Pancake Sambal Bilis Berkeju ni memang sesuai untuk hidangan sahur anda. Cara membuatnya ringkas pun saja. Adunan dan Sambal Bilis boleh buat sebelum tidur dan anda boleh masak masa nak bersahur nanti. Memang kenyang dan tak terasa lapar seharian. Nak hidangan lebih ‘wow’, gunakan Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna dan memikat selera. Rasa macam makan di restoran! Cubalah.
PANCAKE SAMBAL BILIS BERKEJU
Bahan-Bahan:
230gram tepung naik sendiri – ayak
125gram Fernleaf Susu UHT
100gram Perfect Italiano Perfect Bakes
125gram Fernleaf Yogurt Asli
2 sudu makan minyak jagung
2 biji telur
1 sudu teh garam
Bahan-Bahan Sambal Bilis:
100gram ikan bilis – cuci dan goreng garing
1 mangkuk kecil cili kisar
4 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 labu bawang besar – potong bulat
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan gula perang
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
Untuk membuat sambal bilis; panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan bawang besar, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tumis hingga sambal masak sempurna. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng. Gaul rata dan ketepikan.
Untuk membuat pancake; satukan telur, minyak jagung, Fernleaf Yogurt dan Fernleaf Susu UHT di dalam mangkuk. Pukul hingga semua bahan sebati. Masukkan tepung naik sendiri dan garam. Kacau dengan spatula hingga jadi bancuhan yang agak likat. Rehatkan bancuhan selama 5 minit.
Untuk memasak pancake; sapu sedikit mentega pada kuali non-stick. Tuang sesenduk bancuhan pancake. Letak sesudu sambal bilis di bahagian tengah dan tabur Perfect Italiano Perfect Bakes Bila bahagian bawah pancake telah perang, perlahan-lahan terbalikkan dan masak di bahagian yang satu lagi hingga perang. Masak hingga semua bahan habis.
Angkat pancake dan letakkan di pinggan. Hidangkan panas.
Rasa muruku yang rangup, pedas dan berempah memang menepati citarasa ramai. Sambil bersantai, memang habis dimakan.
Resipi muruku rangup berempah yang dikongsi saudari Aisyah Humaira ini, nampak senang dan sekejap saja untuk membuatnya.
MURUKU RANGUP & BEREMPAH
BAHAN A:
1 peket tepung muruku babas 1 peket tepung pulut (untuk rangup, rapuh) – beli online di sini 1 cawan teh tepung kacang kuda (untuk rangup berlemak) –beli online di sini 1 sudu besar jintan manis – beli online di sini 1 sudu makan jintan putih – beli online di sini (jintan manis dan jintan putih disangai bersama, kemudian dikisar kering hingga lumat) 1 sudu besar jemuju (ada dijual di kedai runcit india) 2 sudu besar penuh bijan putih 1 sudu kecil serbuk cili – beli online di sini 1 sudu besar rempah kari daging babas – beli online di sini 3 biji telur | dikocak sebati
½ kotak kecil santan (saya guna Saji) – beli online di sini 4 sudu besar adela vanaspati (atau jika tiada, boleh guna buttercup) 1 gelas air 2 sudu besar gula – beli online di sini 2 sudu kecil garam Ajinamoto jika suka
1. Masuk semua bahan A dalam bekas besar kecuali telur dan kacau sebati. Ketepikan. 2. Satukan semua bahan B dalam periuk dan reneh sekejap sekadar semua sebati tak perlu sampai mendidih.
3. Setelah suam-suam, tuang bahan basah ni dalam bahan tepung tadi. Tuang sedikit demi sedikit sambil kacau masuk sekali telur yg telah dipukul . 4. Jika adunan keras, masuk lagi 2-3 gelas air sedikit demi sedikit hingga terhasil adunan yang lembut tapi tidak melekat di tangan (boleh tengok DI SINI video cara buat).
5. Masuk doh dalam acuan dan bentukkan mengikut bentuk yang disukai di atas daun pisang atau kertas minyak.
6. Goreng dengan api sedang hingga masak keperangan. Masukkan daun kari untuk lebih beraroma. Pastikan api jangan besar, nanti masak bahagian dalam tak masak. 7. Dan juga doh mesti tutup dengan kain bersih yang lembab supaya doh tidak menjadi keras.
Makanan barat ni sebenarnya ringkas aje buatnya. Terutama menu snek dan kudapan, punyalah sedap boleh kenyang sampai ke malam. Tapi hati-hati tak boleh makan selalu nanti gemuk la pulak.
Apa pun sajian sebenarnya memang tak boleh ‘terlebih’makan. Okay, ni dia resipi ori dari barisan tenaga pengajar Chef Muhammad Aizat Sha’rani dan team chef Sg Academy yang terletak di Putra Majestik, Jln Kasipillay, Kuala Lumpur.
Chef Muhammad Aizat Sha’rani (kanan sekali) dan pasukan
Buat sendiri kan lagi jimat…
1. MAC N CHEESE PRAWN
BAHAN-BAHAN:
500 gm makaroni
50 – 80 gm mentega
2 sudu makan tepung gandum
500ml susu segar
250 gram keju parut (shredded)
6 ekor udang | dibuang kulit
Setangkai daun parsli | dicincang
Garam secukup rasa
Lada sulah atau lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Masak makaroni di dalam periuk mengikut arahan masa di bungkusan. Tos dan masukkan kembali ke dalam periuk. 2. Udang direbus. Angkat dan tos. 3. Cairkan mentega di di dalam kuali dan masukkan tepung. Goreng tepung sambil dikacau selama 1 minit atas api perlahan. 4. Perlahan-lahan tuang susu sambil kacau. 5. Masukkan udang dan cendawan. 6. Kacau sehingga ianya hampir mendidih, kecilkan api dan biarkan mereneh selama 2 minit. Tutup api. 7. Masukkan keju dan kacau sehingga ianya cair dan sebati. 8. Tuangkan sos keju ke atas pasta dan kacau sehingga bergaul dan bersalut rata 9. Tabur garam dan lada hitam secukup rasa 10. Masukkan daun parsli dan kacau rata. 11. Teruskan hidang sementara masih panas.
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 25 hingga 30 minit Cara memasak: Rebus dan reneh Jenis masakan: Sajian barat Keistimewaan: Rasa yang begitu enak berkrim dengan udang segar.
Info Chef :Selain udang anda boleh menggantikan dengan makanan laut yang lain atau pun ayam
2. BELGIUM WAFFLES
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur gred A
1 cawan tepung serbaguna @gandum
2 sudu teh serbuk penaik
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan mentega | dicairkan
1 1/2 sudu makan gula kasterr
1/2 sudu teh esen l vanilla
CARA MEMASAK :
1. Panaskan pembakar waffle (waffle maker). Ayak tepung bersama baking powder. 2. Pukul telur hingga betul-betul kembang. 3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati. 4. Apabila pembakar waffle maker sudah panas, masukkan sesenduk adunan bater dan ratakan. 5. Tutup penutup pembakar (waffle maker) dan masak sehingga waffle masak.
Saiz hidangan: 4 0rang Waktu memasak:15 hingga 20 minit Cara memasak: Bakar Jenis masakan: Waffle Belgium Keistimewaan: Sedap dimakan dengan krim dan buah-buahhan
Info chef: Waffle juga enak dimakan dengan madu, mentega, coklat , jem dan sirap maple.
3. FUNNEL CAKE FRIES
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung serba guna
1sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
2 biji telur
4 cawan gula putih
½ cawan susu
1 sudu teh esen vanilla
4 cawan minyak masak
Serbuk kayu manis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk. 2. Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dengan mixer sehingga berbuih. 3. Campurkan bahan yang dipukul dengan mangkuk yang mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam. 4. Gaul sehingga sebati. 5. Letakkan adunan di dalam beg piping. 6. Tuang minyak kedalam periuk yang besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F. 7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dalam minyak dan goreng sehingga keemasan. 8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dengan cinimon gula. 9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang Waktu memasak:25 hingga 30 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A) Keistimewaan:Enak dimakan dengan coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri
Info chef :Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dengan adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
4. CALZONE
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk doh :
300gm tepung gandum
6 gm yis
20 gm mentega
10 gm gula halus
1 sudu teh bread improver
¼ sudu teh garam
1½ sudu makan madu
170ml air
1 sudu makan mayonis
Bahan untuk inti ayam :
1 cawan isi ayam | dicincang halus
1 biji bawang besar | dihiris dadu
2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
2.5 sm halia | ditumbuk halus
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan rempah kari daging
½ sudu makan sos tomato
Sedikit daun bawang | dihiris halus
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
5 biji cili padi
¼ batang lobak merah
Sedikit parutan keju cedar
Sedikit air
CARA MEMASAK : Doh: 1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. 2. Tambah mentega dan terus meNggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.Kemudian bulatkan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. Inti ayam : 4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. 5. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. 6. Perasakan dengan garam dan secubit gula.Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan. Calzone : 7. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bahagikan pada 4 bahagian sama besar, bulat-bulatkan. 8. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper.Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti. 9. Letak daun salad 1/4 bahagian inti ayam dan taburkan parutan keju, kemudian lipat dua dan tekan hujungnya biar bercantum. Buat hingga siap pada baki adunan. 10. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu 11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan:4 orang Waktu memasak:30 hingga 40 minit Cara memasak: Bakar Jenis masakan: Sajian berasal dari Itali Keistimewaan: Inti yang lazat dengan kulit yang lembut
Info chef :Doh juga boleh dikelim seperti karipap di kelilingnya
5. SLOPPY JOE
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging cincang
3 ulas bawang putih | dicincang
1 biji bawang besar holland |dicincang
1 cawan sup tomato
1 cawan puri tomato
½ cawan sos cili
1/3 cawan gula perang
3 sudu besar kicap
2 sudu makan | boleh letak lebih jika suka
12 biji bun burger
CARA MEMASAK : 1. Tumis bawang besar, bawang putih hingga sedikit garing. 2. Masukkan daging cincang dan goreng hingga masak. 3. Campurkan semua bahan-bahan lain dan reneh 20 minit. Kacau sekali sekala 4. Sudukan daging cincang di atas roti burger. 5. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 12 biji burger Waktu memasak:30 hingga 35minit Cara memasak: Tumis Jenis masakan: Burger Keistimewaan: Tidak menggunakan kepingan daging burger sebaliknya daging cincang yang dimasak lazat
Info chef : Berbeza dengan burger daging biasa, sloppy joe burger hanya dilapisi daging cincang yang dimasak tanpa perlu meletakkan bahan lain. Anda boleh menambah keju jika suka.
RESIPI : CHEF MUHAMMAD AIZAT SHA’RANI, CHEF NADZIRAH ABDUL RAZAK DAN CHEF FARIBUS ANAK KANDAU
TERIMA KASIH : MR PRABHA, SG ACADEMY, Lot D-00-03A, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Roti jala kalau buat dalam jumlah yang banyak, pasti agak sukar nak tentukan jumlah bahan-bahannya. Tapi menerusi perkongsian saudari Azwa Mohtar, beliau menunjukkan cara-cara serta sukatan bahan untuk buat roti jala yang sempurna dan pasti menjadi. Mudah je rupanya! Enak dimakan bersama kuziatau kari ayam. Selamat mencuba. Boleh hidang untuk tetamu di hari raya nanti.
SUKATAN ADUNAN ROTI JALA YANG ‘PERFECT’
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
1 sudu makan marjerin
1 sudu makan garam halus
1 sudu teh pewarna kuning telur
1.7 liter air biasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pastikan tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.
2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.
3. Angkat dan gulung dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.