincang
1 biji telur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
2 sudu makan madu
Bahan B (kuah percik berkeju) :/dikisar
2 biji bawang besar India
1 sm hali
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 sm kunyit hidup
1/2 biji kelapa (santannya)
50 gm keju mozzarella @ keju cheddar
CARA MEMASAK : Cara membuat ayam gulung : 1. Cincang dada ayam bersama kunyit dan garam. 2. Campurkan telur dan kacau hingga sebati. 3. Gulung dada ayam cincang bersama paha ayam dan ikat dengan menggunakan tali ‘butcher’. 4. Tabur sedikit garam dan serbuk kunyit. Dan perap Cara membuat kuah percik : 5. Kisar semua bahan B 6. Panaskan kuali , dan tumiskan bahan-bahan kisar. 7. Tumiskan hingga wangi dan masukkan ayam gulung tadi 8. Masak ayam selama 10 minit , keluarkan ayam dan biarkan seketika. 9. Masukkan santan ke dalam bahan-bahan tadi dan masukkan garam secukup rasa 10. Setelah mendidih masukkan keju dan kacau hingga keju betul-betul larut. 11. Dengan menggunakan kuali yang lain, goreng ayam dengan minyak sedikit. Sapukan madu sebelum itu. 12. Buang tali dan hiris ayam. Susun ayam mengikut kreativiti dan tuang kuah di atas ayam gulung tadi 13. Hidangkan bersama nasi putih atau roti
Saiz hidangan : 2– 3 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng minyak sedikit Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Lemak berkeju dan sedap Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF: Gabungan keju dan sos percik, gandingan citarasa barat dan timur yang berperisa.
Terima kasih : PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kl,
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.