Ads

Cara Buat Pizza Homemade Guna Bahan Murah & Mudah.

Sedapnya pizza homemade ni. Anak-anak anda suka makan sajian ni? Apa kata anda cuba hasilkan sendiri. Tak susah pun nak buat sendiri adunan doh pizza ni. Malah toppingnya juga boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Resipi perkongsian Rajuna Bakar ni memang terbaik. Cubalah.

RESIPI PIZZA HOMEMADE

Cara Buat Pizza Homemade Guna Bahan Murah & Mudah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 220ml air biasa
  • 1biji telur
  • Sedikit garam
  • 20gm susu tepung
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu besar yis

BAHAN-BAHAN TOPPING (CADANGAN)

Cara Buat Pizza Homemade Guna Bahan Murah & Mudah.

Ads
  • Satu labu besar bawang holland
  • Sosej
  • Keju Mozarella
  • Sos pasta original
  • Daun oregano
  • Isi ayam (sudah direbus terlebih dahulu)

CARA MEMASAK:

1. Bancuhkan dulu yis, air, gula sekata (Bancuh secara manual). Biarkan hingga 10 minit

2. Kemudian baru campurkan dengan bahan-bahan lain.

3. Uli sampai dapat doh elastik (biarkan rehat dalam 30 minit)

Ads

Cara Buat Pizza Homemade Guna Bahan Murah & Mudah.

4. 1/2 kg tepung dapat 4 keping pizza. Bahagikan 4 bahagian.

5. Ambil satu bahagian dan canai dalam pan (ratakan seperti dalam gambar). Cucuk-cucukan doh pizza tadi dengan garfu (supaya udara senang keluar dan doh tidak menggelembung ketika dibakar)

Cara Buat Pizza Homemade Guna Bahan Murah & Mudah.

Ads

6. Isikan topping ikut kegemaran anda.

Cara Buat Pizza Homemade Guna Bahan Murah & Mudah.  Cara Buat Pizza Homemade Guna Bahan Murah & Mudah.

7. Bakar suhu 160’c dalam masa 16 min (Bergantung pada oven masing-masing)

Cara Buat Pizza Homemade Guna Bahan Murah & Mudah.

Kredit resipi & foto: Rajuna Bakar

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar. Pekat, Berempah &...

Resipi kari ayam mamak ala nasi kandar yang pekat, berempah dan sedap. Mudah dimasak di rumah dengan rasa padu seperti kedai.