Kuih muih tradisional memang sedap dan jadi kegemaran ramai. Namun ramai yang tak berani nak cuba kerana menyangkakan ianya susah dan renyah untuk dihasilkan. Bagi peminat KuihNagasari, ini ada resipi yang sangat mudah perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan yang anda boleh cuba. Malah ia juga tidak perlu dikukus. Masak je dalam periuk. Mudah kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara pembuatannya.
KUIH NAGASARI JAGUNG TANPA KUKUS
BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung (jenis kernel) – ditoskan airnya dan tak perlu basuh
6. Sudukan 2 sudu makan adunan ke atas daun pisang. Bungkus dengan kemas. Jika tiada daun pisang, boleh guna plastik kuih atau letak dalam loyang/acuan/bekas bersesuaian.
Ads
7. Biar hingga sejuk dan kuih jadi kental kemudian bolehlah dinikmati.
INFO: Kuih Nagasari Jagung ini boleh bertahan selama 2 hari jika disimpan di dalam peti sejuk. Jika simpan diluar, tahan sehari sahaja.
Pernah cuba kuih Puli Ubi Kayu? Sejenis kuih yang dihasilkan dari ubi kayu dan dimakan bersama air gula melaka. Agak jarang dijual di kedai dan kebanyakan orang tua-tua sahaja yang minat dan kepakaran untuk hasilkan kuih ni. Bagi generasi muda, tidak ramai yang tahu. Sebelum resipi ini hilang ditelan zaman, jom pakat belajar buat dan kenalkan kepada anak-anak keunikan serta keenakan kuih tradisional Melayu ni.
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
200gm gula merah
200gm gula pasir
150ml air
BAHAN SALUT:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Kuih ketayap memang kuih muih tradisi yang tidak jemu makan. Sesekali kita tukar inti ketayap dari inti manis ke inti kari. Sesuai untuk dinikmati ketika minum petang mahupun waktu sarapan nanti. Pasti tak cukup satu.
Ketayap Berlauk Bahan-bahan kulit: 2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 3 cawan air 2 biji telur 1/2 sudu teh garam Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit(pilihan)-BELI ONLINE DI SINI
Bahan inti: 3 biji ubi kentang(potong dadu) Sedikit isi ayam atau daging- (dipotong kecil-kecil)guna daging atau ayam kisar lagi mudah. 2 ulas bawang putih(potong dadu) 1 biji bawang merah(hiris dan potong dadu) 1 paket rempah kari daging(kecil)-BELI ONLINE DI SINI Daun sup Garam Penambah rasa(aji)
Cara buat kulit: 1.Campur semua adunan untuk kulit hingga jadi adunan seperti goreng pisang.Kacau guna whisk.Tapiskan.. 2.Kemudian ambil satu senduk dan tuang atas kuali non stick, lagi mudah. ulangi hingga adunan habis.
Untuk inti: 1.Sediakan kuali,tuang sedikit minyak. 2.Tumis bawang merah,putih yang dah dipotong dadu. 3.Masukkan rempah kari.(telah dibancuh dengan air) 4.Gaul sebati. 5.Tambah air sedikit. 6.Biar terbit minyak. 7.Masukkan ayam atau daging. 8.Masukkan kentang yang dipotong dadu. 9.Letak garam,serbuk ajinomoto perasakan,taburkan daun sup.Tunggu hingga kering sikit dan angkat. 10.Biarkan sejuk.kemudian ambil dadar tadi.letak inti dan lipat atau gulung. Macam buat ketayap inti kelapa. 11.Siap untuk dihidang. Airtangan dan gambar oleh: Eniza M. Salim
Teringin kuih-muih tradisional yang berinti manis untuk dimakan bersama secawan kopi di petang hari? Kami kongsikan resipi enam jenis kuih-muih tempatan yang mudah untuk disediakan. Bahannya juga ringkas dan rasanya tentu tidak pernah mengecewakan. Boleh juga dibuat hujung minggu ini untuk disantap bersama ahli keluarga yang lain.
Sabun pencuci pinggan antara yang wajib ada di dapur. Tanpa pencuci ini memang akan melekat minyak dan kotoran pinggan mangkuk, cawan serta periuk belanga.Lagi...