Kuih Tako sememangnya jadi kegemaran ramai di bulan puasa. Pernah cuba Kuih Tako Sagu Jagung? Sama enaknya dengan Kuih Tako biasa tu. Teksturnya yang lembut, manis dan ada rasa ketulan jagung menjadikan ia antara kuih yang mendapat permintaan ramai. Nak cuba buat sendiri Kuih Tako Sagu JAgung ni? Jom cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek. Pasti menjadi dan puas hati.
CARA MEMASAK: 1.Didihkan air bersama daun pandan. 2. Masukkan sagu, kacau sebati. 3. Kemudian masukkan jagung. Masak lagi sehingga sagu menjadi jernih. 4. Tuang sagu ke dalam acuan atau kelongsong atau bekas yang bersesuaian. 5. Sejukkan sagu. Ketepikan seketika.
CARA MEMASAK: 1.Dalam periuk, satukan kesemua bahan hingga sebati. Ttapis jika perlu. 2. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih dan pekat. 3. Tuang ke atas adunan sagu tadi dan sejukkan.
Adunan Lempeng yang sempuran akan menghasilkan hasil yang sedap dan gebu. Sangat enak dimakan panas-panas bersama madu ataupun sambal tumis. Namun ramai yang kurang tahu cara-cara nak adun lempeng ni. Terasa nak makan lempeng esok? Nah..resipi dan panduan perkongsian saudari Kaseh Sery ni sangat sesuai anda cuba. Pasti puas hati dengan hasilnya.
LEMPENG KAMPUNG GEBU & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 senduk tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil mauripan
2-3 sudu gula
Sedikit garam
2-3 cawan air (adunan tak cair & tak pekat sangat)
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan adun sebati. Biarkan adunan selama lebih kurang 1 jam.
2. Panaskan kuali dan oles sedikit minyak. Tuang satu senduk adunan lempeng dan masak seperti biasa.
3. Angkat dan enak dinikmati bersama sambal tumis atau susu pekat manis.
Nota: Lempeng ini juga sedap dimakan bersama kelapa parut.
Bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, Kuih Bakul antara manisan yang wajib ada dan ditunggu-tunggu oleh seluruh kaum untuk menikmatinya. Namun ada kalanya, agak susah nak jumpa Kuih Bakul yag dihasilkan oleh orang muslim. Jadi bagi anda yang nak cuba buat sendiri, resipi perkogsian saudari Hidjrah Ali ni boleh dicuba.
RESIPI KUIH BAKUL HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung pulut (sebungkus)
190gm gula pasir
400gm gula merah
500ml air
200ml santan
Beberapa helai daun pisang
CARA MEMASAK:
Masukkan gula pasir, gula merah serta air ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan biarkan sejuk.
Sementara itu, masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk.
Tuangkan larutan gula dan santan tadi ke dalam tepung pulut. Kacau sehingga sebati.
Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.
Sementara itu, alas tin dengan daun pisang, pastikan daun pisang melebihi bahagian atas tin agar mudah mengikatnya di sekeliling tin. (daun pisang dikelepetkan ke bawah)
Didihkan air dalam periuk kukusan dan kecilkan api.
Tuangkan adunan ke dalam tin yang telah dialas tadi. Kukus selama 8 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih.
Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin/kain kasa/ pembalut aluminium agar wap air tidak meniti ke atas kuih.
Bila cukup masa, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.
Resipi lama cara pembuatan pun gaya lama, kuih tradisional orang dulu-dulu yang masih digemari tetapi tidak banyak tempat yang menjual kuih ini. Sangat ‘rare’ kalau kamu teringin merasanya, apa kata ikut resipi ini pasti jatuh cinta.
Cara-cara:
1. Campur gula merah, gula pasir, santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.
2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.
3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.
Siap…
NOTA: Kalau yang ade kelapa macam mana pulak yer?… Kalau yang ada kelapa. Hanya parut kelapa. Tambah sedikit garam. Letak acuan atas daun pisang. Kemudian letak inti kelapa lepas tu balut sampai inti kelapa tu tak kelihatan.