Anda menghadapi masalah masakan dan kuih muih bersantan cepat basi? Sebenarnya masalah santan mudah basi  disebabkan oleh kualiti santan yang kurang baik, tidak segar dan diproses dengan cara tidak bersih. Tapi sekarang jangan bimbang lagi,   tip dan petua mudah ini boleh membantu anda mengatasi masalah masakan cepat basi ini.

IKLAN
IKLAN
IKLAN
  1. Pilih kelapa: Pilihlah kepala yang baru dikupas dari sabutnya dan betul-betul tua dan isinya putih. Tidak berbau masam atau busuk. Atau jika anda kekedai, minta kelapa yang masih belum dibelah dan pastikan isi kelapanya putih dan tidak berbau semasa sebelum diparut.
  2. Jenis kelapa sesuai dengan jenis masakan: Jika anda ingin membuat rendang, kari atau opor dan gulai, sebaiknya pilih kelapa tua. Untuk pastikan kelapa cukup tua mudah diparut dan mempunyai kandungan minyak yang banyak.
  3. Teknik memerah santan: Teknik memerah santan juga mempengaruhi santan cepat basi, guna cara tradisional, kupas dan parut kelapa ikut arah melintang. Kalau anda membeli santan segar yang sudah diperah segar, pastikan santan yang diperah menggunakan air masak atau air bersih bagi memastikan santan tahan lebih lama dan tidak cepat dibasi dan tahan lebih lama bila disimpan.
  4. Cara simpan santan: Sebaik anda membeli santan segar dari kedai, simpannya dalam peti sejuk dahulu sebelum digunakan. Atau simpan dalam freezer jika belum sedia digunakan untuk beberapa harai.  Sebenarnya santan boleh disimpan lama hingga tiga bulan, jika disimpan dalam  freezer yang bertutup rapat.  Cairkan pada suhu bilik bila sebelum menggunakannya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI