Cucur atau juga dipanggil jemput-jemput adalah antara hidangan paling best untuk sarapan atau minum petang. Apatah lagi kalau dimakan dengan sambal kicap yang menjadi kelaziman orang sebelah selatan. Cucur turut dimakan dengan sos cili atau sos tomato. Ikut selera masing-masing.
RASA kongsikan resipi cucur ikan bilis yang senang nak dibuat. Rasanya juga sedap dan menyelerakan. Jom cuba.
Ads
CUCUR IKAN BILIS
.
BAHAN-BAHAN
• 3 cawan tepung gandum
• 1 labu bawang besar (dadu)
• Segenggam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
• 1 batang lobak merah (saiz sederhana)
• Kucai atau daun sup
• Garam secukup rasa
• 3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
• Minyak masak untuk menggoreng
Ads
CARA MEMBUAT
1. Gunakan sudu, gaulkan tepung gandum bersama bawang besar, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai atau sup dan garam.
2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung ke tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok kalau bancuh gunakan bekas atau besen besar.
3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian, sedikit demi sedikit.
4. Apabila semua tepung sudah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh.
5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh.
6. Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng dalam minyak masak yang panas.
TIP
– Boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka.
– Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang. Kalau tangan basah, bentuk doh tu lebih cantik.
– 3 cawan tepung gandum boleh makan seisi keluarga.
Sedapnya Nasi Kerabu Kuning perkongsian Dani J Thang ni. Cukup lengkap dengan aneka hirisan ulam, sambal kelapa, tumis dan ayam percik. Biasanya kalau yang dijual di bazar, nasi kerabu yang nasinya berwarna biru. Kalau tiada bunga telang, boleh sahaja buat Nasi Kerabu Kuning ni. Sama sedapnya. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Sangat sesuai buat untuk berbuka.
CARA MASAK NASI KERABU KUNING SEDAP & MUDAH
BAHAN NASI: Beras secukupnya Air – ikut jumlah beras yang digunakan Kunyit hidup atau serbuk – beli online disini 1 batang serai – diketuk Daun limau purut yang dibuang tulang tengahnya
CARA MEMASAK: Ade 3 teknik boleh buat untuk warnakan nasi iaitu: 1. Rendam beras dalam air kunyit. 2. Rebus air, kunyit, serai sampai mendidih kemudian masukkan beras & daun limau purut. 3. Pakai pewarna makanan sahaja. 4. Untuk memasak, tanak nasi menggunakan periuk nasi elektrik seperti biasa sampai masak.
BAHAN SAMBAL KELAPA: Ikan selayang / kembung – kalau ikan besar guna 2 ekor sudah cukup. Kalau kecil guna dalam 5-6 ekor 1 biji kelapa parut – ambik bahagian putih sahaja 4-5 biji bawang merah kecil – beli online disini 3-4 ulas bawang putih – beli online disini Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Rebus ikan dengan sedikit garam. Bila sudah masak, asingkan tulangnya. 2. Sangai kelapa sehingga hampir kekuningan, agak-agak dalam 10 minit lebih kurang. Jangan lama sangat untuk elak kelapa terlalu kering. Ketepikan. 3. Tumbuk isi ikan, kelapa parut dan bawang. Agak-agak pecah sahaja kecuali bawang perlu ditumbuk hingga lumat.
4. Masuk balik semua bahan yang ditumbuk ke dalam kuali. Perasakan dengan garam & gula secukupnya. 5. Buka api sederhana, kacau semua bahan hingga sebati anggaran dalam 5 min. Tutup api. Siap.
BAHAN KUAH TUMIS: 4 biji bawang merah besar 3-4 ulas bawang putih 1 biji bawang holland – beli online disini Cili kering sesuai kepedasan masing-masing – beli online disini 1 batang serai – diketuk 200ml santan – beli online disini Air secukupnya Garam dan gula secukup rasa Budu
CARA MEMASAK: 1.Kisar semua bahan sehingga lumat 2. Ambil sedikit bahan kisar untuk perap ayam. 3. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak (macam nak buat sambal) 4. Masukkan serai, santan & air secukupnya. Biar mendidih sambil dikacau sentiasa hingga santan masak cantik. 5. Semasa tambah air tadi, jangan banyak sangat. Kuah tumis ni nak kena sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 6. Jika suka, boleh titiskan sedikit budu. Sesuaikan dengan selera. 7. Bila kuah tumis sudah masak cantik, padamkan api dan ketepikan.
BAHAN AYAM PERCIK SIMPLE:
Ayam Garam Bahan kisar yang asingkan sedikit tadi Kuah tumis
CARA MEMASAK:
1.Perap ayam dengan garam dan bahan kisar yang diasingkan sedikit tadi. 2. Bakar ayam. Bila hampir masak, ambik sedkit kuah tumis dan lumurkan pada ayam. Kemudian sambung bakar sampai masak. 3. Jika tiada arang, boleh masak cara ni. Sediakan kuali, letak sedikit minyak dan masukkan ayam yang diperap. Terbalikkan supaya tidak melekat. 4. Bila agak ayam sudah separuh masak, masukkan sedikit kuah tumis tadi. 5. Masukkan juga sedikit air. Biarkan mendidih sehingga kedua sisi ayam masak. 6. Teruskan masak sampai kuah tadi menjadi pekat. Siap. 7. Hidangkan nasi kerabu bersama hirisan ulam, telur masin, keropok ikan, sesuai selera anda.
BAHAN SAMPIMGAN YANG LAIN: Hirisan ulam (bunga kantan, timun, serai, kacang panjang, daun serai kayu – boleh pelbagaikan ikut apa yang ada) Telur masin Keropok ikan
Lauk yang caranya cuma ditumis adalah sejenis lauk yang boleh membangkitkan selera. Cara masaknya tidak susah dan bahan-bahannya pun tidaklah banyak. Biasanya bahan yang digunakan memang bahan yang sentiasa ada di dapur.
Misalnya, ikan bilis, bawang dan cili. Biasanya memang ada di dapur, kan?
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi lauk ringkas yang dinamakan sebagai ikan bilis hancur. Boleh dikatakan lauk ini sememangnya ringkas, bahannya pun tidak banyak, namun baunya sahaja sudah boleh membangkitkan selera. Sesuai dimakan dengan nasi mahupun bubur nasi.
BAHAN KISAR KERING
Segenggam ikan bilis
3 ulas bawang merah kecil
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
1 labu bawang besar (hiris)
10 tangkai cili padi
Gula secukupnya
1 sudu kecil cuka makan
CARA MEMBUAT
1. Kisar kering ikan bilis dan bawang merah kecil.
2. Panaskan minyak masak. Tumis BAHAN KISAR tadi.
3. Tumis sehingga bahan tersebut kering.
4. Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Masak sehingga bawang layu.
5. Masukkan cili padi. Gaul rata.
6. Masukkan gula dan cuka makan.
7. Masak lagi sehingga cili padi pun turut layu.
8. Matikan api. Sedia untuk dihidang.
Chicken Korean Spicy ni memang sering dilihat dimakan pelakun hallyu K-drama. Meleleh air liur dibuatnya. Menu ni memang serasi dengan tekak dan selera kita.
Bagi Cik Puan Julieta ni menu kegemaran anak-anaknya dan selalu diminta untuk dimasak dan dibekalkan balik ke asrama. Ceritanya, “Siap suruh lebihkan untuk kawan-kawan, nah ambil hang sebelanga ibu goreng, hampa makanlah puas puas .Balik ni hujung bulan 11 pulaklah jumpa anak jika diberi kelonggaran, maklumlah covid 19 makin meningkat.”
Itulah antara luahan kisah ibu-ibu yang terpaksa ‘berpisah’ dengan anak-anak masa PKPB nih. Apapun resipi Chicken Korean Spicy @ Ayam Berempah Korea Cik Puan Julieta ni memang gerenti sedap dan super senang membuatnya.
CHICKEN KOREAN SPICY
BAHAN-BAHAN :
Bahan perapan ayam :
CARA PERAPAN AYAM : 1. Tumbuk bahan bertanda ** hingga halus, tumbuk satu demi satu sampai halus semuanya lumur pada ayam dan perap selama 30 minit
Bahan menggoreng :
CARA MENGGORENG : 1. Masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam campuran tepung. Golekkan ayam dalam tepung dan goreng sehingga keperangan.
Bahan sos:
CARA MEMBUAT SOS : 1. Tumis bawang putih hingga perang kemudian masukkan cili kisar & cili padi merah masak hingga garing. 2. Masukkan sos cili, sos tomato, gula kabung dan madu. Biarkan seketika. Kemudian masukkan jus lemon @ cuka kacau sebati pastu 3. Masukkan secubit garam. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata .
4. Sangai lenga @ bijan kemudian tabur atas ayam..
Ketahui cara buat Popia Sira Sambal yang berkilat cantik, pedas manis dan kekal rangup sampai petang. Lengkap dengan resipi, teknik menyira dan tip daripada peniaga.