Ibu-ibu berkerjaya atau yang tak cukup masa nak dok lama-lama memasak di dapur, bolehlah siapkan awal awal stok pes untuk memasak lauk pauk kegemaran famili nanti.
Ni dia min kongsikan resipi cara nak buat pes kari, pes rendang dan pes sambal tumis dari Suhaidah Ahmad . Resipi asal daripada Asrimah Bakri.
Kalau tetamu datang secara mengejut, ni pes ini sangat berguna. Buat stok lebih sikit boleh simpan dalam freezer. Nak masak nanti boleh defrost dan terus tumis. Boleh pelbagai gunakan dengan bahan utama seperti ayam dan daging atau pun ikan.
1. PES KARI
BAHAN-BAHAN:
5 biji bawang besar *
10 biji bawang kecil*
6 ulas bawang putih*
5 inci halia*
6 sudu besar Rempah kari daging Faezah (Pek kuning)*
5 sekawan rempah
1 sudu halba
CARA MEMASAK :
1. Blender semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.
2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light,tak payah gunakan rempah ini ya. Kemudian dah naik bau,bolehlah masukkan bahan blender tadi. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.
4. Siap. Bekukan.
Ads
5. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air, asam jawa dan tambahkan ayam / daging / ikan segar bersama sayur pilihan. Boleh juga dibuat makan dengan mi kari. Bubuh ayam yang dipotong kecil.
2.PES RENDANG
BAHAN-BAHAN :
5 biji bawang besar
10 biji bawang kecil
6 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup(optional)
6 batang serai
2 genggam cili kering( rebus dulu )
2 kotak santan kecil
Daun kunyit dan daun limau purut | hiris halus.
CARA MEMASAK :
1. Blend dan tumis semua bahan di atas sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan santan, garam, gula, perasa, daun limau purut, dan daun kunyit.
3. Dah siap, macam biasa boleh bekukan dalam freezer.
Ads
4. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali dengan air secawan. Masukkan ayam, masak sampai kering atau hingga ayam empuk.
3. PES SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN :
2 biji besar besar
2 biji bawang besar (hiris bulat)
5 ulas bawang putih
4 genggam cili kering (potong, rebus, basuh, kisar)
Asam jawa
Garam, gula, perasa
CARA MEMASAK :
1. Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang. (seimbangkan rasa)
3. Apabila siap, biarkan sejuk. Boleh bekukan.
Ads
4. Bila nak makan nanti boleh defrost dan goreng ikan bilis untuk masukkan ke dalam sambal tumis itu. Boleh juga digunakan untuk memasak mi goreng, bihun goreng dan sebagainya.
Resepi asal :Puan Asrimah Bakri Dicuba oleh: Suhaidah Ahmad
JIKA ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG TERBAIK, BOLEH MELIHAT PELBAGAI PILIHAN MENARIK DI SINI.
Buat kek yang satu ini memang mudah dan pasti menjadi. Bahan yang digunakan mudah didapati. Yang paling penting rasanya memang tidak menjemukan tambah pula dimakan ketika panas.
Cara memasak:
1.Putarkan marjerin + gula kastor+ susu krimer sehingga kembang
2.Masukkan telur satu per satu putar hingga sebati
3.Masukkan tepung + baking powder sedikit-sedikit berselang seli dengan susu cair tadi sehingga habis
(mula dengan tepung dan habis juga dengan tepung. Saya terus putar dengan mixer je)
4.Masukkan coklat rice/coklat chips.Kaup balikkan sebati.
5.Masukkan ke dalam loyang bakar pda suhu 180°c selama 1 jam 15min atau sehingga masak, saya guna api atas bawah.
(Kalau nak pelbagai warna, asingkan ke dalam bekas lain dan tambahkan pewarna kaup balikkan hingga warna sekata)
Hari ni jom kita memenuhkan balang kuih sempena dah boleh rentas negeri. Buat banyak-banyak boleh hadiahkan kepada ibu bapa dan sanak saudara yang dah lama dirindui. Swiss Tart Almond Nutella dengan rasanya yang rangup ditambah dengan kacang badam dan Nutella memang jadi kesukaan ramai.
Swiss Tart Almond Nutella Bahan-bahan: 2 ketul buttercup pure 140 gram gula aising-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu esen vanila-BELI ONLINE DI SINI 3 cawan tepung jagung(ayak)-BELI ONLINE DI SINI 3 cawan tepung gandum cap ros(ayak) 1/2 cawan coklat rice(hiasannya) Nutella Kacang badam
Cara membuat: 1.Satukan buttercup bersama gula aising dan esen vanila. Gaul sebati guna senduk kayu. 2.Masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung dan tepung gandum.Gaul sebati. 3.Selepas itu masukkan coklat rice ke dalam adunan dan gaul seketika. 4.Kemudian bolehlah masukkan adunan ke dalam piping beg yang telah diletakkan acuan. Picit ikut kreativiti masing-masing dan letakkan coklat nutella di tengah-tengah bersama kacang badam. 5. Bakar dalam suhu 150 darjah selama 25 minit mengikut oven masing-masing. Sebelum masukkan adunan, panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit. Selamat mencuba
Sekarang ni ramai ibu-ibu yang suka buat bahan masakan secara homemade. Selain jimat belanja, bahan masak yang dihasilkan sendiri ni tentunya lebih bersih, diyakini halal, tanpa pengawet dan lebih sedap. Bagi puan-puan yang baru nak cuba, salah satu yang boleh dicuba ialah dengan membuat kuetiau mentah. Sangat mudah & anda pasti kagum dengan hasilnya.
CARA-CARA BUAT KUETIAU MENTAH SECARA HOMEMADE
2 3/4 cawan tepung gandum (340g)
1 cawan tepung pulut (125g)
1/2 cawan tepung beras (60g)
1 biji putih telur
1 cawan air (250ml) Tambah 1-2 sudu besar jika perlu
1 sudu teh garam
1/2 cawan tepung ubi – untuk ditabur semasa proses mencanai agar tidak melekat
CARA-CARA:
1. Satukan ketiga-tiga jenis tepung di dalam bekas.
2. Masukkan garam, putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Jika doh terlalu keras, tambah 1-2 sudu makan air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Canai dan nipiskan doh menggunakan mesin mi atau pasta. Semasa menggelek, pastikan tepung sentiasa ditabur bagi mengelakkan doh melekat antara satu sama lain.
4. Canai doh hingga nipis sebanyak 2 kali. ( empunya resipi canai guna mata no 5 sebanyak 2 kali, mata no 4 sekali.)
5. Setelah doh nipis, potong doh menggunakan pemotong pasta ( fetuccine) atau kueyteow.
6. Didihkan air dan masukkan 1 sudu makan minyak. Kemudian rebus kueyteow seketika. Jangan terlalu lama.
7. Setelah kueyteow timbul, itu menandakan ia telah masak. Segera angkat dan lalukan di bawah air mengalir bagi membuang lebihan kanji.
8. Toskan kueyteow hingga kering dan gaul bersama minyak masak sebelum disimpan atau dimasak.
Cuba resipi Donat Gula Klasik yang lembut, gebu dan sedap hasil perkongsian Mizzmoon Moon. Cara mudah buat donat homemade yang tidak serap minyak dan sesuai untuk jualan!